💋
The Billionaire's Lady ー Ending
SEJAK mendapat tahu bahawa Seulna sedang mengandungkan anak Taehyung, Agust akhirnya menyerah kalah dan merestui hubungan suami isteri dua manusia itu.
Taehyung dan Seulna kembali bersama lagi. Namun, Krisis antara keluarga Toneiro dan Kim agak susah untuk dileraikan.
Sekarang, dua keluarga besar itu saling berebutkan anak yang ada di dalam kandungan Seulna itu. Sama ada anak itu akan memakai marga Toneiro ataupun Kim.
Beberapa bulan sudah berlalu, Perut Seulna kini sudah kelihatan sarat. Nampaknya tinggal menunggu hari je nak menetas.
Taehyung agak stress sedikit dengan emosi Seulna yang selalu berubah semenjak mengandung ini. Sekejap sejuk, sekejap panas seperti gunung berapi, sekejap manja dan ada kalanya juga Seulna terlalu dingin.
Sah anak mereka yang bakal lahir ini lelaki. Mesti Toneiro dan Kim akan menggila kalau anak yang bakal lahir itu berjantina lelaki. Mesti dua keluarga itu akan berebut ingin menjadikan anaknya itu pewaris.
Belum lagi lahir, Taehyung sudah stress memikirkannya. Apatah lagi mengingatkan Stella dan Papanya yang tak pernah akur. Setiap berjumpa, pasti beradu mulut. Dah tua pun, perangai kebudak-budakkan. Bagai anjing dan kucing saja.
Tak kalah juga dia dan Agust. Dia dan abang Seulna pun kalau berjumpa memang tak reti diam punya. Asyik berperang lidah aje.
" Anak tu akan Blond. Percayalah. "
Agust berkata sinis.
" Huh? Pastinya anak tu akan ikut genetik ayah dia! The baby will have a black hair for sure! "
Taehyung tak mengaku kalah.
Agust berdiri dari duduknya.
" Diamlah. Jangan ingat aku restui kau dan Eclair, aku akan terima kau jadi adik ipar aku. No way and never. "
Agust berlalu pergi.
Taehyung tersenyum nipis. Mulut cakap lain, hati kata lain. Dia tahu jejaka itu sebenarnya sudah menerima dirinya sebagai adik ipar. Buktinya, Toneiro mempelawa Kim untuk bekerjasama bagi projek baharu Toneiro.
Tidak tahu projek apa. Tapi apa yang Seulna katakan, projek itu berkait dengan Program Charity.
" Baby giant, saya nak berak lah tapi tak dapat. "
Seulna mendekati Taehyung yang duduk bersantai di sofa.
" Perut saya...sakit sangat, macam nak berak tapi tak pula. "
Seulna memegang perutnya yang sarat.
" Oh my! Eclair nak bersalinlah tu! "
Maid Kiah yang sedang mopkan lantai itu tiba-tiba mencelah.
Seulna dan Taehyung saling berpandangan.
" ARGHHH!!! "
Melihat Seulna yang menjerit, Taehyung turut ikut terjerit.
-
Taehyung mundar mandir resah di hadapan bilik ICU tersebut. Sekejap dia bersandar, sekejap duduk, sekejap bercangkung dan bermacam lagilah yang dia buat membuatkan Agust di situ kepeningan.
" Chill lah. She will be fine. "
" Ya, Taehyung. Tak perlu risau. Semuanya akan baik-baik saja. "

ANDA SEDANG MEMBACA
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...