Tie diikat kemas pada leher , baju berlengan panjang itu dilipat hingga ke paras siku. Jam tangan yang berada di atas meja itu diambil lalu memakainya pada pergelangan tangan.
"Awak nak sarapan tak?" soal Mayra.
"Boleh lah , buat alas perut sikit , saya dah lambat ni" Adrian membalas sambil membetulkan rambutnya.
"Dah handsome dah tuu" Mayra mencelah. Tergelak kecil dia melihat Adrian yang leka membetulkan rambut itu.
"Husband Mayra kan , memang lah handsome"
Mendengar apa yang dikatakan oleh Adrian , terus Mayra menggelengkan kepalanya. Perasan.
Mereka pun turun untuk sarapan pagi yang dimasak oleh Mayra , hanya ada nasi goreng dan air teh o serta kuih muih sedikit. Sekarang Mayra tidak boleh masak banyak banyak kerana Adrian akan selalu pergi kerja awal , boleh dikira pakai jari bila Adrian mahu sarapan pagi , kalau tidak , dia hanya sarapan di tempat kerjanya sahaja.
"Sayang tak nak makan ke?" soal Adrian apabila melihat Mayra tidak menyentuh sedikit pun makanan di hadapannya.
"Awak makan lah dulu , nanti saya makan eh"
Adrian pun mengangguk lalu menghabiskan makanan itu.
✧\>o<ノ✧
Selepas makan Adrian terus menuju ke keretanya , sebelum dia masuk ke dalam kereta , sempat lagi dia berpusing ke arah isterinya.
"Sayang , duduk rumah okay , kalau nak keluar bagitahu tau" kata Adrian. Perlahan dia mengucup dahi Mayra.
"Okay awak , tetapi saya bukan anak dara lagi yang tak reti jaga diri"
"You are my wife" Adrian memandang isterinya. Degil betul.
"Baiklah husband ku , nanti lambat pulak nak pergi kerja" balas Mayra lalu dia mencapai tangan Adrian untuk bersalam.
"Ingat , apa apa call tau , bye sayang , i love you"
"Bye Adrian , love you too"
Kereta Adrian perlahan keluar dari halaman rumah mereka. Sebelum bergerak sempat dia menurunkan tingkap kereta itu dengan muka serious.
"Awak kenapa? , ada barang tertinggal ke ?" Mayra bertanya.
Adrian masih berdiamkan diri. Matanya tajam memandang ke arah Mayra. Adrian pun berdehem sedikit lalu mengangkat kening terbelahnya.
Ohhh Fahamm.
"I LOVE YOU TOO" jerit Mayra dengan kuat. Dia baru teringat yang dia tidak menyebut perkataan itu dengan penuh.
Muka Adrian dari serious bertukar mengukirkan senyuman manis. Nasib cepat tangkap. Dia pun terus meninggalkan kawasan rumah itu.
"Tak cakap 'i love you' penuh pon salah , ee ngada" bisiknya lalu masuk ke dalam rumah.
✧\>o<ノ✧
Sampai sahaja di hospital , Adrian dengan pantasnya masuk ke dalam bangunan itu lalu dia menuju ke biliknya.
"Good morning doctor , awal hari ni" tegur salah seorang nurse di situ.
"Owh yeaa , good morning too , today ada banyak patient yang saya kena uruskan , and saya baru dapat tahu tadi ada seorang patient dekat kecemasan and is a baby right?" panjang lebar Adrian menerangkan tugasnya.
"Yes , is a baby , sekarang kami dah bawak dia ke bilik ICU , and now kami minta doctor Adrian untuk uruskan sebab doctor pakar yang lain have to uruskan patient mereka" balas nurse tersebut.
"Okay boleh , before that , semua maklumat family dah lengkap?"
"Iyup , semua dah lengkap , so kita boleh pergi sekarang?"
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
عاطفيةWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...