💋
The Billionaire's Lady ー 21
" I WILL COME HERE AGAIN TOMMOROW "
Ciuman di dahi diberi sekilas. Seulna perlahan mengangguk lalu menghantar Taehyung ke jendela biliknya.
Sudah berlangsung beberapa hari sejak Taehyung menyelusup masuk ke perkarangan Mansion Toneiro. Dia agak takut sebenarnya, takut jika diketahui oleh abang durjana nya itu. Namun, nasib menyebelahi mereka. Sehingga sekarang, Agust Toneiro masih tidak mengetahui kegiatan mereka.
" Awak, hati-hati tau? "
" Jangan risau. I will be fine. " Taehyung menguntum senyum lalu perlahan menuruni tangga. Tangannya masih setia menggenggam tangan Seulna sebelum tautan tangan itu perlahan terlerai.
Seulna tersenyum tatkala Taehyung selamat juga turun ke bawah.
Akan tetapi, Seulna perasan ada bayangan seseorang sedang menuju ke belakang Taehyung. Perlahan bayang tersebut mendekat, hinggalah figuranya kelihatan.
Mata Seulna terbuntang.
Agust sedang bersama beberapa bodyguard mendongak memandangnya dengan pandangan tajam.
Seulna panik.
" Awak! L-lari! "
Mendengar teriakan Seulna itu, Taehyung refleks menoleh ke belakangnya. Matanya membuntang. Dia berundur sedikit namun ada seseorang menahan pergerakannya.
" L-lepaskan aku lah! " Taehyung menempik.
" Lepaskan? Kau ingat semudah tu? Kau dah pecah masuk bilik adik aku dan kau minta dilepaskan? "
Agust tertawa sinis. Kolar baju Kim Taehyung dicengkamnya.
" Kau dengar sini baik-baik, budak hingusan. Kau dan Eclair tak boleh bersama. Dan kau seharusnya tahu yang keluarga Kim juga tak boleh membiarkan korang berdua bersama. This is about our family princips and rules. "
" Persetankan semua tu lah! Kau, kau tak pernah rasa apa yang aku dan Seulna rasa! Sebab tu mudah saja kau cakap! "
Taehyung tak mengaku kalah.
" Sebab aku pernah rasalah aku tak mahu korang berdua terjerumus dalam hal tu! "
Agust menunduk. Teringat kembali cinta hatinya yang membawa diri setelah hubungan mereka dibantah habis-habisan oleh bonda.
" Tak! aku..aku takkan berhenti di sini Agust Toneiro! Aku akan dapatkan Seulna walaupun aku harus pertaruhkan nyawa aku! "
PRAK!!!
Tamparan hinggap di wajah Taehyung.
" Jangan berguraulah budak tak guna! Mulai saat ni, jangan pernah jumpa dengan Eclair lagi. Kau kena ingat, setiap perbuatan kau akan memberi kesan pada keluarga kim. "
" Lagi-lagi kau adalah ketua keluarga. Ingat, i can make Kim's Family lost all their properties with just my fingertips. Keep it in your mind. "
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...