BAB 2

1.9K 98 0
                                    

DANIELLE memicit pelipis dahinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DANIELLE memicit pelipis dahinya. Pagi pagi buta sudah kena bebel dengan Datin Syakilah. Dibantu dengan Haira. Boleh mati tanpa peluru kalau begini. Dia bukan buat apa. Hanya pulang rumah lewat. Salah kah?

"Balik rumah pukul 2. Lepas tu turun kerja pukul 7. Nak jadi apa ni?" bebel Datin Syakilah. Dia mencapai air oren dan diteguk.

Danielle mengusap belakang tengkuknya.

Nak jadi apa? Jadi manusia lah. Takkan jadi haiwan. Getus hatinya.

"Ma. Niel bukannya balik masa azan subuh. Niel balik before azan subuh. Datang rumah terus solat,Niel tak tinggal pun solat tu" ujar Danielle. Dia tidak mahu bertekak pagi pagi buta ni.

"Itu je jawapan,abang Niel. Dari dulu sampai sekarang. Macam tak ada jawapan lain" bebel Haira pula sambil menjeling tajam abangnya.

Danielle memandang adiknya dengan pandangan tidak puas hati. Kan,tinggal tunggu gali kubur je sekarang ni. Tanpa peluru pun dia boleh mati.

"HUWA!!" mereka memandang Harith yang baru saja tiba.

"Yang ni lagi satu. Tak reti nak bangun awal" terhenti langkah Harith apabila ditegur oleh Datin Syakilah.

Aik? Aku tak ada buat salah ni pun kena?. Getus hati Harith.

"Alaaa.. Ma. At least i'm not like my brother. Balik lambat" perli Harith sambil menjeling sekilas Danielle dihadapannya.

Dato' Arsyad hanya menggelengkan kepala sebelum bersuara.

"Niel. Kalau Niel dah kahwin. Tak adanya Mama kamu nak bising. Sebab ada isteri yang jaga kamu. Jadi Papa sarankan carilah calon. Nanti sampai Mama kamu pakai tongkat,Niel masih belum kahwin lagi" ujar Dato' Arsyad kepada anak sulungnya Danielle.

Uhuk uhuk.

Terbatuk Danielle mendengar kata kata Dato' Arsyad.

Kahwin?.

Isteri?.

Cari calon?.

"Minum pelan pelan" tegur Haira. Bukan dia tidak tahu abangnya itu tidak suka cerita pasal kahwin.

Gay?

Tak. Danielle masih normal. Cuma baginya,memilih pasangan hidup haruslah yang boleh menerima kekurangannya dan boleh menerima dirinya sebagai seorang ketua Mafia.

Bukan dia tidak usaha. Tapi,ramai gadis yang mahu dengannya hanya kerana harta. Dia malas!.

"Cari calon Niel. Mama nak juga ada menantu macam kawan kawan Mama" ujar Datin Syakilah. Kini nadanya lembut,tidak seganas tadi yang seperti mahu menembaknya.

Danielle menarik nafas dalam dalam dan dihembus.

"Once I found my Queen. I akan pinang terus" ujar Danielle dalam hati penuh tersirat.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now