BAB 28

1.1K 73 1
                                    

4 bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 bulan kemudian...

DANIELLE tersenyum melihat Rose sedang diulit mimpi. Betapa bahagianya dia apabila mengingati bahawa ada malaikat kecil dalam perut isteri kesayangannya itu. Siapa sangka. Di usia 27 tahun dia mendapat gelaran 'ayah'.

"Ermm.." Rose merengek perlahan. Tidak suka tidurnya diganggu.

Danielle tergelak kecil.

"Sayang.. Bangun. Solat" kejutnya perlahan. Rose sedikit pun tidak bergerak.

Nafas dihela perlahan.

"Sayang.. Bangun. Nanti lambat" kejut Danielle lagi.

Terpisat pisat Rose membuka matanya. Benda pertama yang dia nampak perut berketul suaminya.

Danielle yang tahu ke mana arah mata isterinya hanya tersenyum sambil menggeleng. Timbul niat mahu mengusik isterinya.

"Takkan tengok je. Tak nak sentuh coklat bar ke?" usik Danielle.

Rose memandang Danielle tajam.

"Ish! Gatallah dia ni!" dengus Rose perlahan. Muka dimuncungkan.

Terletus tawa Danielle.

"Bangun sayang. Kang habis pula subuh" Danielle mengusap wajah putih mulus itu perlahan.

Sejak mengandung 4 bulan ini. Isterinya lebih berisi daripada sebelumnya. Kadang dia geram melihat isterinya lagi lagi semasa makan. Seksi!.

Tibeh!

"Jom mandi" ajak Danielle.

"Tak nak. Rose nak mandi sendiri. Bye!" terus Rose berlari anak ke arah bilik mandi.

Danielle hanya menggelengkan kepala dengan telatah isterinya.

JEDA.

Usai saja menunaikan perintah-Nya. Danielle dan Rose terus sibuk membuat sarapan bersama. Semenjak Rose dikhabarkan mengandung beberapa bulan yang lepas,terus saja Danielle rajin masuk dapur.

Sedang asyik bertempur didapur. Tiba tiba..

"Assalamualaikum ya ahli kubur" laung seseorang dari luar rumah banglo itu.

Danielle pandang Rose. Rose pandang Danielle. Kemudian bahu dijungkitkan. Kerja disambung.

"Oii! TAK DENGAR KE ORANG BAGI SALAM?!" sergah Harith secara tiba tiba.

Apa? Rumah tidak berkunci. Lajak sajalah.

"WAALAIKUMSALAM" latah Rose.

Terkejut Rose dibuatnya. Danielle pantas merangkul pinggang ramping isterinya. Matanya memandang tajam ke arah Harith.

"Bini aku terkejut gila!" nada suaranya jelas kedengaran geram.

Harith tersenyum seperti kerang busuk.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now