💋
The Billionaire's Lady ー18
SHE had no idea.
Seulna terdiam, terpegun dan terpaku di tempatnya. Tak terkata dia melihat dalaman kapal persiaran mewah tersebut yang sudah dihias cantik, bertemakan Royal.
Lengkap dengan pelaminannya, Chandelier besar tergantung elok di tengah-tengah ruangan, barisan makanan yang sudah tersedia, beberapa pelayan, ahli muzik dan ada seorang paderi sedang berdiri di tengah pelaminan, menunggu kedatangan dia dan Taehyung.
Lagi satu, ada beberapa polis, bodyguard dan Askar sedang menjaga semua pintu masuk.
" A-apa semua ni awak? "
Taehyung sekadar menguntum senyum, tangan Seulna dicapainya. Mereka kemudian berjalan beriringan menuju ke pelamin mereka.
Serentak itu juga, biola, piano, saxophone, gitar dan drum dimainkan oleh ahli-ahli muzik di situ.
Walaupun mewah, Seulna perasan tiada satu pun tetamu yang hadir. Hanya dia dan Taehyung serta orang-orang yang diperlukan di majlis tersebut. Kelibat ayah Taehyung pun tiada.
" Today, I will make our dream come true. I will be yours and you will be mine. Forever. "
Taehyung tersenyum lebar. Kedua tangan Seulna digenggam erat.
Kerana terlalu gembira, Seulna tak dapat menahan rasa di dada. Air mata kegembiraan jatuh berderai, membasahi pipinya. Tubuh Taehyung pantas dipeluk.
" Sshh, jangan nangis. You will ruin your makeup. "
Taehyung tertawa kecil. Pipi Seulna yang lencun, diusap.
" Can we begin, Master? "
Paderi tersebut menyoal. Taehyung dan Seulna mengangguk serentak. Sama-sama tak sabar merasmikan hubungan mereka sebagai Suami isteri.
" In the name of god, "
Paderi akhirnya memulakan bicara sumpah perkahwinan. Nervous dia lain macam. Dari tadi, Taehyung tak lekang mengelap peluhnya yang merecik di dahi. Walaupun Pendingin hawa dipasang sana-sini, tetap juga terasa panas.
Mestilah Nervous. Pangkat Suami ni jauh bezanya dengan pangkat boyfriend. Bergelar saja suami, banyak tanggungjawab yang perlu digalas.
Yoo Seulna juga begitu. Dia masih merasa semua yang berlaku malam ini hanyalah mimpi. Terlalu sukar untuk dia mempercayai hakikat.
" You may kiss your bride. "
Ciuman perasmian. Taehyung tak mahu membuang masa. Terus saja pinggang Seulna ditarik, lalu bibirnya disatukan pada bibir gadis itu.
Serentak air mata Seulna mengalir. Kini dia sudah sah menjadi Isteri kepada kim Taehyung dan dia berjanji, akan selalu bersama dengan lelaki itu walau dalam apa jua cara sekalipun. Biarlah maut saja yang memisahkan mereka berdua.
BOOOM!!
Bunyi dentuman kuat di luar mencantas ciuman mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/310323629-288-k32974.jpg)
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fiksi Penggemar[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...