BAB 13

1.5K 75 9
                                    

ROSE terpisat-pisat membuka mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ROSE terpisat-pisat membuka mata. Cahaya matahari yang menembusi ruangan bilik itu membuatkan dia silau. Rambutnya diikat ke atas sedikit dan tudung sarung dicapai lalu disarungkan ke kepala.

Perlahan-lahan dia bangkit dari katilnya. Tuala dicapai. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Usai saja membersihkan diri. Dia mencapai telefon iphone 13 promax'nya. Nombor telefon Danielle ditekan.

TUT

TUT

TUT

"Emm.. Assalamualaikum. Siapa ni?" suara serak basah Danielle dihujung talian. Sudah pasti lelaki itu sudah tidur.

"Err.. Waalaikumsalam. Awak. Ni saya, Rose" balas Rose perlahan.

Danielle yang mendengar suara itu serta merta bibirnya menguntum senyuman yang sungguh manis. Suara yang mampu menggetarkan tulang rusuknya.

"Emm... Nak apa?" nada suara kedengaran agak sedikit kasar.

"Saya nak minta izin awak" balas Rose takut takut.

"Emm?"

"Saya nak pergi keluar kejap boleh? Lagipun dah lama saya tak keluar soranh-sorang" perlahan saja suara Rose kedengaran.

"Pergilah. Pastikan Naz ikut sekali" ujar Danielle dengan nada yang serius.

Rose terus tersenyum lebar. Bahagia tidak terkata saat ini. Jika diikutkan hati. Mahu saja dia bersorak gembira saat itu juga. Tapi, jangan buat malu!! Nanti Danielle dengar. Habis nanti muka macam tomato.

"Ok awak. Terima kasih! Bye! Assalamualaikum!!" tanpa menunggu balasan dari Danielle. Rose terus memutuskan talian.

JEDA.

"Eh Rose. Nak pergi mana ni?" soal Datin Syakilah. Dia memandang bakal menantunya itu dari atas hingga ke bawah. Cantik gadis ini. Ayu! Berbaju kurung!.

"Nak pergi 7E kejap Ma" jawab Rose. Kerusi ditarik dan punggung dihenyak disitu.

"Abang Niel izinkan?" soal Haira sambil memandang Rose.

Rose tersenyum dan membalas dengan anggukan.

"Tapi kena ada Naz sekali kan?" teka Dato' Arsyad. Bukan dia tidak kenal anak sulungnya itu. Overprotective!

Sekali lagi Rose menganggukkan kepalanya.

"Awak ni. Macam tak kenal anak awak tu" celah Datin Syakilah sambil memandang wajah suaminya sekilas.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now