BAB 20

1.8K 85 2
                                    

SEPANJANG perjalanan Rose hanya mendiamkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPANJANG perjalanan Rose hanya mendiamkan diri. Malas mahu berkata apa apa kepada Danielle nanti dia terkena balik. Jerak mat. Danielle tidak seperti dahulu yang selalu bersikap beku terhadapnya. Takkan harimau sudah bertukar jadi kucing?.

"Senyap je kau. Ada masalah ke? Atau kau masih ingat pasal malam tadi?" Danielle memecah kesunyian antara mereka. Sempat lagi dia mengusik isterinya.

Rose menjeling tajam ke arah Danielle. Tengok,dia belum lagi bersuara ada saja Danielle mahu mengusiknya. GILA!.

"Dah tak ada mulut nak bercakap ke?" usik Danielle sambil mencuit pipi kanan isterinya.

"Abang,malulah Naz tengok! Ishh... bencilah! Jangan cakap dengan Rose" geram saja kedengaran nada suara Rose.

Danielle memandang Rose pelik. Kemudian,dia memandang Naz yang sedang fokus pada pemanduannya.

"Ok.. Kita tengok siapa yang cakap duluan" Danielle tersenyum sinis. Dia tahu siapa yang akan menang.

Rose hanya mengendahkan kata kata Danielle. Dia hanya memandang keluar cermin kereta. Manakala Danielle memandang Naz melalui cermin tengah sambil menganggukkan kepalanya.

Naz yang faham akan isyarat yang diberikan itu hanya mengangguk. Kedai kek dituju.

Rose yang seperti tersedar dari lamunan itu terus berubah kepada ekspresi wajah penuh dengan keterujaan.

Kepala ditolehkan ke arah suaminya. Danielle cuba mengawal riak wajahnya. Sengaja dia ke kedai kek. Dia tahu Rose akan bercakap apabila melihat cupcake.

You're lose,sayang.

"ABANG!!" jerit Rose penuh dengan nada yang teruja. Dengan berani dia terus naik ke atas riba suaminya. Tangan dililitkan di batang leher suaminya.

Danielle memandang wajah yang jelas teruja itu hanya menahan senyum. Kata tak nak cakap?. Siapa yang menang?.

"Nak apa sayang?" soal Danielle berpura pura tidak mengetahui apa apa.

"Nak cupcake!!" balas Rose dengan mata yang bersinar sinar.

"Bukan kau cakap kau tak nak bercakap dengan aku ke?" keningnya sengaja dijungkitkan. Dia menang!!.

Rose memuncungkan bibirnya. Pantas bibir itu dikucup sekilas oleh Danielle. Terkejut Rose dengan tindakan drastik Danielle.

"Tak payah nak muncung sangat. Naz dah pergi belikan untuk kau" ujar Danielle sambil mengelus lembut wajah putih isterinya.

"Sayang jugak abang dekat Rose kan" ujar Rose sambil tersenyum manis.

Tergelak kecil Danielle mendengar kata kata isterinya itu. Comel!.

"Aku tak sayang kau" usik Danielle.

Terpana Rose mendengar balasan dari suaminya itu. Entah mengapa dia rasa seperti hendak menangis saja.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now