💋
The Billionaire's Lady ー 15
" YOU'RE big already. Papa dah tak mahu berkeras pada kamu. Papa terima keputusan kamu yang tak nak berkahwin dengan Irene. tetapi, apa jua cara sekalipun, I will never accept her in our family. "
Tegas intonasinya.
Taehyung menunduk. Apa yang kurangnya pada Seulna? Dia tak perlukan wanita dari keluarga yang setaraf. Dia hanya mahukan pendamping hidup dan cinta sejati. Yoo Seulna sudah cukup untuk memenuhi apa yang dia mahukan selama ini.
Bersama Yoo Seulna, dia merasa hidup, merasa dicintai dan dihargai. Dia hanya mahukan gadis itu! Tak mahu yang lain!
" Sebagai gantinya, Papa dah aturkan Blind date untuk kamu dengan Puteri ketiga keluarga Watanabe. Seperti yang kamu tahu, keluarga Watanabe merupakan salah satu keluarga jutawan yang menjalani perniagaan hotel. "
" Perkahwinan kamu dengan Watanabe Hinata akan mendatangkan banyak keuntungan kepada kita. Pastikan kamu layan dia sebaiknya. "
Mendengar kata-kata papanya itu, Kim Taehyung mendadak berdiri.
" Saya takkan pergi blind date tu. Pa, tolonglah... Kita dah cukup kaya. Tak boleh ke kita berhenti fikir tentang keuntungan dan mencari kebahagiaan? "
" Kamu nak sekolahkan papa ya? Listen carefully, apa yang kita ada sekarang takkan bertahan lama sekiranya kita tak terus berusaha untuk mengekalkannya! Kita harus mendapat sokongan daripada keluarga lain dan sama-sama saling menguntungkan. "
" Berkahwin dengan perempuan yang entah apa-apa itu, kamu dapat apa? Belum tentu kamu bahagia! "
Taehyung mengepal tangan. Rasa sakit hati mendengar Seulna diperlekehkan sedemikian rupa. Kalau lelaki tua itu bukan ayahnya, mungkin dah hilang kot kepala dia.
" Saya tak kira. Saya bukan macam abang yang boleh papa buat bagai kerbau dicucuk hidung sesuka hati! I have rights to choose my own partner! This is about my life, not yours! "
Taehyung membentak. Dia sudah tidak takut sekarang. Dia akan lakukan apa saja asalkan dia dan Yoo Seulna dapat bersama. Tidak kiralah harus dengan cara kotor sekalipun. He will got what he want!
Tuan Besar Kim hanya memandang kelibat Taehyung yang sudah berlalu keluar dari ofisnya. Hembusan nafas berat dilepaskan.
Nampaknya dia terlalu menekan anaknya itu.
Sebenarnya dia tidak kisah dengan siapa Taehyung mahu berkahwin...
...asalkan bukan dengan perempuan itu.
-
Taehyung pulang lebih awal hari ini. Seulna risau, jejaka itu kelihatan penat dan sepertinya dia sedang menghadapi masalah.Pulang saja dari ofis, Taehyung terus mendapatkan dirinya. Tingkah jejaka itu membuatnya risau. Selalunya Taehyung akan membersihkan diri terlebih dahulu baru bertemu dengan Seulna. Dia tahu betapa Taehyung pentingkan kebersihan. Tapi hari ini tidak.
" Macam mana hari ni? Okay tak? "
Seulna menyoal. Diusapnya kepala Taehyung yang berbaring di atas ribanya.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...