TIA ASHLEE, gadis yang tidaklah secantik bidadari syurga, tapi cukup membuat si dia tak keruan. Siapa si dia? *smirk*
Tia. Terlahir dari keluarga yang kaya dan bahagia. Sempurna. Itulah yang menggambarkan kehidupan gadis itu.
Tapi... ada udang disebalik batu, ada rahsia di sebelah kenyataan. Rahsia yang sudah lama tersimpan tanpa diketahui ramai termasuklah gadis itu.
Rumah agam yang terlihat sunyi dari luar, tapi berbeza di dalam. Rumah agam yang menempatkan sebuah keluarga yang cukup disegani ramai orang.
Disegani kerana satu hal! Jeng jeng...
"Mama kak Tia mana?" Taufiq Ashiff, satu satunya adik Tia. Oh lupa nak cerita!
Tia Ashlee merupakan anak pertama kepada Dato' Khalil dan isterinya Datin Afrina. Tia hanya mempunyai seorang adik iaitu, Taufiq Ashiff. Tia kini sudah berumur 21 tahun manakala Taufiq 17 tahun. Okay dah!
"Entahlah. Cuba kamu..." belum sempat Datin Afrina menghabiskan ayatnya,
"Mamaaaaaa!" Satu rumah bergema dengan jeritan siapa lagi kalau bukan Tia Ashlee.
"Dah masuk setan lah tu." Selamba Taufiq berkata.
"Ish kamu ni. Tak baik tau. Dah mari ikut mama." Tangan anak bongsunya ditarik bersama.
Buka sahaja pintu bilik anak gadisnya itu, terlihat susuk seseorang yang hanya berkemban. Ish budak ni memanglah! Tak reti malu betul, ini nasib Taufiq je nampak, agaknya kalau lelaki bukan mahram yang lain? Lain pula jadinya.
"Mama ni. Kakak panggil sepuluh kali dah tau. Sakit tekak kakak." Tia pula sudah memuncung memandang mamanya. Kita nak merajuk ni tau!
"Kakak, sorry lah. Mama tengah masak tadi. Ini kenapa kakak panggil?"
"Mana baju taik wando (taekwondo) kakak?" Condifent itu penting yeorobun! Dengarlah nasihat kak TiaK masham kita.
"Taik wando tu kau, ini TEKUANDO (taekwondo). Sebut biar betul lah sistur." Sengaja ditekankan cara sebutan itu, barulah nampak bijak sikit kan. Walaupun... HAUKKK
"Biarlah! Suara adik ke suara kakak? Kakak kan? Cau lan lu. Haa mama mana ma? Penat kakak cari baju tu. Kakak dah ready dah nak wisyu wisyu." Mulut dimuncungkan sambil tangannya membelah angin. Kesian angin.
"Kepala bahenol kau! Itu karate sibat! Kalau taekwondo, hiakkkkk wayakkkk." Ditendangnya angin-angin yang tak bersalah. Kesian angin 2.0, tenanglah dikau di sana setelah dihancurkan oleh dua beradik tak betul tu.
"Eee kaki pendek!" Tia menutup mulutnya dari ketawa terbahak-bahak.
"Woi! Dasar biba tanhu." Bercekak pingganh Taufiq memandang kakaknya. Suka hati cakap aku pendek? Hello tinggi aku 180 tau! Ini kalau kat sekolah jadi galah dah.
"Bahasa apa tu? Alien eh? Adik alien eh? Haaa maksudnya... adik anak pungut lah kan?"
"Woi! Mama... tengok kakak tu! Suka hati dia je cakap adik ni alien. Handsome handsome macam ni dia kata alien. Kalau alien sekacak adik, mesti manusia insecure kan?" Sempat lagi angkat bakul kain sendiri. Kalau bakul kain orang, mahu kena tendang pi jerman.
"Mula dah tu perangai dia. Dah Tia tu baju mama letak dalam almari, dah siap gosok. Pergi siap cepat. Nanti pak samad (bukan 7hmc tu tau) hantarkan."
"Ai ai cip madam Afrina yang kita sayang." Tangan kanannya diangkat ke dahi, tabik hormat.
"Mama turun dulu ya. Jom, adik." Bahu anak bongsunya ditepuk untuk ikut jejaknya. Tapi Taufiq hanya berdiri membatu.
