Bab 7

312 33 20
                                    

💋

The Billionaire's Lady ー O7

TEKAK terasa dahaga. Kim Taehyung bangkit dari pembaringannya, tangan meraba-raba meja di sisi katil namun jug yang seharusnya berisi air sudah kosong.

Keluhan berat dilepaskan. Matanya mengerling sekilas ke arah jam antik yang terlekat kemas di dinding. Sudah menepat pukul dua pagi, nak panggil maid pun, diaorang semua pasti masih berulit lena.

Dia menuruni katil, langkah di atur ke tingkat bawah, ingin ke dapur.

Bunyi pelik kedengaran. Lampu dapur masih mati, siapa pula yang ke dapur subuh-subuh buta ni? ke bunyi tikus? Eh, rumah dia mana ada tikus.

Taehyung menekan suis lampu. Serentak itu matanya bertembung dengan mata Seulna, gadis itu sedang duduk di lantai dapur sambil melahap beberapa makanan ringan.

Seulna tersenyum kekok, menampakkan barisan gigi putihnya yang sudah tercalit coklat.

" Kau- Haih "

Taehyung memegang pelipis kepala. Dia ingatkan hantu jembalang manalah tadi.

" Awak buat apa dekat sini? " Seulna menyoal, seakan dia pula pemilik rumah.

" Boleh tak kau jangan sesuka hati di dalam rumah rumah aku ni? "

Taehyung bercekak pinggang di hadapan gadis itu. Ah sudahlah, dia dah tak tahan lagi. Perempuan ini sengaja buat-buat senget ke atau memang senget sebenarnya?

" Lah, awak suka hati culik saya boleh pula. "

Seulna berkata selamba, tiada langsung rasa takutnya walhal Kim Taehyung sudah memasang wajah abang long kawasan.

Beberapa hari berada di rumah ini, Seulna sudah hilang rasa takut pada Kim Taehyung. Awalnya memang dia takut, tapi sekarang tidak. Taehyung memang kelihatan menyeramkan tapi hakikatnya, jejaka itu mempunyai hati yang lembut. Walaupun dia menggila, Kim Taehyung hanya sekadar marah saja.

Marah-marah sayang lah katakan

Taehyung menghembus nafas berat. Ya, memang salahnya pun. Dia sendiri yang bawa gadis itu ke sini. Dia tak sepatutnya mengeluh.

Seulna sudah pun memberi lampu hijau tentang rancangannya tapi, dia pula yang tak tahu harus memulakan bagaimana. Maklumlah, dia mana ada pengalaman dalam hal sebegituan.

Sejak kematian Taehyeon, Kim Taehyung lah terpaksa menyibukkan diri kerana dialah satunya pewaris kini. Singkatnya, dia tak ada masa untuk bercinta. Teruna? yup, dia masih teruna.

and, something is actually stopping him. Identiti gadis itu, dia sedikit curious. Siapa tahu, apa yang sebenarnya dia fikirkan itu memang benar? Jika benar, memang menempah maut lah dia.

Taehyung duduk melutut, tisu makan diambil lalu bibir Seulna yang comot dilapnya. Seulna hanya diam, menatap wajah Taehyung yang mendung itu. Aduhai, menyesal pulak buli dia beberapa hari ni.

" Yelah, maaf. Saya memang sengaja buat semua ni supaya awak benci saya dan halau saya dari sini. "

Mengaku jugak kau akhirnya.

The Billionaire's Lady Where stories live. Discover now