'Sayang ayah , kuat betul kamu ye , maafkan ayah sebab tak sempat tengok kamu berjaya , ayah berharap sangat anak ayah dapat capai cita cita dia. Mayra , jangan menangis ye sayang , walaupun macam mana jalan hidup kamu , terus kan ye , jangan putus asa , ayah kat sini doakan terbaik untuk your future , one day ayah pasti akan ada orang untuk jaga kamu dengan penuh ikhlas, Mayra , trying to be a good daughter for me okay'
"AYAHH!!" jerit Mayra.
"Ehh Mayra , kamu kenapa nih , okay takk?" soal Puan Zulaika.
"Ehh mama , mama buat apa kat bilik nih?"
"Kamu mengigau ye Mayra , mama masuk sebab nak tengok kamu , kamu kan sakit , ni makanan kamu" balas Puan Zulaika sambil menghulurkan semangkuk yang berisi nasi goreng dan segelas air kosong.
"Terima kasih mama"
"Sama sama sayang , lepas makan ni , makan ubat tau"
"Baik mama"
"Mayra , boleh mama tanya sikit?" tanya Puan Zulaika lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil itu.
"Boleh , tanya lah"
"Kamu okay tak ni?"
Mayra terdiam.
"Mama faham keadaan kamu sekarang , banyak betul dugaan yang kamu timpa ye , dari 5 tahun lepas , lepas tu mucul balik , tapi dalam keadaan yang sakit" sambung Puan Zulaika.
"Hm , macam mana mama tahu Mayra?" soal Mayra pula.
"Anak teruna mama yang sorang tu"
"Adrian?"
"Ye Mayra , siapa lagi kalau bukan dia , Adrian yang cerita semua kat mama , dari dia jumpa kamu kat hospital 5 tahun lepas , sampai sekarang , tak henti henti , lagi lagi bile kamu tiba tiba menghilang , lagi lah dia terasa macam tercari cari , and now dia dah jumpa perempuan yang dia tercari cari tu , and yup it's you" ujar panjang lebar Puan Zulaika.
"Dia tunggu Mayra?"
"Well , kalau Mayra nak tahu selebihnya , better Mayra tanya tuan badan sendiri lah okay"
Mayra hanya diam lalu menghadiahkan senyuman sahaja.
✧\>o<ノ✧
"Mana anak teruna awak tu?" soal Encik Iskandar.
"Ada kat atas , tak bangun lagi , katanya penat semalam" balas Puan Zulaika.
"Ni , saya nak tanya lah , Mayra tu okay ke tidak duduk sini sementara?"
"Mesti lah okay"
"Sure?"
"Yes , sure"
"Hai mama , haii un..uncle" sapa Mayra pelahan lahan dia menyebut perkataan 'uncle' itu.
"Owh yee Mayra , mari sini duduk sekali" kata Encik Iskandar.
"Hehehe , em uncle sihat?" soal Mayra.
"Papa je Mayra , uncle tu macam muda sangat , sihat je nih" gurau Encik Iskandar.
"Eh awak nih , baru nak mengaku tua ke hahaha" kata Puan Zulaika pula.
"Mana Adrian?"
"Rindu ke?" tiba tiba ada suara yang menyampuk dari belakang.
Mayra mengalihkan pandangannya ke belakang untuk melihat empunya suara yang menyampuk itu.
Terlihat Adrian dari tadi sudah berdiri di situ , dengan hanya memakai seluar pendek sahaja , tiada sehelai kain pon yang melapik badan nya yang bidang itu , terlihat segala roti roti six-pack nya , alahai , tambahan pula dengan rambut yang serabai tetapi hot menampakkan lagi yang Adrian baru sahaja bangun dari tidur.
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...