BAB 8

1.4K 86 0
                                    

DATIN Syakilah memandang wajah Harith dengan penuh persoalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DATIN Syakilah memandang wajah Harith dengan penuh persoalan. Anak terunanya yang satu itu tidak ubah seperti orang gila. Pagi-pagi lagi sudah tersenyum. Selalunya ada saja yang menjerit pagi-pagi ini.

"Ai Rith. Dah kenapa senyum sorang-sorang?" soal Dato' Arsyad. Keningnya berkerut. Pelik sungguh Harith ini.

Danielle yang baru saja tiba di dapur itu turut memandang ke arah adiknya yang otak selalu hilang itu. Dia berada dirumah Datin Syakilah sejak malam tadi,selepas saja menghantar Rose ke rumahnya.

"Kau dah kenapa?" soal Danielle turut berasa pelik.

Dia mencapai secawan kopi panas. Dan dibawa ke mulut lalu dihirup perlahan.

"Tak lama lagi... MAMA DENGAN PAPA DAPAT MENANTU!!" ujar Harith setelah lama berdiam diri.

Danielle hanya diam dan fokus pada sarapan paginya.

Datin Syakilah dan Dato' Arsyad berpandangan antara satu sama lain. "Harith nak kahwin?". Soal Datin Syakilah.

Harith menggelengkan kepalanya.

"Bukan Harith. Tapi Abang kepada Harith iaitu TUAN MUDA DANIELLE MARCUS" jawab Harith dengan selamba badaknya.

Danielle yang ketika itu menghirup air kopi terus tersedak.

"Uhuk.. Uhuk" pantas dia mencapai tisu di atas meja itu.

Haira tersenyum ke arah Danielle sambil mengenyitkan mata. Saja mahu mengusik abang sulungnya itu. Danielle hanya mengabaikan.

"Biar betul kamu ni Harith. Niel, betul ke apa yang adik kau cakap tu?" soal Dato' Arsyad. Dia juga inginkan kepastian. Begitu juga dengan Datin Syakilah.

Danielle menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata kata Harith. Dia sudah mengambil keputusan untuk membawa Rose pergi ke rumah Datin Syakilah pada hari esok untuk diperkenalkan kepada ahli keluarganya.

Datin Syakilah dan Dato' Arsyad berpandangan antara satu sama lain. Senyuman terukir dibibir tua itu. Berbunga bunga hati mereka apabila mengetahui perkara ini.

Danielle memandang tajam ke arah Harith dan Haira yang sedang tersenyum mengusik itu. Harith menjungkit jungkitkan keninganya sambil tersenyum lebar. Manakala Haira tersenyum dengan riangnya.

"Yeay! Dapat Kakak Ipar pada usia 19 tahun. Heh! Hebat abang Haira ni. Cepat cari calon" usik Haira lalu menghirup air kopinya.

Danielle menjeling tajam.

"Ha'ah kan. Betul juga tu. Kau kan umur 19. Pendek macam anak toyol" ujar Harith sambil mengejek adiknya.

Datin Syakilah terus menoleh.

"Harith. Mama tak pernah ajar macam tu depan rezeki" tegur Datin Syakilah.

Harith tersenyum seperti kerang busuk.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now