💋
The Billionaire's Lady ー O9
" COME IN. "
Park Jimin memasuki ruangan Kim Taehyung usai diberi kebenaran. Dia yang ingin menyampaikan laporan terjeda sejenak melihat wajah Taehyung yang pucat lesi.
Matanya juga redup, kepalanya mahu saja terbaring di atas meja namun masih ada tangannya yang menyokong.
" Master okay tak ni? " Jimin menyoal risau. Tak pernah dia melihat bosnya itu dalam keadaan sedemikian. Nampak terlalu lemah. Selalunya lelaki itu sihat dan segar saja.
Park Jimin mendekat.
" Maaf, master. " Tangannya naik merasa dahi Kim Taehyung, seperti yang dia jangka, suhu tubuh jejaka itu lebih panas dari kebiasaan.
Dia menuju ke kabinet berdekatan, mengambil termometer lalu dihulur kepada Taehyung. Alat tersebut Taehyung masukkan ke dalam mulutnya lalu dikeluarkan. Suhu dibaca, memang mencapai tahap suhu demam.
" Master demam ni. " Dahi Jimin berkerut risau. Selama ini dia sangkakan jejaka itu robot, tak pernah sakit. Rupanya pandai sakit juga.
Tapi yang peliknya, Master adalah seseorang yang menjaga pemakanan. Bersenam pun tak pernah skip. Nak kata disebabkan cuaca, cuaca taklah sejuk dan panas mana.
Agaknya, apa yang buat Kim Taehyung demam sampai suhu badannya mencapai 37.5 darjah selsius?
" Saya akan panggilkan doktor Kim. "
Jimin mengeluarkan tab miliknya dari beg bimbit.
" No need. Aku akan rehat di tingkat atas saja. "
Park Jimin mengangguk lambat. Dia agak risau dengan keadaan bosnya itu. Kalau sakit itu berlarutan bagaimana? Sudahlah mereka banyak pekerjaan bulan ini. Tapi ya sudahlah, kalau bos dah kata A, mestilah A yang harus dia ikut.
Park Jimin membantu Kim Taehyung untuk ke tingkat atas.
Eh jap, biar Author jelaskan sesuatu dulu.
So, Bangunan Kims mempunyai dua puluh tingkat. Bermulai daripada tingkat 15 hinggalah ke tingkat 20, ianya merupakan ruang peribadi Billionaire kita.
Tingkat 20, His private bedroom. Kot-kot lah kan tak sempat balik ke Mansion, Kim Taehyung akan tidur di sana.
Tingkat 19, His private library.
Tingkat 18, His Photography gallery.
Tingkat 17, His gym.
Tingkat 16, His arts room.
Tingkat 15, His office.
Tapi sebenarnya bangunan tu bukanlah bangunan utama. Bangunan utama keluarga Kim terletak di France, mempunyai dua pengurus utama iaitu Tuan Kim besar dan Kim Taehyung sendiri.
Bangunan di sana mempunyai Enam puluh tingkat dan lima ribu pekerja.
Keluarga Kim juga merupakan pembeli sektor-sektor perniagaan daripada syarikat kecilan. Tetapi, administrasi hospital adalah perniagaan yang utama.
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...