Bab 14

291 34 19
                                    

💋

The Billionaire's Lady ー 14

" MARI, mari! Makan pizza! "

Seulna memanggil para Maid yang menjengukkan kepala di sebalik dapur. Masing-masing terliur dengan pizza yang baru saja dipesan oleh Seulna sebentar tadi.

Hasrat mereka sedaya upaya ditahan, takut kena marah master lah katakan.

" Cik Seul makan je lah sendiri. Kami tak boleh. "

Salah satu Maid berkata.

" Risau Master hengkorang marah ke? Tak payah risau, dia tak marah punya. Jual je nama saya. "

Seulna berkata bangga. Maklumlah, dia bakal menjadi Puan Muda Kim di rumah ini tak lama lagi. Walaupun tak tahu lagi, haha.

Maid-maid saling berpandangan. Ragu tapi nak makan pizza tu. Dah lah masih berasap, keju dia menyerlah, banyak pineapple pulak tu dekat atas dia. Siapa je lah tak terliur?

" Ala, tak payah takut. Meh, meh. "

Seulna menepuk-nepuk lantai, agar berempat maid itu duduk di situ.

Mereka akur juga akhirnya. Masing-masing berebut ambil potongan pizza. Macam tak pernah makan pun ada. Seulna tergelak.

" Korang semua tak pernah makan ke? "

" Tak pernah, Cik Seul. Master tak suka fast food. Especially, benda manis. Sebelum kedatangan Cik Seul, rumah ni bersih dari kek dan makanan segera. Lepas cik seul datang sini barulah peti sejuk tu penuh dengan kek. Merasa jugaklah kami walaupun curi-curi makan. "

Hm, ada jugak bagusnya Seulna tinggal di rumah ini. Kesian Maid-maid, terpaksa makan sayuran setiap hari. Nasiblah tak tumbuh bulu dan jadi kambing.

god! Mohon dijauhkan!

" Kesiannya. Tak apa, Selama Seul tinggal kat sini. Korang makan aje! Kalau dia marah, bagitahu saya. Okay? "

" Tak apa ke? Nanti dia marah kat Cik Seul pula. "

" Haha, apa susah? Kita gigit aje. Nanti dia senyaplah. "

Maid-maid di situ menghambur tawa bersama. Teringat kembali ketika Taehyung digigit oleh Seulna waktu itu. Tak sangka master pun pandai menjerit kesakitan.

Rumah ini, menjadi ceria setelah kehadiran Seulna. Maid-maid yang selalunya hanya membuat kerja masing-masing kini ada teman berbual dan bergurau senda.

Mereka merasa serba salah sebab pernah prasangka buruk terhadap Seulna. Gadis itu sebenarnya baik hati dan periang. Mungkin itulah yang membuatkan Master mereka jatuh hati.

" Wah, mesyuarat tingkap, ya? "

Suara seorang wanita kedengaran tiba-tiba. Para Maid serentak menoleh ke arah suara tersebut. Wajah mereka yang tadinya gembira bertukar pucat.

Laju saja keempat-empat Maid tersebut bangkit dari duduk mereka lalu menunduk hormat kepada wanita itu.

" Cik Irene-"

The Billionaire's Lady Where stories live. Discover now