11

793 76 9
                                    

Berkerut dahi Hans cuba memujuk Tia yang sudah mula menjauh darinya. Mana taknya tadi duduk sebelah ini dah lari duduk atas rumput. Tapi tak ada lah jauh mana, sebelah bangku ni juga. Bukannya hujung dunia sana pun. Eh?

"Ashlee..."

"Don't talk to me." Tapak tangannya dihala ke arah Hans yang mula memujuknya. Kita tengah merajuk ni ha!

Sebenarnya nak uji Master Hans kita ni juga, reti tak pujuk orang? Mana lah tahu nanti masa depan nak merajuk nak dipujuk dia. Hehehehe.

Hans mengeluh sebelum perlahan-lahan dia mengesot ke hujung bangku lagi satu. Badannya dibongkokkan sedikit sebelum menepuk perlahan bahu Tia.

"Ashlee... sini lah. Duduk atas sini. Rumput tu kotor lah." Lembut sahaja Hans memanggilnya.

"Tak nak! Merajuk! Hm!" Terus dengusan dilepaskannya sebelum berpeluk tubuh membelakangi Hans.

"Fine! Merajuk lah. Tak nak kahwin dengan dia baru tau." Kali ni Hans pula merajuk. Badannya dikalih membelakangi Tia.

Tia yang terasa suasana sunyi tiba-tiba itu pun perlahan-lahan berpaling memandang Hans yang sudah tidak memandangnya lagi. Satu cebikan terukir di bibirnya. Siapa yang merajuk sekarang ni? Kita ke Master Hans ni?

Tia pun bangkit sebelum berhati-hati mendekati Hans. Bahu Hans ditepuknya beberapa kali, tapi Hans menepisnya manja.

"Master..."

"Don't talk to me." Hans sengaja mengulang balik ayat yang digunakan Tia tadi.

Ada ubi ada batas, sekarang dah balas. Rasain lo, ingat Master Hans dia ni macam mafia lain ke? Eh no no okay!

"Alaaa janganlah marah. Kita tadi cuma... hiks." Tia tersekat-sekat katanya usai terasa sebak di hati.

Hans yang mendengarnya lantas mengalihkan tubuh memandang gadis itu. Tersentak dirinya melihat wajah Tia yang sudah mula dibasahi dengan air mata.

"Ashlee..." tangan Tia diraihkan sebelum diusap lembut.

"Master marah kita lagi ke? Kita minta maaf sebab merajuk tadi. Kita insaf. Huwaaaa." Lengan kirinya diangkat menutup matanya sebelum meraung.

Muka Hans sudah berubah terutama melihat bondanya berdiri bercekak pinggang memandangnya. Mampus aku!

"Hans buat menantu bonda ke?!" Bergema satu Malaysia dengan jeritan maut bondanya.

Hans memandang bondanya sekilas sebelum dikalih ke arah Tia yang masih menangis. Dia menunduk sedikit menyamai tinggi Tia sebelum membisik,

"Jangan nangis. Nanti bonda marah aku. Kau nak aku kena pukul ke nanti?"

Tia yang masih sedu sedan tadi terus menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang bakal ibu mertuanya yang mula jalan mendekati mereka.

"Apa anak bonda dah buat dengan kesayangan bonda ni?" Kepala menantunya diusap lembut.

"Cepat bagitahu bonda. Nanti bonda rotan Hans." Bibir bonda bergerak-gerak konon sedang menahan marahnya. Padahal...

"Jangan. Master tak buat apa pun. Tia.. Tia rindu bobo." Sekali lagi tangisan dihamburnya sebelum memeluk erat ibu mertuanya.

Bonda dan Hans saling berpandangan sendiri. Siapa bobo? Bobo di mana Alif Syukri tu ke? Hans lagilah tak tahu menahu, ke skandal baru?

"Bobo tu apa?" Bonda bertanya selepas pelukan mereka terlerai.

"Bobo tu kucing kat pusat latihan taekwondo tu."

Teringat pula Tia dengan si bulus tu. Rasa hampir sebulan dia berhenti menjadi pelajar Master Hans. Rindu pula dengan suasana masa tu. Tapi tak apa lepas kahwin nanti boleh lah kita dapat training kat rumah heheheh eh?

"Tu bukan bobo lah! Tu bubu." Hans membetulkan. Suka hati tukar nama kucing kesayangan Hans tu. Nasib Tia pun kesayangan dia juga. Eh eh.

