Masih terkedu dengan apa yang terjadi. Apa maksud semua yang dia nampak pada malam ini?. Kena kejar?. Bukan itu sahaja yang difikir , dimanakah kereta Adrian?. Pergi dengan kereta , balik dengan motor.
Macam macam soalan mahu ditanya , tapi dengan apa yang terjadi pada Adrian sekarang membuatkan dia untuk membatalkan sahaja.
Adrian pula masih tidak membuka helmetnya , malah dia terus naik ke atas.
Mayra tidak sempat bertanya tanya kepada suaminya. Dia terus pergi ke ruang dapur untuk mengambil secawan air kosong lalu menuju ke bilik mereka.
"Adrian , awak okay tak ni?" risau sangat. Suaminya duduk di hujung katil itu sambil memandang ke lantai. Tidak tahu apa yang difikiran.
"Adrian , i'm asking you , awak okay tak?"
Adrian masih tidak menjawab , lalu dia membuka helmetnya , dicampak perlahan. Bergolek golek helmet itu di atas lantai.
Mayra hanya memandang sahaja Adrian. Bila suaminya diam , walaupun sudah beribu kali menanyakan soalan sama. Ianya bermaksud Adrian di dalam alam serious dia.
"Mayra" suara garaunya mula memenuhi ruang bilik itu.
"Yes Adrian , awak okay tak?" soalan yang sama.
Adrian mengangkat kepalanya memandang Mayra. Halkumnya turun naik.
Mayra masih tidak faham apa yang Adrian mahukan , dia hanya berkerut dahi. Mata bertentang mata.
Tangan Adrian bergerak , menyilangkan tangannya kebawah lalu memegang hujung bajunya , ditarik keatas , membuka pelahan baju t-shirt itu. Dicampak jatuh ke bawah. Dia merebahkan badanya di atas katil. Tangan kanan terus memegang kepala , dipicit pelahan.
Mayra masih berdiri tegak di hadapan suaminya. Bukan terkedu dengan perbuatan si Adrian , mungkin sebelum ini Adrian memang begitu. Tapi terkedu dengan kesan lebam pada badan suaminya itu. Nak dikatakan besar tidak besar , kecik tidak kecil tapi bila dilihat memang sakit , seolah olah baru lepas ditumbuk berulang kali.
"Please..my stomach hurts a lot" menggigil suara Adrian. Dadanya turun naik dengan laju. Memang sakit bila dilihat.
Laju gadis itu membuka rak yang berada di sebelah katil itu. Isi dalam rak itu sedikit berselerak , dengan laju dia menyelongkar rak tersebut. Kotak first aid diambil. Menuju ke katil. Kotak itu dibuka luas , mengabil ubat cecair untuk di sapu pada badan Adrian. Digoncang dahulu sebelum membukanya , lalu dia mengambil kapas dan menuang sedikit ubat cecair itu pada permukaan kapas tersebut.
"Saya sapu sikit ye , tahan tau" perlahan lahan tangan Mayra yang sedang memegang kapas itu sentuh badan Adrian. Perut jejaka itu bergerak gerak sedikit , mungkin menahan rasa sakit , pedih pada badanya.
"Auch , slowly Mayra.., pedih" tangan Adrian menahan tangan isterinya. Digenggam kuat tangan gadis itu , mungkin menyuruh Mayra untuk berhenti seketika.
"Saya sapu sikit je , tahan lah"
Perlahan lahan Mayra letak ubat cecair itu , bila Adrian suruh pelahan , dia akan berhenti , lalu sambung. Berulang kali sampai selesai.
"Okay dah" Mayra mula bangun untuk menyimpan kotak first aid itu tapi dia merasakan tangannya ditarik pelahan dari sisi.
"Sayang , stay here for a while"
Adrian. Jejaka itu menarik tangan Mayra untuk baring disebelahnya. Gadis itu angguk lalu merebahkan badannya. Kepala Mayra dialas dengan lengan suaminya itu.
"Awak okay tak Adrian?" Mayra bertanya. Dia langsung tidak terkedu dengan perbuatan Adrian , dia tahu apabila Adrian berasa sakit atau penat , dia akan menyuruh isterinya teman bersama. Nak dikatakan manja lah.
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...