BAB 4

1.5K 96 1
                                    

MALAM itu mereka sekeluarga berkumpul di meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM itu mereka sekeluarga berkumpul di meja makan. Tidak semua. Hanya seorang saja yang kurang.

Rose berasa sedikit lega kerana semasa dia pulang ke rumah itu, orang yang dia takuti tidak berada di rumah. Tahu dah kemana pergi manusia bertopengkan syaitan tu. Judi!.

"Rose. Tambah lah lagi. Jangan risau, untuk abang kamu tu ada ibu simpankan" pelawa Puan Kalisha dengan senyuman manis.

Rasyiqah membuat muka meluat.

Abang?.

Manusia macam dia tu layak ke digelar abang? Memang tak lah! Dah dia bukan abang kitaorang. Abang tiri je. Getus hati Rasyiqah.

"Er.. Takpe lah Ibu. Rose dah kenyang" ujar Rose. Bukan apa, terus hilang selera makannya apabila mendengar perkataan "abang" itu.

"Akak. Kalau dah kenyang. Pergilah naik bilik dulu" ujar Rasyiqah sambil memandang wajah ayu kakaknya.

Rose menggelengkan kepala.

Ktak!.

Pintu utama rumah itu dikuak. Mereka semua memandang gerangan yang memasuki rumah itu.

"Assalamualaikum" ujar lelaki itu sambil menuju ke arah meja makan.

Rose mula tidak senang duduk. Rasa gelisah mula menguasai dirinya. Takut.

Rasyiqah menggenggam tangan kakaknya erat. Dapat dia rasakan tangan kakaknya itu bergeletar dan berpeluh. Erat dia memegang tangan itu.

Lelaki itu memandang wajah Rose. Senyuman sinis terbit dihujung bibirnya.

Rose menundukkan pandangannya. Suara-suara halus mula bermain di fikirannya. Tanpa meminta izin. Rasyiqah terus membawa kakaknya beredar dari situ. Syaitan dah datang. Kacau betul.

JEDA.

Rose memeluk erat tubuh kecil adiknya. Menggigil seluruh tubuh itu kerana takut. Peluh mula menuruni dahinya. Air mata sedaya upaya cuba ditahan. Dada terasa sangat sakit.

"Shh.. Iqah ada. Kejap, Iqah ambil ubat akak" ujar Rasyiqah.

Rose menggelengkan kepala.

"Ak-Akak takut" ujar Rose.

Rasyiqah mengalirkan air matanya. Inilah sebab kenapa dia tidak mahu ke rumah Ibu mereka. Ada jembalang yang berotak.

Setelah lama menangis, tanpa disedari Rose sudah pun terlelap dibahu adiknya. Rasyiqah mengusap belakang tubuh kakaknya.

"Kalau suatu hari nanti Iqah tak ada dengan akak. Please cari orang yang betul-betul boleh jaga akak dan faham keadaan akak" ujar Rasyiqah sambil mengalirkan air mata.

Dia membaringkan tubuh kakaknya perlahan lahan. Dikucup lembut tangan kanan kakaknya.

Dia merenung wajah cantik itu. Entah mengapa, hatinya rasa tidak sedap apabila melihat wajah Khairi sebentar tadi. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now