"Ohh lah. Ingatkan apa tadi. Dah lah mari masuk, ha sebelum tu. Bonda nak bagitahu, majlis akan berlangsung sebulan dari sekarang. Dan bonda harap kamu berdua jarang lah jumpa ya. Bukannya apa tak manis." Panjang lebar bonda cuba menjelaskan. Memang sebelum kahwin, pasangan tak digalakkan berjumpa, nak elak benda yang tak sepatutnya.

"Baik, bonda." Serentak dua merpati dua sejoli itu menjawab.

By the way kan, kenapa dua merpati eh? Kenapa tak gagak? Okay tiber💀

"Saya suka tengok cara layanan keluarga biras kita pada Tia. Rasa tenang bila dapat tahu ada orang yang boleh terima Tia yang tak berapa betul tu."

"Ish awak ni! Orang yang awak kutuk tu anak saya tau." Datin Afrina menyiku perut suaminya.

"Alaa sayang. Anak awak, anak saya juga. Dah jom lah panggil tiga orang tu makan." Dato Khalil menukar topik secepat kilat, risau jadi gaduh, tak pasal tidur luar.

Kalau hal melibatkan anak daranya itu memang boleh bawa gaduh dengan Datin Afrina. Punyalah sayang, yelah anak kan anugerah dari yang Maha Esa.

"Mari masuk semua. Kita jamah dulu, banyak dah mama masak." Datin Afrina yang sedari tadi memerhati tiga beranak itu pun memanggil.

"Jom masuk."

Baru Hans nak mencelah di tengah antara bonda dengan Tia, lantas lengannya ditarik bonda ke sebelahnya yang bertentangan dengan Tia. Sebelum lengan menantunya ditarik bersama. Hans dan Tia hanya merelakan.

Sampai sahaja di meja makan, baru Hans ingin melabuhkan punggung di sebelah Tia, sekali lagi ada gangguan. TAUFIQ.

"Duduk sana. Ini tempat ANA yang punya." Taufiq selamba duduk di sebelah kakaknya.

"ANA? Bukan nama adik Taufiq Ashiff ke? Mana ada ANA dalam tu..." berkerut dahi Tia cuba mencari keberadaan ANA dalam nama adiknya itu.

Mereka sudah mengeluh panjang, mula dah masuk setan lah tu. Hans pula lagilah kuat keluhnya.

Tadi Ayu, sekarang Ana lepasni apa pula?

"...Ke adik dua alam? Siang menjadi Taufiq Ashiff, malam menjadi Ana? Macam tu?"

"Coi kau kak! Aku tau aku single, tapi aku tak bengkok lagi tau. Lelaki tulen setulen kain putih yang bersih suci rohani jasmani haa." Bangga sungguh Taufiq bila berkata.

"Haktuih! Suci konon. Malam tengok por-" kata Hans terhenti ketika menerima pandangan tajam bondanya.

Lupa pula ada dakcik sini, siapa lagi kalau bukan awak yang baca ni.

"Por apa? Pori tersumbat?"

Dan juga Tia Ashlee. Allahu jauh betul dah Tia ni sesat, anyone ambil dia cepat sebelum Master Hans meletop.

Kisah por tadi hilang begitu sahaja usai santapan bermula. Masing-masing diam membisu menikmati hidangan yang dimasak oleh Datin Afrina.

Walaupun ada pembantu rumah, Datin Afrina lebih gemar memasak sendiri untuk keluarganya. Cuma bab mengemas dan sebagainya diuruskan oleh pembantu rumah mereka.

Sedang mereka semua ralit menjamu selera, beberapa ketukan dan salam dari pintu utama kedengaran.

Tok tok!

Datin Afrina menyuruh pembantu rumahnya membuka pintu. Buka sahaja pintu, terlihat satu susuk lelaki yang segak memakai baju formal kerja.

Lelaki itu selamba masuk ke dalam rumah agam itu sebelum mendekati mereka sekeluarga yang sedang berbahagia menjamu selera bersama.

"Hello, everyone."

Panggilan lelaki itu membuatkan mereka semua berhenti santapan sebelum memandangnya. Lelaki itu tersenyum sinis melihat mereka semua terkaku usai mengetahui siapa dirinya.

"K-kau?"

-----

Sorry lah update tengah malam hoho otak function time macam ni je, belajar pun sama.

Siapa night owl macam saya angkat hidung pat👃🏼

MASTER HANS | COMPLETEDWhere stories live. Discover now