BAB 3

1.5K 93 0
                                    

ROSE mendekati adiknya yang sedang berperang di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ROSE mendekati adiknya yang sedang berperang di dapur. Anak dara kena rajin. Mana tahu ada mafia masuk minang. Eh!! Tiber je.

"Heyyo Kakak" sapa Rasyiqah dengan senyuman manis.

"Rajin nampak" usik Rose dengan membalas senyuman adiknya.

Rasyiqah memuncungkan mulut. Tahulah dia jarang masuk dapur. Tidak seperti kakaknya yang rajin mengalahkan Mak Cik Bawang.

"Muncunglah lagi. Boleh akak ambil hanger untuk gantung baju" ujar Rose apabila melihat reaksi muka Rasyiqah yang sudah masam mencuka.

Rasyiqah mendengus perlahan. Tengoklah tu, tidak habis-habis dengan perangai menyakatnya.

SENYAP.

Rose merenung lauk yang terhidang elok di atas meja makan itu. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah adiknya. Bukan apa, ada sesuatu yang dia ingin beritahu adiknya. Namun, seperti ada yang menahan untuk dia berkata mengenai harat dihati. Takut, jikalau adiknya itu tidak bersetuju dengan hasrat yang ingin disampaikan.

Rasyiqah yang sedang fokus kepada menyatap lauk-lauk yang terhidang itu memandang ke arah Rose. Rasa diri diperhati hati pula.

"Nak apa Kak?" soal Rasyiqah sambil menuangkan air milo ke dalam gelas mereka.

"Kalau akak cakap. Adik aprove tak?" soal Rose dengan nada yang perlahan.

"Macam mana nak aprove kalau akak tak cakap lagi" balas Rasyiqah sambil terenyum kecil bersama gelengan kepala.

"Okk.. Macam ni. Akak plan. Petang ni nak balik ruma--" belum habis Rose berkata. Rasyiqah pantas memintas.

"Akak. Akak tahu kan ada siapa dekat sana? Akak nak pisang berbuah dua kali ke?" soal Rasyiqah. Tipulah jika dia tidak rindukan Ibu dan Ayahnya.

Tapi,dia lebih menjaga hubungan keluarga itu. Dia tidak mahu kakaknya berada dalam dunia ketakutannya.

Lama Rose terdiam mendengar kata-kata Rasyiqah. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh adiknya itu. Tapi, dia mahu bertemu dengan Ibu dan Ayahnya. Sudah dua tahun lebih mereka tidak bertemu. Perasaan rindu itu semakin menggunung.

"Akak.. Akak tak tahu,Iqah. Akak nak jumpa Ibu dan Ayah. Walaupun dia bukan Ibu kandung kita" ujar Rose sayu.

Ya, ibu kandung mereka sudah meninggal dunia semasa dia berumur 6 tahun selepas melahirkan Rasyiqah. Ibu tirinya juga baik kepada mereka, tidak pernah pilih kasih. Tidak pernah memarahi mereka.

"Iqah bukan tak nak Kak. Tapi.. Akak tahu kan apa maksud Iqah?" soal Rasyiqah.

Rose tidak membalas. Malah dia terus beredar dari meja makan itu. Bukan dia terasa. Tapi, dia seperti mahu menangis apabila mengenangkan Ibu dan Ayahnya.

JEDA.

Rasyiqah membuka pintu bilik Rose perlahan lahan. Matanya tertancap pada susuk tubuh Kakaknya yang sedang merenung langit itu.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now