BAB 6

1.5K 90 2
                                    

SUDAH masuk empat hari Rose duduk dirumah lelaki yang dia tidak dikenali latar belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH masuk empat hari Rose duduk dirumah lelaki yang dia tidak dikenali latar belakangnya. Lelaki itu juga sudah empat hari tidak bertemu dengannya. Kali terakhir mereka bertemu,selepas saja lelaki itu membelikannya cupcake.

Rose merenung ikan di dalam kolam. Bosan. Tiada apa yang hendak dibuat dalam rumah besar itu. Dengan rumah dikelilingi orang orang berbadan tegap dan berbaju serba hitam.

Macam ada orang mati saja dirumah itu. Semua berbaju hitam. Pergi berkabung ke apa?.

"Rose. Masuklah nak. Dah larut malam ni" tegur seorang wanita yang berusia itu.

Rose menoleh. Terus senyuman manis terukir menghiasi wajah ayu itu.

"Nanti Rose masuk. Mak Kiah masuklah dulu" lembut saja bicara Rose kepada pembantu rumah itu.

"Ha yelah. Jangan lama sangat duduk luar. Nanti masuk angin" pesan Mak Kiah sebelum berlalu pergi.

Rose mengangguk.

Mata bundarnya memandang langit malam. Terus saja dadanya diserang perasaan sebak. Kini,dia hidup sebatang kara. Sehelai sepinggang. Jika Danielle tidak pergi ke taman pada malam itu. Sudah pasti sekarang ini dia berada di dalam tangan abang tirinya.

Perlahan lahan air mata menyapa pipinya. Dia rindu. Rindu dengan Ayah,Ibu dan adiknya.

Rasyiqah.

Dibunuh tanpa belas kasihan.

Dia menggenggam erat tangannya. Penumbuk itu seperti menunjukkan yang dia sedang menyimpan perasaan yang sangat buruk untuk terhadap abang tirinya.

"Don't cry little cupcake. I told you already that i will take care of you. I will protect you" ujar Danielle. Sejak dari tadi lagi dia memerhati gadis dihadapannya ini.

Rose menoleh ke arah empunya suara. Serta merta buku lima itu terbuka.

Danielle menapak mendekati Rose. Punggung dihenyak sedikit jauh dari tempat duduk Rose.

"Kau kenapa duduk luar? Kau tak sejuk ke?" soal Danielle prihatin.

"Saja ambil angin. Sejuk memang sejuk. Tapi still boleh tahan. Encik bila sampai? Empat hari tak nampak batang hidung. Pergi mana?" Rose memandang sekilas wajah Danielle kemudian dia memandang kembali ke arah ikan ikan dalam kolam.

"Ouh.. Baru je sampai. Dalam dua minit macam tu. Sempat juga aku tengok kau menangis. Aku busy sikit dekat pejabat. Sebab tu aku tak jumpa kau empat hari. Lagipun aku memang jarang balik rumah yang ni" balas Danielle tanpa memandang wajah Rose.

Rose mengangguk faham.

SENYAP.

Danielle menoleh ke arah Rose. Dia menilik setiap inci wajah ayu itu. Bulu mata yang lebat. Matanya yang bundar itu sungguh menarik perhatiannya. Hidung yang mancung. Bibir merah bak delima. Tudung. Dia kagum dengan gadis itu. Sungguh menjaga auratnya.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now