💋
The Billionaire's Lady ー O3
" KALAU kau nak bayar balik apa yang dah kau hutang, jadi kekasih palsu aku. "
Seulna masih buntu. Tawaran jejaka itu masih berlegar di dalam mindanya. Walhal mereka baru saja bertemu, agaknya apa yang sedang dirancangkan jejaka itu?
Kim Taehyung, lelaki yang agak posesif dan bermulut celupar. Kata-kata jejaka itu pagi tadi masih mengganggu benaknya. Kata-kata yang begitu menyakitkan hati.
Yoo Seulna boleh saja melawan tapi entah kenapa lidahnya seakan keluh, panahan mata helang jejaka itu berhasil membuatkan dia tak terkata.
Kim Taehyung tak perlukan persetujuannya dalam hal ini, itu sudah pasti. Lagipula wang yang harus yang dia ganti itu bukanlah sedikit jumlahnya.
Ini bermakna, dia tak punya pilihan lain.
Tapi, menjadi kekasih palsu jejaka itu nampaknya bukan idea yang bagus. Kim Taehyung bukan orang calangan, bagaimana kalau Seulna mendapat masalah nanti?
Dan, dalam banyak-banyak cara untuk mengganti wang jejaka itu, mengapa dia harus menjadi kekasih palsu? Dia boleh saja jadi maid, tak pun cleaner di bangunan dia or tea lady.
Mungkin Kim Taehyung ada sebab tersendiri. Mata redup dan tajam itu seakan menyimpan kesedihan, Seulna dapat membacanya.
Seulna menggeleng kepala, menyedarkan diri yang sudah beberapa minit memikirkan hal tersebut. Rasanya dia perlu mengambil angin sebentar.
Seulna mencapai kardigan coklat miliknya lalu dikenakan. Dompet berbentuk rabbit yang berada di atas meja sisi katilnya, dicapai lalu dia mengatur kaki keluar dari rumah sewa itu.
Seulna memilih restoran ramen berdekatan dan mula memesan makanan yang ingin dia santap malam ini.
Sementara menunggu, matanya tertoleh ke luar tingkap kaca lut sinar restoran tersebut. Ada sebuah kereta mewah serba hitam sedang elok terletak di seberang jalan.
Perasaan Seulna saja kah? atau memang dia sedang diperhatikan?
Seulna memfokuskan mata pada penumpang yang ada di dalam kereta mewah tersebut. Ada seorang wanita berambut lurus berwarna hitam sedang memerhatinya.
Walaupun kurang jelas, Seulna masih dapat lihat wajah jelita gadis tersebut. Kelihatan dingin namun menawan. Tapi, siapakah gerangannya? dan mengapa dia memerhati Seulna?
Suruhan Kim Taehyung ke?
Mungkin.
" Hakata Ramen dah siap "
Seulna mengahli pandangan, ucapan terima kasih diucapkan berserta senyuman kepada pelayan restoran itu.
Dia kembali menatap ke seberang jalan, namun, kereta mewah sebentar tadi sudah tiada.
-
PRANGGGG!
Bunyi cawan pecah tersebut mengejutkan Seulna yang sedang mengelap meja yang berada di penjuru ruang.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...