BAB 16

1.3K 67 2
                                    

PAGI itu, pagi yang agak janggal bagi keluarga itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI itu, pagi yang agak janggal bagi keluarga itu. Bukan janggal,tapi lebih kepada sedih. Pagi ini,Rose akan berangkat ke US untuk melanjutkan pelajarannya di sana.

Di sudut yang lain. Danielle memandang Rose dalam diam. Berat hati mahu melepaskan gadis itu pergi. Budak kecil cupcake!. Terukir senyuman hambar dibibirnya.

Harith yang perasan akan raut wajah Danielle hanya tersenyum nipis.

"Sabarr.. Aku akan tolong kau Abang Niel" ujar Harith dalam hati. Dia mencapai air oren dan diteguk perlahan lalu dia beredar dari meja makan.

Tengku Erina memandang Rose dengan pandangan yang angkuh.

"Sayang. You teman I pergi check up tahu hari ni. Sian our baby ni,Daddy dia busy" ujar Tengku Erina cuba untuk menarik perhatian Danielle.

Danielle memandang Tengku Erina bengang. Dia memandang ke arah Rose sekilas. Jelas wajah itu cuba menahan sebak.

"Kau pergi dengan Naufal. Aku ada kerja" Danielle terus beredar dari situ.

Tengku Erina mendengus geram.

"Erina. Niel tu bukan hamba kamu. Kamu pun kena faham dia" tegur Datin Syakilah dengan nada yang sedikit geram.

"Mama,Rose naik pergi bilik dulu. Nak check barang sikit. Takut ada yang tertinggal" Rose tidak betah duduk disitu. Dia juga turut beredar.

Datin Syakilah,Dato' Arsyad dan Haira menghantar Rose dengan anak mata saja. Mereka juga turut berasa sedih melihag keadaan Rose.

JEDA.

"Isk.. Isk.. Iqah.. Akak tak kuat. Kenapa akak kena uji macam ni. Akak tak mampu.. Isk.." ujar Rose seorang diri.

Dia duduk di balkoni biliknya. Kaki turut dinaikkan ke atas kerusi. Kepala lutut dipeluk. Muka disembamkan ke situ.

"Akak tak kuat Iqah... Akak tak layak bahagia ke?" kini kepalanya diangkat merenung langit yang luas terbentang itu.

Matanya penuh dengan linangan air yang jernih.

"Entah apa yang lagi sakit,meninggalkan atau melupakan awak. Tapi,lebih baik meninggalkan untuk kebaikan masing masing. Awak dah ada kehidupan awak. Dah ada keluarga kecil awak. Sedangkan saya? Masih berharap kepada sesuatu yang tidak pasti" ujar Rose sayu. Matanya tidak lepas merenung langit itu.

"Bagi aku melupakan lebih sakit. Sebab,melupakan adalah satu perkara yang sukar untuk manusia buat. Akan setiap masa,setiap minit dan setiap saat selalu bermain di minda yang dipanggil kenangan. Sama macam kau,susah untuk aku lupakan kau" suara garau itu menyentak Rose. Dia terus menoleh ke belakang. Pantas dia berdiri tatkala melihat lelaki itu.

Danielle berdiri sambil tangan kanannya masuk ke dalam poket seluar. Sisi tubuhnya disandarkan kepada sliding doors.

"Aw--Awak buat apa dekat sini?" soal Rose dengan suara yang sedikit bergetar.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now