BAB 1

3.2K 117 10
                                    

MANCIS dimainkan di jari jemarinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MANCIS dimainkan di jari jemarinya. Laju! Itulah tabiat jika bosan menghadap muka penyangak yang hampir menyeludup fail penting dalam syarikatnya.

Sesekali matanya memandang penyangak itu. Mancis tadi terus diletakkan diatas meja kerjanya dengan kasar.

"Masih tak nak mengaku?" soalnya bersama mata tajam. Dua lelaki itu menundukkan pandangan menekur lantai. Takut untuk memandang mata hazel itu dan wajah bengis lelaki itu.

"AKU TANYA!!" jerkahnya dengan wajah yang bengis.

"Tt--tuan" panggil Nazran Ayyash. Iaitu orang kanan Danielle Marcus.

Danielle Marcus memandang Nazran Ayyash sekilas kemudian dialihkan kembali kepada mancis yang dimainkan tadi.

"Apa?" soal Danielle Mancus dengan nada yang tegas. Raut wajahnya masih beriak bengis.

"Biar Tuan Muda Harith yang settle kan dekat mansion" ujar Nazran Ayyash. Danielle Marcus memicit pelipis dahinya.

Tuan Muda Harith Naufal memang boleh diharapkan. Tapi, adiknya itu banyak bermain. Dia malas dengan orang yang melengah lengahkan masa. Sudahlah adiknya itu otak selalu hilang. Malas!

"Hantar dia pergi mansion. Malam nanti aku datang. Biar aku yang settle kan anak babun ni" ujar Danielle Marcus dan terus berlalu keluar dari bilik itu.

Kecut perut dua lelaki itu mendengar kata kata bekas ketua mereka. Bukan mereka tidak kenal dengan Tuan Muda Danielle Marcus yang kejam dan tidak berhati perut.

Liur ditelan kelat. Mati!

Nazran Ayyash tersenyum sinis mendengar kata kata Tuan Mudanya itu. Dia suka bila Tuan Mudanya yang mengerjakan penyangak yang tidak sedar diri itu.

"NAZ!! SEDIAKAN KERETA!" jerit Danielle Marcus dari luar biliknya.

Terkejut Nazran Ayyash apabila Danielle Marcus menjerkah. Tidak sakitkah tekak Tuan Mudanya selalu menjerit itu? Kalau dia ada lemah jantung tadi. Sudah lama dia mati kerana selalu terkejut.

Ini kalau ada isteri. Boleh mati isterinya kalau Danielle sudah menjerit. Dia juga tertanya tanya,bila Tuan Mudanya itu mahu berkahwin? Umur sudah mencecah 27 tahun. Takkan tunggu patah riuk tulang baru mahu kahwin?

Nazran Ayyash terus tersedar dari lamunan apabila dia mendengar suara Danielle lagi sekali.

"Ya Tuan. Saya datang" ujar Nazran Ayyash dan berlari anak.

Berhentilah menjerit Tuan. Boleh mati saya nanti. Belum naik pelamin lagi ni. Getus hati Nazran Ayyash.

JEDA.

Sesampai saja di rumah Dato' Arsyad. Danielle Marcus terus melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Baru saja dia ingin ke dapur. Matanya terus tertancap pada adik perempuannya. Kepala tergeleng.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now