💋
The Billionaire's Lady ー 1O
MALAM menjengah, Seulna masih bertenggek di halaman rumah sejak pukul enam tadi. Dia risau dengan keadaan Taehyung. Dia okay ke? Teruk sangat ke demam dia? Banyak lagi persoalan yang singgah di benaknya.
Bunyi kereta kedengaran. Refleks Seulna menoleh, senyumannya melebar tatkala kereta Taehyung berhenti di halaman rumah. Jimin keluar, membukakan pintu untuk Kim Taehyung. Sempat dia mengerling ke arah Seulna, memberi tatapan yang mempunyai maksud.
Taehyung keluar dari perut kereta.
Seulna menyapa teruja dengan lambaian tangan namun Taehyung abaikan saja. Senyuman Seulna mati, tangan kanannya perlahan diturunkan.
" Kau boleh pergi. " Arah Taehyung kepada Jimin, jejaka itu membalas dengan anggukan lalu menunduk hormat.
Taehyung masuk ke dalam rumah tanpa membalas pun sapaan Seulna sebentar tadi. Dia disambut oleh beberapa pembantu rumah lalu terus saja mengambil lif untuk ke tingkat atas. Agaknya dia malas ambil tangga. Ataupun tak mahu bertembung dengan Seulna lagi?
Seulna merasa kecil hati. Taehyung menyesal ke dengan ciuman mereka pagi tadi? Padahal Seulna ikhlas kot. Tak ada rasa terpaksa langsung.
Gadis itu masuk ke dalam dengan langkah lemah. Dia menaiki tangga. Tak sengaja pula terserempak dengan Taehyung yang baru keluar dari lif.
Bilik mereka sebenarnya bertentangan saja.
Seulna melempar senyum, Taehyung melempar wajah. Terus saja dia menuju ke biliknya tanpa mengendahkan Seulna yang tercegat di anak tangga.
Seulna tak berpuas hati, kaki terus diatur pantas. Tangan Taehyung ditariknya.
" Kenapa dengan awak ni hah? " Seulna menyoal tak puas hati. Tak suka diperlakukan dengan tindakan tak jelas seperti itu. Kalau tak suka, halau je lah dia dari sini! Buat apa nak simpan!
Taehyung tak menjawab.
" Saya bercakap dengan awaklah! "
Taehyung masih diam.
" Kalau awak marah dengan ciuman kita pagi tadi. Ya! Maaf sebab mulakan! Tapi, awak tak perlulah buat saya sampai macam ni sekali! "
Taehyung memutarkan badan, menghadap Seulna. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
" Just..."
"...Stay away from me, Can ya? "
Seulna terkesima. Tak menyangka yang itulah jawapan Kim Taehyung.
Ya, selama ini Taehyung melayannya baik walaupun di awal pertemuan mereka tak lah berapa nak baik sangat. Taehyung layankan saja karenah nya beberapa hari ini.
Sebab itu dia sangkakan Taehyung itu lelaki yang baik sebenarnya.
Tapi ternyata lelaki itu tetap sama.
Taehyung memaparkan riak wajah tak berminat dan terus saja masuk ke dalam biliknya. Seulna dibiarkan tercegat sendiri di situ.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...