BAB 18

1.7K 79 6
                                    

BERKERUT dahi Rose apabila merasa sesuatu yang mengelus ngelus wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERKERUT dahi Rose apabila merasa sesuatu yang mengelus ngelus wajahnya. Danielle yang sedang asyik mengusik isterinya itu tersenyum suka. Orang tidur,kita kacau. Macam ada dendam nak.

"Emmm" Rose menggerakkan wajahnya daripada disentuh.

Danielle tersenyum seraya menggelengkan kepala. Haihlah isteri,comel sangat!.

"Little Cupcake.. Wake up. Let's pray" ujar Danielle lembut tepat dihadapan wajah Rose.

Rose membuka matanya perlahan lahan. Tatkala melihat Danielle yang tidak mengenakan baju,pantas dia menolak tubuh Danielle sehinggakan jatuh.

"Ya Allah. Awak. Maaf. Saya tak sengaja. Maaf sangat" pantas dia bangun dari perbaringan dan mendekati Danielle yang terduduk di atas lantai.

"Kau nak jadi isteri derhaka ke hari pertama?" soal Danielle. Mukanya sengaja diseriuskan. Saja mahu mengusik gadis itu.

Rose menggelengkan kepala laju. Dia duduk di hadapan Danielle sambil menundukkan pandangannya. Sedikit pun dia tidak melihat wajah suaminya. Takut!.

"Kau nak bunuh aku ke? Tak sabar nak jadi janda?" soal Danielle lagi. Nadanya sengaja ditegaskan.

Rose menggeleng kepala lagi sekali. Kali ini,dia terasa mahu menangis. Tubir matanya mula berair.

"Dahlah. Aku nak mandi. Ada bini pun hmm.. Entahlah" pantas Danielle bangun dari duduknya.

Baru saja dia mahu meninggalkan Rose. Gegendang telinganya terus menangkap esakkan kecil dari gadis itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Niatnya yang mahu mengusik itu terus terbantut.

"Hey... Sayang,aku gurau je. Don't cry.. I'm sorry ok. Shh.." tubuh ghenit isterinya itu terus dibawa kedalam pelukannya.

Diusap perlahan belakang tubuh itu.

"Awak marah saya.. Tskk.." kedengaran sengau saja suara itu.

Danielle tersenyum lucu. Comel!.

"Tak.. Aku gurau je. Dah jom mandi. Nanti terlepas subuh pulak" terus saja tubuh isterinya itu dicempung masuk ke bilik mandi.

JEDA.

"Ya Allah,kau peliharalah masjid yang baru kami bina ini. Kau lindungilah masjid ini hingga ke penghujungnya. Kau berikanlah rahmat kepada kami,Ya Allah. Kau berkatilah masjid yang baru saja terbina ini,Ya Allah. Amin ya rabbal alamin.." usai saja mengaminkan doa itu. Danielle terus menoleh ke belakang.

Senyuman manis terukir dibibirnya yang sememangnya khas untuk Rose. Tangan kanan dihulur kepada Rose,manakala Rose bertindak menguncup lembut tangan itu. Danielle pula pantas mengucup ubun ubun kepala Rose.

Danielle terus menjauhkan bibirnya dari Rose. Rose terus mengangkat kepalanya. Mata hazel Danielle ditenung lama. Sungguh kacak jejaka itu apabila mengenakan baju malayu berwarna hitam.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now