CHAPTER 17 -DD-

1.5K 79 4
                                    

Blouse labuh berwarna putih dan sedikit corak bunga kecil dipakai oleh Mayra dengan rambutnya tersusun kemas menambahkan lagi kejelitaan si Mayra. Ini kali pertama dia berpakaian seperti ini , sebelum ini dia hanya memakai pakaian yang biasa sahaja.

"Lawa ke aku pakai baju ni?" soal Mayra di hadapan cermin bilik itu.

"Kenapa hati aku rasa lain sangat hari ni , macam-" tiba tiba ada satu notification keluar dari telephone Mayra.

Adrian anak mak
      
          - Already done?.
          - Yeah.
          - Good.

Mayra menyimpan telephone itu , dia mengambil handbagnya lalu turun ke bawah.

✧\>o<ノ✧

"Cantik nya Mayra!" puji Puan Zulaika.

"Yan ajak keluar eh?" soal Encik Iskandar pula.

"Haah , tetapi Mayra tak tahu pergi mana , ikut jelah Adrian tu nanti"

Puan Zulaika datang dekat ke arah Mayra.

"Pakai tak perfume yang mama suruh pakai tu?" bisik Puan Zulaika.

"Yup , wangi sangat mama , pandai mama pilih" balas Mayra.

Mereka saling membalas senyuman.

Pin Pin..

Kedengaran bunyi kereta Adrian dari luar rumah menandakan yang Adrian sudah pon sampai.

"Eh mama , Adrian dah sampai , bye mama , bye papa" kata Mayra lalu dia melambaikan tangannya ke arah kedua orang tua itu.

Mayra melangkah ke arah kereta tersebut , terlihat Adrian sudah pon berada di luar kereta itu , dengan berpakaian t shirt putih di dalam , dan dilapik dengan kemeja berwarna coklat itu menambahkan lagi ketampanan si Adrian walaupun dia baru sahaja balik dari kerja.

"Adrian , do i look okay?"

Adrian berpusing ke arah suara yang bertanya itu , dia melihat gadis itu dengan kelihatan sangat terkejut , matanya tidak berkelip , gadis yang berada di hadapannya itu sangat lah cantik , bukan itu sahaja , bau perfume yang dipakai oleh gadis itu membuatkan Adrian tidak melepaskan pandangannya.

"Adrian?" soal Mayra sekali lagi.

"Haa..owh..haa yee , yee , jom masuk" kata Adrian lalu dia membukakan pintu kereta itu untuk Mayra.

✧\>o<ノ✧

"Awak baru balik dari kerja ke?"

"Haah"

Mayra memandang Adrian , dahinya berkerut. Baru balik kerja tetapi pakaian macam baru balik dating.

"Kenapa awak suka pandang saya macam tu? , kalau suka , lepas kahwin boleh lah pandang saya puas puas" kata Adrian.

Terbeliak mata Mayra selepas sahaja dia mendengar apa yang dikatakan oleh Adrian itu.

"HAHAHA , saya gurau lah , ni kita dah sampai dah" kata Adrian lalu dia meletakkan kenderaannya di tempat yang telah disediakan.

"Wahh! , lawa nya tempat nii!" ujar Mayra teruja.

Terlihat pantai yang sangat cantik , lebih lebih lagi terdapat banyak lampu lampu kecil yang menerangi pantai tersebut , bukan itu sahaja , perkara yang menarik perhatian Mayra ialah ada sekumpulan busking yang sedang menyanyikan lagu lagu yang sudah ditetapkan oleh pelanggan. Sungguh meriah suasana pantai ini.

"Jom Mayra , kita pergi duduk dekat sana" Adrian menarik tangan Mayra menuju ke tempat yang telah disediakan.

✧\>o<ノ✧

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now