Bilik yang hanya kedengaran sunyi sepi sahaja. Hanya lampu yang menerangi keseluruhan bilik itu.
Pelahan lahan kelopak mata Mayra membuka. Pandangannya hanya kelihatan samar samar sahaja. Tidak jelas.
"Awak dah sedar" kata doctor itu.
Mayra hanya mendiamkan diri. Masih mencari empunya suara yang sedang bercakap.
"Saya dekat sini Mayra" sekali lagi doctor itu berkata.
Mayra mula mengalihkan pandangannya ke arah doctor itu.
"Sa..saya dekat mana ni?" soal Mayra.
"Awa-"
"Kenapa saya ada dekat s..sini?"
"Sebab awa-"
"Awak ni siapa?"
"Say-"
"Awak buat apa dalam bilik ni?"
Belum sempat doctor itu menjawab , bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut Mayra.
"Haih Mayra , bagi saya jelaskan semua yang awak tanya dari mula sampai akhir yang saya tak sempat nak jawab tu ye" ujar doctor itu dengan nada yang lembut.
Mayra hanya diam lalu membetulkan kedudukannya dari baring terus duduk bersila.
"Jangan rushing , tak lari pon jawapan awak" kata doctor itu.
Mayra? hanya menahan malu je.
"Okay , saya bagi tahu dulu siapa saya sebelum awak judge nanti"
"Nama saya Adrian , awak boleh panggil saya Doctor Adrian" sambung jejaka berbaju kemeja berwarna biru tua itu.
"Nombor dua , awak sekarang ni ada dekat hospital , kenapa awak kat sini? sebab awak mengelami kecederaan yang teruk , awak nak tahu punca kecederaan tu?" tanya Adrian.
"Ye..yee saya nak tahu"
"Okay wait" balas Adrian lalu dia mengambil kerusi yang berdekatan.
"Awak gugur" sambung Adrian.
"Haa?..saya gugur?" terkejut Mayra mendengarnya.
"Ye Mayra , awak gugur , saya dapat tahu yang awak jatuh dari tangga then cousin awak terus call pihak hospital untuk minta bantuan"
Mayra terdiam sejenak , tidak salah apa yang dia dengar ni.
"-dan saya dapat tahu yang awak cuba untuk gugurkann kandungan tu dengan cadangan lain kan?" ujar Adrian dengan serious.
"Sayaa..sayaa..rasa bersalah sangatt" kini Mayra bersuara tetapi dengan nada yang sebak.
"Apa yang awak rasa bersalah sangat Mayra , boleh saya tahu?" soal Adrian untuk kepastian.
"Sayaa bodoh , saya bodoh sangat , buat benda macam ni sampai menyusahkan semua orang , saya rasa saya tak layak hidupp dah , saya mungkir janji , saya gagal untuk jadi orang yang ber..guna , tak guna lagi sa..sayaa hidup-" Mayra tidak dapat menyambung ayat itu kerana air mata sudah mebasahi pipinya.
"-ba..baik saya mati jee" Mayra sudah tidak dapat menahan lagi , kini dia sudah menangis teresak esak.
"Mayra please jangan salah kan diri ni , tak ada guna awak cakap macam tuu , awak tak salah , awak tak bodoh , awak tak gagal Mayra , dalam dunia ni semua orang ada peluang kedua , jangan disebab kan benda ni awak dah mula jauh kan diri awak tu untuk cuba peluang kedua tu Mayra , at least awak dah cuba untuk jadi orang yang berguna" ujar Adrian untuk tenangkan Mayra.
"Saya rasa dunia ni tak adil , semua apa yang saya nak tak kan dapat"
"Saya rasa nak sangat hilang dari dunia ni"
"Saya takut"
Kata kata Mayra itu membuat Adrian rasa bersalah , kini dia tahu bertapa kuat nya gadis bernama Mayra untuk menempuh cabaran hidup seorang diri.
"I feel you Mayra"
"I'm tired , im just wanna my old myself back" ujar Mayra.
