💋
The Billionaire's Lady ー O1
MATA dicelikkan, tubuh serasa kosong, serasa tidak berbalut dengan kain. Mata hazelnya menepat pada cermin besar berhadapan dengan katil, dua gunung fuji miliknya tak berbalut dengan Bra.
Sekejap.
Apa yang sudah terjadi semalam, ya?
Dia mabuk dan selepas itu terlanggar seseorang...wajahnya samar, yang dia tahu, orang itu merupakan lelaki.
Flashhh
Oh, bunyi shower.
Oh? O-Oh? OH MY LORD
Yoo Seulna, Kau dah kehilangan mahkota yang kau jaga selama ini untuk bakal suami kau nanti. Kau dah tak suci, kau dah dinodai!
Yoo Seulna kebuntuan akal, kalut dia mencari pakaian dalam yang entah dimana terlempar. Dia mengenakan pakaian dalamnya lalu menyarung baju-T dan Jeans miliknya.
Mahu marah, mahu disumbatnya kepala lelaki jahanam yang menidurinya itu ke dalam lubang jamban sana. Tapi dia tak patut menyalahkan jejaka tersebut, salahnya juga kerana terlalu mabuk hingga tak sedarkan diri.
Walaupun begitu, lelaki ini perlu diberi pelajaran!
Yoo seulna mengeluarkan beberapa keping wang dari begnya lalu dimasukkan ke dalam envelope putih disertakan dengan nota ringkasー " Thanks for the fantastic night, dear amazing gigolo! " dan ciuman lipstik merahnya setepek di atas kertas nota.
Envelope tersebut diletakkan di atas meja sisi katil lalu Seulna chau dari situ dengan senyuman jahat yang tersungging di bibir.
Biar lelaki itu merasa seperti maruahnya sedang dipijak!
Semua lelaki sama saja! Suka mengambil kesempatan!
Dia baru saja ditinggalkan oleh lelaki tak guna. Dan sekarang dia menyerahkan pula mahkota berharganya kepada lelaki yang langsung dia tak kenal.
Malang sungguh nasib kau, Yoo Seulna!
Kim Taehyung keluar dari bilik mandi sejurus selepas Seulna pergi dari situ. Dia mencapai Hairdryer lalu mengeringkan rambut hitamnya yang basah.
" Dia dah pergi rupanya. " Gumam Taehyung sendiri.
Matanya kemudian tertancap pada sampul surat putih yang berada di atas meja sisi katil. Kaki diatur ke meja tersebut, tangannya mencapai sampul putih itu.
Sampul dibuka, ada beberapa keping wang dan sebuah nota ringkas. Senyuman sinis Kim Taehyung tercoret usai membaca nota tersebut.
" Gigolo, ya? Menarik. "
-
" Ewah, awalnya sampai. " Sindiran Hyomin hanya dibalas sengihan oleh Seulna. Dia lewat 20 minit, siapa je kot tak naik angin?
" Maaf, Hyo. Aku ada masalah sikit pagi tadi, sebab tu aku datang lambat. Bos tak marah? "
Seulna membetulkan seragam miliknya, Apron berlogo " Cat's Café " dikenakan.
" Ada jugak lah dia datang tadi tapi dah balik dah lepas hantar stok biji kopi untuk bulan ni. By the way, masalah apa pulak tu? Tak pernah kau ada masalah ni? "
Seulna menggaru kepala yang tak gatal. Mana mungkin dia ceritakan hal tersebut pada Hyomin. Dia pun malas mahu fikir, anggap sajalah sebagai mimpi buruk. Lagipula, dia dah cukup dewasa untuk hal sebegitu.
" Err..tak ada apa lah. Aku cuma tercari-cari sandal baru aku. Rupa-rupanya dah dilahap oleh anjing jiran sebelah. "
Seulna tertawa hambar. Hyomin memandang pelik.
Ting!
Notifikasi telefon Hyomin tiba-tiba berbunyi, mencantas perbualan mereka berdua. Wajah gadis itu yang tadinya tak ada reaksi kini tersenyum hingga ke telinga.
" Mister billionaire update twitter lah! "
Hyomin terlompat-lombat riang tak ubah kanak-kanak ribena yang bermain di taman.
" Eh? Belakang perempuan mana pula ni! "
" Seul! Rambut perang perempuan ni sama macam rambut kau lah! "
Seulna yang tak berminat itu tiba-tiba tercengang tatkala melihat foto tersebut. Menampakkan seorang wanita yang sedang berbaring membelakang, memperlihatkan belakang tubuhnya yang begitu seksi tanpa pakaian.
Rambutnya persis warna rambut Seulna dan apa yang lebih mengejutkan, tahi lalat kecoklatan yang ada pada bahu gadis itu sama seperti Seulna.
Jangan cakap...
Dia membaca pula kapsyen foto tersebut.
" Wanted. "
Gulp.
" H-Hyomin, siapa yang upload ni? "
Bergetar suara Seulna.
" Lah kau tak tahu ke? "
" Dia adalah kepala keluarga kepada keluarga billionaire nombor satu di South Korea, KIMS Family. He's Kim Taehyung!!! "
" Keluarga Kim mengendalikan 50 buah cawangan hospital di seluruh penjuru korea selatan, 40 klinik swasta dan lima cawangan Healer Garden di lima buah negara asia. "
" Kim Taehyung memiliki paras rupa yang rawrrrr!!! Badan seperti model dan juga mempunyai karisma yang begitu menawan!!"
" Dia dinilai sebagai kandidat calon suami yang digilai oleh para gadis dari serata dunia!!! "
Seulna meneguk liur untuk kesekian kalinya. Kau dah salah memilih lawan, Yoo Seulna. Ni mesti disebabkan nota ringkas yang dia tinggalkan tadi.
Foto belakang tubuh itu sudah sahih adalah belakang tubuh Seulna. Bila masa pula mamat itu ambil gambar? Bodoh betul lah. Lepas satu masalah, satu lagi masalah!
" Tapi, siapa ya perempuan ni? Kenapa dia sampai muat baik dalam akaun Twitter dia? Teman wanita dia ke? Halah! Aku baru nak berangan kahwin dengan dia! "
Hyomin menghentak-hentak kaki.
" Hyo, a-aku...aku keluar kejap, ada hal aku nak selesaikan! "
Seulna membuka Apron lalu mencapai tote bag miliknya.
" eh? nak kemana? Kau baru datang, tetiba nak keluar lagi? Marah nanti bos kita oi! "
Seulna tak mengendahkan Hyomin.
Sekarang ini, dia perlu berjumpa Kim Taehyung dan meminta jejaka itu untuk menghapus foto tersebut!
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...