💋
The Billionaire's Lady ー 11
" INGAT, selama tempoh masa kamu semua melakukan praktikal di sini, saya akan sentiasa memerhati dari jauh. Jadi, buat sebaiknya. "
" Baik, Headmaster Kim! "
" Baiklah, mesyuarat bersurai. "
Lebih kurang sepuluh doktor praktikal bangkit dari duduk mereka lalu menunduk hormat kepada Kim Taehyung yang baru sahaja habis memberi taklimat.
Memang bagaikan satu budaya, Doktor-doktor baru yang menjalani praktikal di hospital yang dikendalikan oleh KIMS harus menghadiri orientasi yang diadakan oleh Kim Taehyung sendiri.
Hal ini bertujuan untuk melahirkan para doktor yang berpotensi dan memberi untung kepada KIMS. Walaupun begitu, keutamaan ditumpukan kepada doktor psikologi dan Surgeon.
Doktor praktikal yang berjaya akan mendapat pengiktirafan istimewa dan bakal diberikan kesenangan hidup selama tempoh masa bekerja di hospital kendalian KIMS. Sebab itu, banyak graduan yang berebut ingin menjadi ahli di dalam administrasi Hospital KIMS.
Semua doktor praktikal tersebut keluar daripada bilik mesyuarat dengan wajah tegang. Masing-masing mendapat getaran hebat daripada saingan-saingan mereka.
Apatah lagi setelah disekolah kan oleh Kim Taehyung, membuatkan mereka sedar bahawa waktu ini, minit ini dan saat ini adalah masanya untuk memasuki terowong yang penuh duri.
" Doktor praktikal kali ni banyak yang bersemangat. Tak macam tahun lepas. "
Jimin berkata. Kim Taehyung mengangguk setuju.
" Pantau mereka dari masa ke masa dan laporkan kepada aku setiap minggu. "
" Baik, Master. "
Jimin menunduk hormat lalu membuntuti Kim Taehyung yang sudah melangkah masuk ke ofisnya. Jejaka itu membuka kot lalu menyinsing lengan kemeja hingga ke siku.
Jimin terpandangkan satu kesan pada pergelangan tangan Kim Taehyung. Serentak dahinya berkerut.
Ianya kesan gigitan. Siapa pula yang gigit tangan Master ni? Anjing ke? Master mana ada anjing. Kucing? Kucing pun mana ada. Kalau dilihat-lihat, macam gigitan orang.
Ianya berbentuk bulat, sah gigitan manusia.
" Maaf, master. Tapi, apa kesan yang ada pada pergelangan tangan master tu? "
Taehyung memandang ke arah kesan yang dimaksudkan Jimin, dia tergelak.
" Oh, ini. Seulna's Masterpiece. "
Hah? Wait...CHOTTO MATTE KUDASAI!
Hah terkeluar jepun Jimin.
" Cik Seulna gigit??? Tapi kenapa?? "
Intonasi suara Jimin sedikit meninggi. Seakan tak percaya Master kesayangannya yang tanpa cacat cela itu kini digigit oleh perempuan senget itu. Macam mana kalau kesan gigitan itu tak hilang???
ANDA SEDANG MEMBACA
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...
