BLURB

3.2K 143 1
                                    

TUBIR matanya mula berair

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBIR matanya mula berair. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan isterinya itu.

"Lepaskan isteri aku lah! Sial!" jeritnya.

Lelaki yang sedang menghalakan pistol ke atas gadis yang bernama Rose Aaliyah Farhana itu hanya tersenyum sinis.

"Dalam mimpilah bro" selamba dia menjawab.

Makin panas hati Tuan Muda Danielle Marcus apabila dia melihat keadaan isterinya yang sudah tidak bermaya dan tidak terurus itu. Makin mendidih darahnya apabila melihat pipi Rose itu berlebam dek di tampar.

"Kau memang binatang!" dia mengeluarkan pistol dari poketnya dan dihalakan kepada lelaki yang sedang mencengkam lengan isterinya itu.

"Kau maju. Aku bunuh isteri kau" ugut lelaki itu.

Tiba tiba...

BANG!

BANG!

BANG!

Berdas das tembakan yang dilepaskan oleh Tuan Muda Danielle kepada lelaki tadi. Dengan pantas dia mendapatkan tubuh isterinya yang hampir menyembah tanah itu.

Kepala Rose diletakkan di atas ribanya. Pipi lebam gadis itu dipandang dengan darah yang mendidih.

"Ab--Abang" panggil Rose perlahan. Sakit diseluruh badannya tidak dapat ditahan.

Tuan Muda Danielle terus memandang wajah pucat isterinya itu.

"Ya sayang. Abang dekat sini" sahut Tuan Muda Danielle.

Rose tersenyum nipis. Tangannya naik ingin menyentuh wajah sang suami. Tuan Muda Danielle pantas menyambut tangan isterinya dan dikucup berkali kali tangan itu.

"Maafkan Rose. Jj--jagakan twins un--untuk Rose. Uhuk! Uhuk!. Rr--Rose tak pp--pernah curang. Bb--bukan Rose yang dalam gambar tu. Hiks.. Hiks" ujar Rose dengan esak tangis yang halus.

BAM!

Dada Tuan Muda Danielle terasa sangat sakit. Ya,dia mengaku dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia tidak dengar penjelasan isterinya dan percaya dengan kata kata orang luar.

Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Ya.. Abang tahu. Sayang tak salah. Maafkan abang. Sayang kena kuat untuk abang dan anak-anak kita. We need you" ujar Tuan Muda Danielle sambil mengusap wajah pucat isterinya.

Tersenyum nipis Rose mendengar kata kata suaminya.

"Rose ss-- sayangkan suami Rose tahu!... Uhuk! Uhuk!.. Jj--jaga diri. Iskk.. Jj--jangan sakit sakit tahu!.. Hiks.." ujar Rose dengan senyuman kelat.

Tuan Muda Danielle menggelengkan kepalanya berkali kali.

"RITH!! SEDIAKAN KERETA!! BINI AKU!" Jerit Tuan Muda Danielle.

Tuan Muda Harith dengan pantas terus berlari dan mengambil kereta yang dimaksudkan oleh Tuan Muda Danielle itu.

"Sayang.. Hiks.. Jj--jangan tinggalkan abang please" Tuan Muda Danielle mengongoi di sisi Rose.

"Rose Aaliyah Farhana cintakan Danielle Marcus dan tak ada siapa boleh gantikan tempat abang" terasa berat kepalanya.

Tuan Muda Danielle mengangguk laju.

"Cinta Danielle Marcus hanya untuk Rose Aaliyah Farhana. Tak ada siapa boleh ganti tempat sayang" ujar Tuan Muda Danielle bersungguh sungguh.

Tersenyum nipis Rose mendengar kata kata suaminya. Perlahan lahan penglihatannya gelap.

Tangannya yang berada digenggaman suaminya itu perlahan lahan jatuh.

"SAYANG!!!"

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now