Bab 8

306 37 7
                                    

💋

The Billionaire's Lady ー O8

SEULNA yang ingin ke tingkat bawah terjeda sejenak di hadapan pintu bilik Kim Taehyung yang terbuka sedikit. Dia menjengukkan kepala, kelihatan jejaka itu sudah segak mengenakan kemeja royal blue yang di-tucked in dengan seluar slek hitam.

Rambutnya sudah disikat rapi, sungguh karismatik di mata Seulna.

" Done staring at me? "

Seulna tersentak, dia yang jauh merenung wajah kacak Kim Taehyung tersedar kembali. Kim Taehyung berjalan menuju ke arah Seulna, bukaan pintu dibesarkan sedikit.

" Why? Kau nak apa-apa? "

Soalan yang berbaur malas. Oh my, Taehyung dah malas dengan dia ke? Dah benci dia? Entahlah kenapa Seulna merasa kecil hati kali ini, padahal memang impiannya ingin dibenci jejaka itu.

" Tak. Saya cuma lalu dan ternampak pintu bilik awak terbuka. "

Seulna menggaru kepala yang tak gatal. Senyuman kekok dipaparkan.

" Nak masuk? "

Seulna diam sejenak mendengar soalan Kim Taehyung.

" Boleh ke? " Seulna membalas lagi dengan soalan. Taehyung tak menjawab mahupun mengangguk, hanya dibiarkan pintu bilik terbuka luas lalu dia menapak semula ke dalam.

Seulna yang faham perlahan melangkah masuk ke dalam. Dia terpegun melihat bilik Taehyung yang simple tapi elegan itu. Dinding biliknya bernuansa krim, terdapat lukisan abstrak dan unik tergantung pada dinding. Jam antik juga ada.

Cadar katil pun sedap aje mata memandang. Pelapis bantal dan selimut berwarna hijau tua manakala cadar pula berwarna hijau epal.

Pandang saja bilik tersebut, dia sudah tahu yang Taehyung mesti tipikal lelaki yang artsy dan nature lover.

Seulna duduk dibirai katil, memerhati Kim Taehyung yang masih membetulkan rambutnya. Benar kata orang-orang, lelaki sungguh pentingkan kekemasan rambut.

Usai membetulkan rambut, jejaka itu menekan sebuah punat hijau yang terlekat di dinding. Serentak itu, Sebuah pintu terbuka. Kim Taehyung melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut.

Seulna terpegun pt.2

Dia turut menyibukkan diri mengikuti Taehyung ke ruangan itu. Mulut terbuka seraya dia masuk ke dalam. Ianya sebuah walk-in closet!

Semua kemeja tergantung kemas dengan beraneka warna. Jam-jam tangan berlainan jenama tersusun rapi di dalam sebuah bekas besar berwarna hitam. Tali leher juga yang mempunyai pelbagai corak tersusun kemas.

Wah, orang kaya memang berbeza!

" Wah besarnyaaaaaa closet awakkkk!!! "

Taehyung mengusap dada dek terkejut dengan suara Seulna yang kuat itu. Nasiblah dia tak ada lemah jantung. Kalau tak, menempah batu nisan lah dia.

" Maaf, suara saya kuat sangat ke? "

Taehyung memegang pelipis kepala.

" Kalau bilik ni bernyawa, dah lama dia jahit mulut kau, tahu? "

Taehyung kembali memilih tali leher yang ingin dipakainya. Seulna perasan yang Taehyung agak kesusahan memilih tali leher. Kalau dia masuk campur, agaknya dimarah tak?

" Saya rasa tali leher bercorak geometri ni lebih sesuai. "

Seulna menyatakan pendapat.

" Really? " Taehyung mrncapai tali leher itu lalu dipadankan dengan warna kemejanya. Seulna tersenyum lebar melihat Taehyung yang terangguk-angguk.

" I see, I see... You have a really bad taste. "

Senyuman Seulna memudar. Ingat tadi nak puji dia ke, rupanya tak. Tapi dia terfikir satu balasan yang bernas.

" Yup, saya mengaku awak ada taste yang bagus. That's why you chose me. " Seulna tersenyum kemenangan.

Taehyung diam. Memasang wajah menyampah. Pandai menjawab, ya?

Walaupun tadi dia mengejek pilihan Seulna, tali leher itu dipakainya juga. Seulna hanya memerhati dari biasan cermin. Lincah saja tangan jejaka itu mengikat tali leher. Beberapa lipatan, tali leher akhirnya selesai digayakan.

Seulna terpaku. Taehyung kelihatan begitu...

" Kacak. "

Taehyung menaikkan alis. Seulna pantas menekup mulut tatkala tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Malu lah!

Senyuman Taehyung tersungging. Perlahan dia melangkah ke arah Seulna yang tercegat sambil menekup mulutnya.

" Kacak, ya? "

Taehyung merapatkan wajah, memaparkan senyuman nakal. Seulna berundur ke belakang, namun sesuatu menghalang langkahnya. Dia terjeda.

Wajah Taehyung terlalu dekat hingga dia merasa nafasnya seakan tersekat. Taehyung meleraikan tangan Seulna yang menekup mulut.

" Kalau tengok lebih dekat macam ni mesti lebih kacak, right? "

OH MY MY MY MY Encik jutawan, jangan siksa jantung Yoo Seulna!

Hembusan nafas Taehyung dapat dia rasakan. Apatah lagi aroma tubuh Taehyung yang begitu membuai, Seulna tak dapat menahan kehendak.

Bibir Taehyung dikucup sekilas. Taehyung pula yang membatu.

Matanya membulat. Tak menyangka itulah respon Seulna terhadap godaannya sebentar tadi. Walaupun hanya sekilas, dapat dia rasakan kelembutan bibir gadis itu.

" M-MA-MAAF!!!! "

Seulna berura ingin berlari keluar dari ruangan itu namun tangannya pantas ditahan Kim Taehyung.

Tubuh gadis itu ditarik dekat dengannya lalu tubuh Seulna diangkat ke atas meja yang ada di situ.

Mereka merasakan debaran yang sama.

Seinci, dua inci...

CUP!

Bibir mereka rasmi berpaut satu sama lain. Seulna yang sedikit terkejut itu perlahan menutup mata, menikmati ciuman hangat encik jutawan.

Awalnya perlahan, Ciuman mereka semakin rakus. Taehyung memeluk erat pinggang Seulna, Seulna pula merangkul leher jejaka itu.

Wah, apasal bibir dia manis sangat? Seulna sempat memuji.

Ciuman dilepaskan. Tautan mata masih dikekalkan.

" Sweet. "

Ujar Seulna dengan senyuman. Wajah Taehyung memerah. Pantas dia jauhkan diri dari gadis itu.

Taehyung tak ubah remaja lelaki innocent yang baru saja mendapat ciuman pertamanya. Dia terus mencapai beg bimbit lalu meninggalkan Seulna sendiri di situ.

Seulna terdiam. Eh? Apa dah jadi? Dia blank.

The Billionaire's Lady Where stories live. Discover now