BAB 24

1.3K 62 2
                                    

MELANGKAH saja kakinya ke dalam pejabat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MELANGKAH saja kakinya ke dalam pejabat itu. Seperti biasa,riak wajah Danielle akan berubah dingin apabila tidak bersama isterinya. Pintu bilik kerjanya dikuak.

KTAK!!

Punggung dilabuhkan di atas kerusinya. Pelipis dahi diurut perlahan. Keluhan kecil terpancul dari bibirnya. Wajah Rose terbayang. Haih rindunya dengan budak kecil tu. Kalau diikutkan hati,mahu saja dia duduk dirumah hanya menatap wajah ayu itu.

"Sayang... i miss you" dengan malas dia mencapai file yang bertimbun di atas mejanya.

KTAK!

Pintu bilik dikuak itu menarik perhatian Danielle.

"Ingatkan dah lupa jalan ke pejabat sejak kahwin ni" perli Harith sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Danielle.

Danielle memandang tajam ke arah Harith. Tidak sah kalau tidak menyakitkan hatinya. Mahu saja dia luku kepala budak itu.

"Agak agak,kalau aku buang kau dari syarikat aku ni. Kau kerja kat mana eh?" sengaja Danielke berkata begitu. Dia pun nak juga rasa membuli walaupun sudah banyak kali membuli. Siapa lagi jadi bahan bulinya kalau bukan isteri sendiri.

"Sokey.. Aku bagitau je Mama. Confirm dia tak bagi kau buang aku" dengan yakin Harith berkata.

Dia tahu yang Danielle tidak pernah membantah cakap Datin Syakilah dan Dato' Arsyad. Diturutkan saja kemahuan kedua orang tuanya,yang penting bukan benda yang membuatkan dia hilang rasa hormat.

Danielle memandang tajam ke arah Harith. Perlahan lahan senyuman sinis terbit dibibirnya.

"Bagitaulah... Aku tak kesah pun. Syarikat aku,aku punya hak" dengan angkuhnya Danielle berkata.

Harith mendengus geram. Kalau dia tidak memikirkan yang Danielle itu abangnya,sudah lama dia bagi peluru saja.

Eh! Macam berani.

"Hahaha.. Tak adalah. Aku gurau je" tergelak kecil Danielle memandang wajah cuak Harith.

"Sejak kau kahwin kan. Banyak kau gelak otak pun gila" ujar Harith. Ya,mereka sekeluarga perasan akan perubahan Danielle. Lagi lagi apabila Rose ada. Mulalah menggedik.

"Biasalah. Bahagia" balas Danielle.

"Ada apa kau masuk bilik aku ni?" soal Danielle.

"Kau tak tau ke?" soal Harith kembali.

Berkerut dahi Danielle. Tak tahu?
Apa?

Harith menghela nafas perlahan.

"Dorang dah mula" Harith terus mengeluarkan kertas berwarna putih dan ada tulisan berwarna merah.

Danielle pantas mencapai kerta tersebut. Gigi dikertap kuat apabila membaca tulisan di atas kertas tersebut.

Beautiful wife. Tunggu aku,aku akan datang jemput isteri kau yang cantik tu

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now