Adrian memandang Mayra dengan wajah yang sayu.
"Mayra , can i know , awak nak bagitahu husband awak tak pasal ni?" secara tiba tiba soalan itu muncul dari fikiran Adrian.
Mayra terkedu. Husband?
"Husband?"
"Ye , husband , kami dapat tahu yang waris awak tidak dapat datang , dan semua maklumat waris awak pon kami tak dapat nak tahu , nasib lah cousin awak tu tolong , tapi dia sendiri pon tak tahu maklumat husband awak , jadi dia rahsia kan benda ni daripada keluarga awak bua-"
"Ta..takk!"
"Tak? apa yang tak?" soal Adrian.
"Saya tak ada husband.."
Adrian terdiam seketika. Seolah olah tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Mayra.
"Bu..budak tuu tak ada ayah , dia an..anak luar nikah"
Adrian terkedu , tidak salah apa yang dia dengar dari mulut Mayra. Persoalan yang selalu Adrian fikirkan sebelum ini akhirnya terjawab , gadis yang sudah lama dia cari kini muncul , disangka sudah mempunyai kekasih hidup , malah jangkaan Adrian salah. Dia keseorangan.
"Awak belum kahwin Mayra?"
"Belum Adrian"
"Kenapa awak nak gugur kan kandungan tu Mayra , budak tu tak salah"
Mayra diam.
"Selama awak jalani hidup awak , tak terfikir ke untuk tunaikan permintaan arwah ayah awak?" kini soalan Adrian sedikit serious.
"Ayah? macam mana awak tahu ayah saya dah tiada?" soal Mayra pula.
"Mayra , i still remember okay , your dad , Encik Fattah right? , dia kemalangan 5 tahun lepas masa perjalanan nak ke university awak , saya ingat lagi" kata Adrian
"Awak..awakk lahh doctor Adrian tuu!?" balas Mayra dengan terkejut.
"Yee , saya yang tolong awak cari kerja yang berdekatan dengan rumah awak tu , hantar awak pergi balik dari perkuburan ayah awak lepastu saya yan-"
"Terima kasih Adrian"
"For what Mayra?"
"Awak dah banyak tolong saya , uruskan arwah ayah , saya ni tak sempat nak cakap apa , terus menghilang.."
"-saya tak tahu nak balas jasa awak ni , kalau saya tahu saya dah balas dah , tapi dengan keadaan saya macam ni , sapa je nak terima saya" sambung Mayra dengan wajah yang sayu.
"Mayra , no need to fikir benda centu okay , terpulang lah awak nak balas jasa saya bila pon , yang penting awak rest cukup cukup okay?" kata Adrian.
,✧\>o<ノ✧
Dayyan meletakkan superbike jenama Kawasaki miliknya di kawasan yang berhampiran , dia mula melangkah masuk ke dalam untuk berjumpa dengan pembantunya yang sudah sekian lama menunggu.
"Selamat datang Mr. Dayyan , ada apa yang boleh kami bantu?" tanya Kai a.k.a pembantu Dayyan.
Dayyan mengambil tempat duduknya yang telah disediakan khas di ruang tamu itu.
"Aku dah jumpa dia , tapii.."
"Tapi apa?"
"Aku nak tahu punca kenapa dia jadi macam tu , siapa yang berani rosak kan dia" kata Dayyan.
"Owh tapi macam mana boss nak dapat kan si 'dia' tu?" tanya Kai.
"Aku tahu cara dia , kita tunggu je" kata Dayyan dengan senyuman sinis.
Semua pembantu termasuk Kai hanya bersetuju dengan cadangan Dayyan walaupun Dayyan tidak memberi tahu selebihnya.
to be continued •
YOU ARE READING
OG | DEVIL DAYYAN |
RomanceWhat is forever? A moment with you. Pertemuan tidak dirancang. Hanya sekadar melihat dan mendengar apa yang dibicarakan satu demi satu. "Why Adrian?" • Elesya Mayra. "Will you believe me?" • Dayyan Adrian. We just exist in the moment nothing more. ...