💋
The Billionaire's Lady ー 22
SEBULAN berlalu. Taehyung cuba memikirkan sebuah jalan buat dia dan Seulna. Namun, semuanya berakhir dengan melarikan diri.
Ya, Taehyung sedang melarikan diri. Dia tak tahu harus bagaimana lagi berdepan dengan Agust Toneiro. Lelaki itu terlalu kuat dan dia tak punya kuasa untuk terus melawan.
Kalau dia berjumpa dengan Seulna sekarang pun, mana dia mahu letak mukanya? Dia sudah melarikan diri selama sebulan, meninggalkan Seulna bergantung tanpa tali. Pastinya gadis itu sekarang membencinya dan menganggap dirinya pengecut!
Ah, apatah lagi dengan ugutan Agust hari itu. Dia sangkakan Agust hanya sekadar cakap tapi rupanya tak. Beberapa buah hospital kendalian Keluarga Kim kini sudah sah dibeli oleh Keluarga Toneiro.
Taehyung tahu, Agust mahu memberinya peringatan.
Sedar tak sedar, kini sudah tiba Musim luruh. Musim yang cerah dan indah. Begitu mengingatkan Taehyung kepada Seulna.
Semalam Taehyung bergaduh lagi dengan papanya, hanya kerana dia tak mahu makan. Sudahnya, Taehyung membawa diri ke tempat rahsianya lagi.
Dia memandu perlahan, membiarkan tingkap kereta dibuka agar dia dapat menikmati udara segar di situ. Dia masih ingat waktu itu, ketika dia datang bersama dengan Seulna di sini.
Bingkai bibirnya naik. Dengan suasana sepi seperti ini, pasti Seulna bosan.
" Kau boleh hidupkan radio kalau bosan- "
Taehyung menoleh ke sit sebelah. Ah..
Tangannya memegang wajah, tersedar yang Seulna sedang tidak bersamanya.
" Apa yang kau fikirkan Taehyung? " Taehyung bermonolog sendiri. Sudah berapa kali dia seperti itu, seakan gila bayang.
Taehyung menghidupkan Radio, mengisi kekosongan yang bertandang di hati. Kalau dia hidupkan Radio, atleast boleh jugaklah dia lupakan Seulna sekejap. Kalau tak, memang gila bayang lagi lah jadinya.
Radio dihidupkan dan...
" Bogoshipda~ "
" Bogoshipda~ "
Taehyung terjeda mendengar lagu tersebut.
" Dammit. " Taehyung menekup wajah.
" Kenapa semua benda mengingatkan aku pada dia? " Taehyung mengeluh berat. Baru tak berjumpa sebulan, bayangkan tak berjumpa setahun? Rasanya Taehyung dah jadi gila kot.
Beberapa minit memandu, Taehyung memberhentikan keretanya. Dia melangkah keluar, namun belakang tubuh seseorang mencuri perhatiannya.
Si gadis memutarkan tubuhnya.
" Saya dah agak dah awak akan datang hari ni. "
" Seulna? "
Jap, dia tak gila bayang kali ni kan?
" Kemana awak pergi sebulan ni? Saya rindukan awak tau? "
ANDA SEDANG MEMBACA
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...
