BAB 27

1.1K 65 3
                                    

"UWERK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"UWERK.." Rose mengusap belakang tubuh sasa suaminya perlahan. Risau dia melihat suaminya. Sejak pagi tadi asyik muntah saja.

"Abang.. Jomlah pergi klinik. Ni asyik muntah je. Rose risaulah" pujuk Rose sambil menguak rambut lebat suaminya kebelakang. Sakit sakit pun masih hensem!

Danielle memandang wajah isterinya. Jujur dia katakan. Seluruh tubuhnya tidak berdaya tika itu. Wajah terus disembamkan ke leher isterinya. Dengan ketinggian Rose yang hanya paras dadanya membuatkan dia menurunkan badannya separas dengan ketinggian isterinya.

"Abang..." panggil Rose lembut.

"Abang tak nak sayang.. Abang penat. Nak tidur" balas Danielle yang masih menyembamkan wajahnya itu.

Rose menghela nafas perlahan.

"Abang tengah sakit ni. Jomlah pergi klinik" pujuk Rose lagi.

"Tak nak sayang... Abang tak larat"

"Abang.. Dari pagi lagi tau abang asyik duk muntah ni. Makan ubat pun tak nak. Orang risaulah!" pujuk Rose lagi. Kali ini nadanya sedikit geram.

Danielle menggelengkan kepala. "Tak nak.. Abng nak sayang je.." sayu saja kedengaran nada suaranya.

"Kalau nak Rose. Abang kena pergi klinik. Tak pun panggil Doktor datang rumah. Pilih" ugut Rose. Tegas!.

"Hmm... Yelah. Call doctor come to our house. Now" arah Danielle.

Rose tersenyum senang. Bangga kerana berjaya buat suaminya dengar cakap.

Seketika dahinya berkerut. Dia memandang susuk tubuh suaminya yang sudah terbaring lemah di atas katil. Pelik! Suaminya tidak pernah muntah seteruk itu. Suaminya ada alahan dengan apa apa makanan kah?

JEDA.

Berkerut dahi Rose memandang Doktor lelaki yang memandangnya dengan penuh makna. Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Erk.. Doktor,suami saya ok je kan?" soal Rose perlahan. Dia tidak selesa dengan pandangan doktor lelaki itu.

"Suami adi.. Ehem.. I mean,suami puan ok je" balas Doktor itu.

Berkerut dahi Rose.

"Ermm.. Boleh saya tahu apa nama doktor?" soal Rose dengan tersenyum nipis.

"Kha.. Ehem! Adam. Ha nama saya Adam" Doktor lelaki itu meneguk liur perlahan.

Rose sedikit berasa curiga. Hatinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan doktor 'Adam' itu.

"Ouh.. Doktor Adam. Kalau suami saya tak apa apa. Kenapa dia selalu muntah?" soal Rose apabila mengingati keadaan suaminya.

Segala persoalan yang bergeliga di mindanya sebentar tadi terus hilang.

"Haha.. Puan.. Tu bukan muntah biasa rasanya" balas Doktor lelaki yang bernama Adam itu.

𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐚𝐥𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 | BUNGA TERAKHIR UNTUKNYA ©[EDITING]Where stories live. Discover now