BAB 30 [END]

1.8K 76 13
                                    

ROSE mencelikkan matanya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ROSE mencelikkan matanya perlahan. Terasa sakit seluruh tubuhnya. Badan dipusingkan ke kiri. Gugur air matanya apabila melihat Danielle sudah tidak ada disebelahnya.

Kalau sebelum ini Danielle mengejutkannya untuk solat subuh,kini tidak lagi. Jejaka itu meninggalkannya seperti manusia yang tidak ada perasaan.

Dia bangkit dari perbaringan. Perlahan lahan kakinya menyentuh lantai bilik itu. Sejuk! Baru saja dia mahu berdiri,terasa perutnya terlalu sakit.

"Anak Mommy. Kenapa ni? Tolong jangan buat Mommy risau" sayu nada suara Rose berkata. Perutnya yang memboyot itu diusap perlahan. Terasa tidak selesa.

Bajunya yang dikoyak oleh suaminya pada malam tadi dipandang dengan perasaan jijik. Sampai begitu sekali Danielle memperlakukannya. Sungguh dia sendiri tidak kenal suaminya. Rasa kesal dan terkilan dengan perubahan drastik Danielle.

"Hiks.. Hiks.. Ma--Mana abang..." teresak esak dia menangis dipinggir katil itu.

Sekali lagi dia cuba untuk berdiri. Namun kali ini terasa ada cecair yang mengalir di peha sehingga ke kaki. Pantas dia memandang cecair itu.

Darah!.

Terbuntang luas mata Rose melihat darahnya yang mengalir dengan banyak itu. Dia terus bertindak turun dari katil dan dengan kudrat yang ada dia mengesot perlahan mendekati telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek.

Nombor Haira ditekan.

TUT

TUT

TUT

"Assalamualaikum Kak Rose.. Ada ap--"

"Haira.. Tt--Tolong akak. Bb--Baby.. Tolong akak Haira. Isk.. Isk.. Sakit Haira tolong.." rintih Rose kepada Haira yang berada dihujung talian itu.

"Okok kejap. Akak bertahan dulu. Tunggu Haira dengan abang Harith sampai.." kedengaran cemas suara Haira.

"Cepat Haira.. Akak tak tahann... Isk.." rintihnya lagi.

"Ya,Akak. Akak tunggu Haira. Haira datang. HARITH CEPATLAH!" tiada lagi gelaran 'abang' keluar dari mulut Haira.

Rose yang mendengar itu sudah tidak berdaya. Matanya terasa berat. Perutnya yang sakit itu membuatkan tenaganya hilang. Dipandang dan diusap perutnya sendiri.

"Anak Mommy ok je kan? Tt--Tolong jangan tinggalkan Mommy.. Bertahan untuk Mommy.." rayunya.

"Iqah.. Akak sakit. Tsk.. Tskk.. Kenapa akak kena uji macam ni Iqah.. Akak tak mampu.. Hiks hiks.." teresak esak dia menangis.

"Allahhuakbar... Ya Allah.." ucapnya menahan sakit. Nama yang Maha Esa sentiasa meniti dibibir yang sudah pucat itu.

Matanya semakin memberat. Dan... Tanpa dia sedari,ada sepasang mata yang memperhatikannya. Perlahan lahan dia mendekati Rose. Lalu ditekup mulut Rose daripada belakang.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now