Bunyi jam loceng berwarna putih pudar itu berdering kuat , jam menunjukkan pukul 7:00 pagi , dengan mamainya , Mayra bangun lalu melihat jam disebelah katil. Dia bangun untuk mengambil tuala lalu menuju ke bilik air untuk membasahkan diri.
Selesai sahaja mandi , Mayra mengemaskan dirinya terlebih dahulu sebelum ke University bersama Danny , ya Mayra akan menumpang Danny untuk ke University mereka , nak tolak tidak boleh. Mayra mengenakan dirinya dengan berpakaian baju sweatshirt dah seluar berwarna hitam , rambutnya pula tersusun rapi dengan sangat kemas.
"MAYRAA, OO MAYRA, TURUN SEKARANG, BREAKFAST NIH BEFORE KAMU PERGI U !" laung Encik Fattah dari dapur untuk memanggil Mayra breakfast.
"Ye ayah, Mayra nak lah turun nii" Mayra membalas sambil turun tangga dari bilik nya ke meja makan.
"Ni makan , kang kejap lagi Danny sampai , kamu baru nak satu suap , haih , apa nak jadi kamu nih , anak dara sepatutnya bangun awal , buat sarapan untuk ayah dia ni , kemas sikit rumah tu before keluar!" bebel Encik Fattah sambil menuangkan air teh ke dalam cawan Mayra.
"Hm , iyelah ayah , orang tahu lah , Mayra lupa nak set jam awal sikit , ayah jangan bebel eh , haa hari ni Mayra ada exam kat U , wish me luck okey!!" bukan ape , Encik Fattah ni kalau bebel kalah makcik bawang.
"Ni Danny bila nak ambil kamu" soal Encik Fattah.
"Jap lagi dia sampai lah tu"
Tin..Tin..
Kedengaran bunyi hon kereta dari luar rumah Mayra , Mayra menjenguk sedikit di luar, ternyata Danny sudah sampai untuk megambil Mayra.
"Ha tu panjang umur, Mayra pergi dulu ye ayah , bubyee , muahh sikit!" ucap Mayra lalu melambaikan tangan ke Encik Fattah, Encik Fattah membalasnye dengan melambaikan tangan kepada Mayra juga.
"Haih , besar dah anak aku , nanti aku dah takde , macam mana lah dia nak tanggung hidup dia , harap suami dia nanti boleh lah jaga dia dengan baik" keluar sedikit keluhan Encik Fattah selepas dia berfikir begitu.
✧\>o<ノ✧
Ramai pelajar yang sudah sampai , iyelah kena lah awal sebab hari ini mereka mengadakan peperiksaan.
"Hm, bila lah nak habis exam ni" Danny mengeluh
"Awak ni, kita baru mula exam kan , dah mengeluh suruh habis cepat , nanti dah graduation , haa enjoy lahh ye , haihh" iyelah , Danny dah lah top student , boleh pulak berkata sebegitu , kalau tidak mahu ambil peperiksaan , balik lah.
"Apa apa jelahh , asal kan nanti habis graduation , aku nak bukak cafe , haa baru lah ade untung sikit , senang lah , nanti nak kahwin ada duit nak tampung isteri" kata Danny sambil melangkah masuk ke dewan kuliah bersama pelajar lain. Mayra hanya tergelak sahaja apa yang dikata kan oleh Danny , tapi dalam masa yang sama , dia terfikir , siapa lah yang akan dapat membuka pintu hati Danny ni , siapa lah future wife Danny ini nanti , untung betul siapa yang dapat jejaka ini , bukan apa , Mayra berfikir bergitu kerana dia terlalu sayangkan Danny , senang dikatakan , lebih dari kawan , Mayra mempunyai rasa suka terhadap Danny , ataupun boleh digelarkan sebagai crush lah , niat Mayra ingin bersama dengan Danny , tapi dia takut untuk luah kan perasaannya terhadap Danny , iyelah takut jugak kena reject kan , Mayra hanya dapat pendamkan sahaja perasaan dia terhadap Danny.
'Belum masanya lagi Mayra , tunggu habis graduation , pastu pergi lah luah kan ye'
Semua pelajar sedang menjawab peperiksaan yang dijalan kan di dewan kuliah , senyap sepi sahaja suasana dewan , tak kan nak bising , tak pasal pasal kena kick nanti ha padan lah.
