💋
The Billionaire's Lady ー O5
SUDAH seminggu sejak permintaan gila Kim Taehyung yang langsung tak masuk akal. Dia ingat kerja mengandung beranak semua ni semudah kata ke? Dia ingat buat anak ni macam buat dekat kilang?
PERLUKAN BANYAK PROSEDUR TAHU TAK?
Aih. Lagipun, kenapa harus sampai mengandungkan anak dia? Gila tahu tak? Nak aku eja? G - I - L - A, noktah!
Mereka kenal pun belum sampai sebulan. Tiba-tiba cakap pasal mengandung? Macam mana diaorang nak buat? Maaflah ye, biarpun Yoo Seulna ini papakedana, dia masih ada maruah! Tak boleh dipijak begitu saja!
Mentang-mentanglah Seulna itu hanyalah insan yang lemah dan dungu, mudah saja dia nak peralatkan!
Hari itu, setelah Taehyung berkata sedemikian, Seulna hanya diam. Tak tahu harus berkata apa. Mahu lari, tapi dia takkan kemana juga. Dia sudah pun terjerat di dalam permainan Kim Taehyung.
Dan sekarang ini, Sudah seminggu dia tak masuk kerja. Bos semestinya sudah melalak di kafe. Dia bukan apa, tapi tak mahu bertemu Taehyung! Dia harus menyembunyikan diri!
Rasanya dia perlu berhenti kerja dan pulang saja ke Pulau Jeju. Lepastu biar dia menetap di kampung pedalaman. Dia yakin, Taehyung tak akan dapat menjumpainya!
Seulna pantas mengambil bagasi lalu memasukkan pakaian dengan langkah kalut. Ya! inilah keputusan yang benar! Dia tak mahu terlibat dengan Kim Taehyung lagi. Lelaki itu menyeramkan dan gila!
Dia dan Irene, dua-dua tak ada beza! Hah, sesuai sangatlah tu jadi pasangan happy-ever-after!
Usai memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi, Seulna membersihkan diri lalu bersedia untuk berangkat ke Pulau Jeju.
Good bye, Seoul and Mister Billionaire! See ya never!
-
" Dia tak jawab telefon, Headmaster. "
Taehyung ralit mengetuk kepala pen di atas meja. Wajah tetap tenang walaupun hatinya sedang dilanda lautan amarah yang sedang bergelora.
" Kau pasti ke itu nombor telefon dia, Jimin? "
" Ya, master. Nombor ni saya dapat sendiri dari kawan sekerja dia, Cik Kang Hyomin. Dia jugak ada beritahu, dah seminggu Cik Seulna tak masuk kerja. "
Kim Taehyung menghembus nafas berat. Sudah dia agak hal ini bakal berlaku. Hari terakhir mereka berjumpa, Seulna hanya diam. Pastinya gadis itu sudah merancang untuk melarikan diri.
" Maklumat tentang perempuan tu kau dah siasat? "
" Sudah, Master. Yoo Seulna, 25 tahun. Menurut siasatan saya, Cik Seulna merupakan anak tunggal. Ayah dia meninggal dunia dua tahun lepas. Ibunya hilang tanpa jejak sejak Cik Seulna kecil lagi. Identitinya juga tidak dapat dipastikan. Cik Seulna tak ada saudara mara terdekat, ada pun jauh dan dah lama tak bertemu satu sama lain. "
Kim Taehyung mengusap dagu. Gadis ini, memang tak ada yang istimewa pun. Patutkah dia cari orang lain saja?
KRING~~
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...