BAB 9

1.5K 83 1
                                    

ROSE memandang dirinya dari atas hingga ke bawah melalui cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ROSE memandang dirinya dari atas hingga ke bawah melalui cermin. Rasa gementar dan resah mula menyelubungi dirinya. Dia tidak tahu apa tujuan Danielle mengajaknya pergi ke rumah keluarganya.

TOK

TOK

TOK

Rose dengan pantas menoleh ke pintu. Dengan pantas dia menapak ke arah pintu. Dibuka sedikit pintu bilik itu. Setengah badannya berada di dalam bilik.

KTAK!

Kornia matanya terus tertancap pada susuk tubuh Danielle yang lengkap berpakaian pejabat. Blazer'nya berwarna hitam. Rose mencebik dalam diam. Macam tak ada warna lain.

"Kau dah siap?" soal Danielle menyentak lamunan Rose. Bukan dia tidak tahu gadis itu memandangnya.

Rose memandang ke arah anak mata Danielle. Kepala dianggukkan.

"Dah tu. Kau tercegat lagi kenapa? Keluarlah" ujar Danielle geram. Kalau sudah siap, apa lagi yang dibuat dalam biliknya itu.

"Err... Encik Danielle. Boleh tak saya tak ikut sekali. Saya takutlah" rayu Rose dengan nada yang meminta simpati.

Danielle memandang wajah ayu itu. Kening kanannya ternaik sedikit.

"No excuse. Cepat keluar dari bilik tu atau aku yang masuk" ujar Danielle seraya mengugut.

Dengan pantas Rose keluar dari bilik itu sambil mukanya masam mencuka. Manakala Danielle sudah terpaku dengan kecantikan Rose.

Rose yang hanya mengenakan baju blouse warna coklat pastel dan dipadankan dengan skirt warna putih itu dipandang dengan mata yang tidak berkelip. Tudungnya juga berwarna putih. Cantik!.

Rose perasan dirinya diperhati. Pantas dia memandang ke arah Danielle. Berkerut pelipis dahinya.

"Encik Danielle. Kenapa pandang saya macam tu? Ada apa apa kat muka saya ke?" soal Rose sambil tangannya naik mengusap wajah sendiri.

Danielle tersedar daripada lamunan. Dia mengucap berkali kali dalam hati. Dadanya dielus perlahan. Kuat betul tarikan seorang Rose Aaliyah Farhana ini.

"Dah lah. Jom" Danielle terus meninggalkan Rose yang terpinga pinga itu. Kepala digelengkan sambil kedua belah pipinya dikembungkan lalu dihembuskan nafas itu.

"Fuh! Kena kahwin awal ni" ujar Danielle dalam hati.

🌹🌹🌹

Danielle keluar dari keretanya. Baru saja dia mahu melangkah ke arah pintu rumah itu terus tergendala apabila dia menyedari bahawa Rose masih tidak keluar dari kereta itu.

Rose takut untuk bertemu dengan keluarga Danielle. Nanti keluarga Danielle fikir yang dia Danielle itu membawa menantu untuk mereka.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now