Akhirnya beberapa jam sudah berlalu , habis jugak peperiksaan pada hari ini , hari ini eh , esok ada lagi, haa jangan nak skip pulak.
Semua pelajar pun sudah pulang , ada yang balik rumah , sama ada rumah sewa, ataupun rumah keluarga mereka .Macam biasa , Mayra hanya menumpang kereta Danny , Danny cakap anak dara tak elok balik sesorang , nanti kene ngorat dengan abang jamal!?.
"Mayra , jom , kita gerak sekarang , sebab malam nanti aku nak keluar , takut nanti lambat pulak" kata Danny sambil memasukkan barangnya ke dalam bag.
"Ha okay okay , ehh awak nak gi mana malam ni , beli barang ke , ke awak nak makan malam kat luar??" Mayra bertanya , Danny keluar malam ni nak jumpa siapa , nak dating dengan someone ke? , ish no.
"Haah , aku nak keluar kejap , ade hal sikit , pastu memang aku makan kat luar pun , alang alang tu kan hahaha" balas Danny , memang betul pun dia mahu keluar , ada hal katanya.
"Owhh , em saya nak ikut sekali boleh tak , hehe , mana tahu saya ada benda nak beli jugak kan!" soal Mayra dengan teruja.
"Tak payah lah Mayra , aku kejap je , lagi pun better kau duduk rumah jaga ayah kau tu , tak elok tau asyik tinggal kan ayah sendiri , nanti ayah tu tinggal kan kau baru tahu" Danny berkata lalu keluar dari dewan kuliah tu. Mayra terkejut apa yang dikata kan oleh Danny.
'Nanti ayah tu tinggal kan kau baru tahu'.
Mayra berfikir sejenak , apakah yang dikatakan oleh Danny itu benar? . ish tidak baik berfikiran sebegitu.
"Memandai je cakap centu , orang nak ayah tengok orang kahwin nanti lahh , ee apelah Danny ni , santau kang tak pasal pasal" bebel gadis itu sambil mengekori Danny dari belakang.
✧\>o<ノ✧
Malam yang indah dengan diterangi bulan dan bintang membuat kan Mayra tersenyum melihat langit itu. Mayra sedang termenung dan tidak perasan yang Encik Fattah sudah berada di belakang nya.
"HAAA , aik Mayra , kamu buat ape ni , termenung jee , macam tengah fikirkan sesuatu , kamu fikir apa tu , meh sini cite sikit!" Encik Fattah menegur Mayra lalu mengambil tempat di sebelah anaknya.
"Tidak ada apa apa lah ayah , Mayra okey je , cuma penat sikit hehe , emm ayah Mayra nak cakap sikit boleh?" soal Mayra sambil pusingkan badannya menghadap Encik Fattah.
"Ye sayang , Mayra nak cakap ape tu?"
"Ayah janji tau dengan Mayra , jangan tinggal kan Mayra okay? , Mayra nak ayah tengok Mayra kahwin , pastu ayah ade cucu pertama hehe, please jangan tinggal kan Mayra , nanti habis exam , ayah datang tau graduation Mayra!" ucap panjang lebar Mayra kepada Encik Fattah, dia sangat takut kehilangan ayah nya, dalam hidup dia hanya ade Encik Fattah sahaja yang dapat membuat dia bahagia.Cukup lah sorang ibunye pergi tinggal kan dia masa umur Mayra satu tahun.Dia tak sanggup kehilangan orang yang dia sayang buat kali kedua.
"Eyy ape cakap centu , iye , ayah janji tak kan tinggal kan Mayra , ayah pon nak tengok bakal suami Mayra halal kan Mayra , lepastu nanti ayah ade cucu pulak tu, hahaha , okey nanti ayah pergi graduation Mayra tu eh!" balas Encik Fattah lalu memeluk anak kesayangan nya dengan erat.Dia juga bergitu takut kalau dia tidak dapat pegang janji tersebut buat anak perempuan dia ini.
Mereka pon mula berborak kosong di luar rumah ituu, ade yang luah tu , cerita ni , macam macam lah. Sekali sekala kan, bukan selalu.
to be continued •
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...