Senyuman nakal terukir di wajahnya sebelum dia mula jalan mendekati kakaknya.
"Sebelum ni aku pernah belajar kat situ, so aku dah tahu banyak benda pasal tempat tu. Kau nak tau something tak?" Keningnya diangkat.
Tia pula laju mengangguk. Nak tahu juga macam mana tempat tu, excited juga nak pergi.
"Actually kan... tempat tu... bekas tapak kubur tentera Jepun." Taufiq membisik sebelum berlari keluar dari bilik kakaknya.
Terdengar suara ketawanya yang halus. Tapi... lain pula dengan Tia.
Tercengang si gadis usai mendengar rahsia tempat latihannya nanti. Tapak kubur tentera Jepun? Maknanya berhan- ohh nooo.
Tia terduduk di atas katil sebelum tangan kanannya naik menekup mulutnya. Kalau betul maknanya...
"Kita ada chance lah nak cari pakwe orang Jepun kan? Hehehehe mesti kacak kan? Neutral beauty gitu hehehehe." Tia menepuk tangan suka.
Lahh minah ni, aku dulu masa sekolah, punyalah ketar ketir takut nyah bila dengar walaupun tak betul, tapi kita anggap betul jelah. Korang pun ke?
"Tia! Cepat turun, sayang! Pak Samad dah sampai." Jeritan Datin Afrina menghentikan lamunannya tentang hantu tentera Jepun.
Cepat-cepat baju dicapainya sebelum meluru turun ke ruang tamu. Sempat dia menyalami mamanya dan menendang ontot (fikirlah sendiri) adiknya sebagai tanda perpisahan. Barulah sweet kan?
"Hello, uncle semads!"
Dah masuk setan 2.0 dah dia.
"Cik Tia, Cik Tia... Tak habis lagi ke dengan semad semad tu? Pak Samad! Cuba sebut." Hampir tiga puluh tahun berkhidmat sebagai pemandu keluarga Dato' Khalil, Tia orang yang berani memanggilnya selain Pak Samad. Tapi dilayankan sahaja anak majikannya itu.
"No no! Kiter orangs ups sikits no calls Paks paks, but we guners uncle uncle. So you i call uncle semads. Kan best! Tia je boleh panggil Uncle Semads tu tau! Specialllllll." Tia tersenyum bangga bila berkata 'special'.
Agaknya kan ada ke orang akan panggil dia dengan gelaran yang special nanti?
"Ikut lah, Cik Tia. Janji Cik Tia happy, Uncle Semads di sini pun happy. So sekarang jom kita gerak. Ready, Miss Tia?"
"Yessss! Let's gooooooooo." Tia menepuk tangan gembira. Dia bukan menghidap peterpan or whatsoever, cuma dirinya yang terlalu manja dan tak matang. Tambahan lagi, keluarganya yang terlalu mengongkong kehidupannya, walaupun sudah melebihi dua dekad dia hidup.
Tia memandang kereta-kereta yang laju membelah jalan. Laju-laju nak pergi alam barzakh ke apa ni? Tia hanya geleng kepala melihatnya sebelum matanya terhenti pada satu papan tanda.
LEWIS
"Rasanya ini tempatnya, Cik Tia." Pak Samad berhentikan kereta di hadapan pintu masuk tempat itu.
"Simple je? Ingatkan mama papa nak hantar Tia tempat high class, tapi ni... nevermind. Thank you, Uncle Semads. I will call you later." Tia membuka pintu keretanya sebelum berjalan masuk ke dalam pusat latihan itu.
Buka sahaja pintu utama tempat itu, dia terdiam terkaku terkentut eh tak! Bayangkan dari luar nampak biasa, tapi dari dalam luar biasa. Dan...
"Kenapa berdiri bulu roma kita ni? Tak kan lah apa yang Taufiq cakap tu betul? Tempat ni bekas tapak tentera Jepun punya kubur?" Tia menelan air liur bila teringat semula 'rumor' yang diberitahu adiknya.
Memang terasa sesuatu pada tempat tu. Macam ada roh-roh yang tak tenang pun ada, dan juga... vibe dia terlalu dark kalah darkweb.
"Tempat cantik dah. Vibe pula seram. Rasa nak balik lah. Mama..." Tia sudah mula mencebik ingin menangis tapi terhenti apabila satu tangan memeluk bahunya.
"Tia Ashlee kan?"
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...