💋
The Billionaire's Lady ー O2
" MENURUT google ni, inilah bangunan dia! "
Setelah puas berkeliling bandar Seoul untuk mencari Pejabat mamat tak guna itu, Yoo Seulna akhirnya berdiri di hadapan bangunan besar dan mewah tersebut.
Kalau ikutkan hati, mahu dia bawa sekali kayu besbol kepunyaan mendiang ayahnya itu untuk mengetuk kepala mamat jutawan tersebut nanti. Tapi dia batalkan hasrat yang membara di hati, dia tak ready masuk penjara lagi.
Dia datang untuk meminta maaf atas dasar nota tersebut dan meminta jejaka itu untuk menghampus foto belakang tubuhnya.
Kaki diaturkan. Namun, dua sekuriti bersut serba royal blue menghentikan langkahnya yang ingin masuk ke ruangan lobi.
" Maaf, Cik ada apa-apa urusan di dalam bangunan Kims? "
Seulna menggaru kepala yang tak gatal. Mestilah dia tak dibenarkan masuk, Kim Taehyung itu bukan calangan orang yang boleh ditemui begitu saja. Namanya juga jutawan. Seulna cuba memikirkan alasan bernas agar dia dapat masuk ke dalam.
"errr...s-saya nak terkencing! Boleh pinjam tandas tak? "
Dua sekuriti tersebut berpandangan antara satu sama lain.
" Maaf cik. Kami tak boleh membenarkan Cik masuk. Cik boleh gunakan tandas awam berdekatan. "
" t-tapi saya dah tak tahan! dah nak keluar dah ni! Tolonglah! "
" Maaf, cik. Kami ada protokol yang harus kami patuhi di sini. Sesiapa yang bukan pekerja atau orang penting kepada Kims, tidak dibenarkan masuk. Kami harap cik faham dan boleh memberi kerjasama. "
Seulna mengetap bibir. Dia masih tercegat di situ, bermain dengan jari jemarinya. Aduh, dia harus selesaikan perkara ini hari ini juga! Tak boleh tangguh!
Kelihatan dua sekuriti tersebut kembali menegakkan diri. Bunyi kereta kedengaran, Seulna menoleh ke arah kereta mewah yang mempunyai nombor plate custom-made " KTH " yang meluncur laju memasuki perkarangan pejabat Kims.
Kereta berhenti, seorang lelaki keluar dari duduk pemandu kemudian membukakan pintu kereta untuk seseorang.
Seorang jejaka yang lengkap memakai Sut hitam, kasut miliknya berkilauan dan menghasilkan bunyi derapan kaki yang renyah. Rambut hitamnya disikat ke atas, menampakkan dahi nya yang begitu memukau.
Seulna bagaikan hilang imbangan tatkala matanya bertemu dengan sepasang mata helang milik sang jejaka. Dia hampir tersungkur, namun tangan si lelaki yang kekar pantas menyambut tubuh kecilnya agak tak jatuh.
" You okay, miss? "
Gulp. Suara dia...
" I- I'm Okay! " Seulna pantas bangkit dari tangan jejaka tersebut. Dia menjauhkan diri, wajahnya sudah kemerahan dek malu.
" Cik cari saya, ya? "
Soalan tersebut membuatkan seulna tertoleh. Jejaka tersebut menguntum senyum. Nak kata senyuman ramah, tak jugak. Lebih kepada senyuman yang ada makna tersirat?
" Encik ni siapa? " Soalan biadap itu dilontarkan Seulna. Si jejaka menghambur tawa kecil, kelihatan lelaki yang sedang mendampinginya itu ingin berkata sesuatu namun si jejaka menegahnya.
" Saya Kim Taehyung. Pemilik bangunan ni. Kalau cik datang sini, mesti nak berjumpa saya, kan? "
Seulna terdiam ditempatnya. Jadi, lelaki tersebut adalah Kim Taehyung? Lelaki tak guna yang menidurinya semalam? Harap muka saja kacak!
YOU ARE READING
The Billionaire's Lady
Fanfiction[ √ ] Kerana sedih dicurangi kekasih, Yoo Seulna menghabiskan masa hampir semalaman di Bar mewah, memanjai tekak dengan cecair memabukkan hingga dirinya mabuk. Dek terlalu mabuk, Yoo Seulna tidak tahu apa yang sudah berlaku. Celik saja mata, dia be...