"Ashlee!!!"
Hans terbangun dari mimpi buruknya. Dia memandang sekelilingnya dan ternyata dia masih di atas katil biliknya. Tangan dibawa naik meraup mukanya. Ya Allah, syukur semuanya hanya mimpi.
Hans mula mengatur nafasnya sebelum mata dipejamkan seketika. Entah kenapa dia dapat rasakan mimpi yang dialaminya itu seakan-akan satu realiti.
Sekali lagi, nama Tia Ashlee bermain dalam mindanya. Dia pun lantas mencapai telefonnya yang terletak di meja tepi katil sebelum nombor gadis itu didail.
Sementara itu, Tia yang sedang berperang mata dengan seseorang itu pun melepaskan nafas panjang. Penat juga main mata ni eh eh eh.
"Apa yang encik nak? Haritu dah lah main masuk je rumah kita. Sekarang ni encik datang pula sesuka hati."
"Saja. Salah ke? Lagipun aku memang suka datang sini, tengok kau. Sejuk hati aku yang panas ni."
"Euw? Excuse me? Kita tak suka Master Haydar okay! Kita suka Master Hans sahaja!"
"Eleh kau. Aku pun tak suka kau lah, aku pun ada crush okay!" Laju mata Haydar menjeling gadis itu. Ingat dia sorang je ada crush, Haydar Ian pun ada tau.
"Seriously? Siapa tu? Cerita lah." Laju Tia duduk di sebelah Haydar. Cerita cinta ni dia memang suka, especially kalau Haydar ni. Someone special tapi tak sespecial Hans lah.
"Tak nak! Kau halau aku tadi, so aku tak nak cerita, and tak nak kawan kau." Haydar berpeluk tubuh membelakangi gadis itu. Memang dia suka menyakat terutama dengan Tia. Sudah lama dia menganggap gadis itu seperti adiknya sendiri.
"Alaa sorry lah. Tadi tu kita mana ada halau, cuma... pelik lah Master Haydar je datang, bukan Master Hans. Okay okay, kita suka lah Master Haydar datang, at least ada orang teman kita. Nak harapkan Taufiq tu dahlah gay."
"Gay? Dengan siapa?" Berkerut dahi Haydar. Sejak bila pula Taufiq ni tukar arah. Dah lah tak ajak, eh eh?
"Abang Jay lah."
"Abang?!" Satu suara garau menerpa pendengaran mereka. Lantas keduanya berpaling memandang empunya suara tadi.
Hans Isaac Lewis.
Tiada langsung senyuman terukir di wajah lelaki itu, hanya dingin beku sejuk seperti di kutub utara. Haydar sudah agak Hans akan datang, cumanya macam mana Hans tahu?
"Master sayangggg." Tia tersenyum lebar memandang empunya hatinya itu.
Hans yang marah apabila Tia memanggil orang lain dengan 'abang' dan bukan dirinya itu pun sedikit tersalting usai mendengar perkataan sayang yang keluar dari bibir gadis kesayangannya itu.
Terukir satu senyuman di wajahnya yang beku tadi. Haydar di sebelah sudah mengorek senyuman sinis. Eleh, mulalah tu merenyam dua ekor ni, menyampah geng aku!
Hans yang perasan pandangan Haydar itu lantas berdehem sebelum kembali berubah riak wajah bengisnya semula.
"Kenapa kau panggil dia abang?"
"Yelah. Abang Jay tu lagi tua dari kita, so kita panggil lah dia abang. Salah ke?" Tia menggaru kepalanya. Memang untuk tunjuk rasa hormat kenalah panggil abang kan?
"Tak boleh! Abang tu untuk aku je, nobody else." Ringkas tapi padat. Itulah yang menggambarkan ayat Hans tadi. Nampak obses tapi sememangnya dia terlalu cintakan Tia, sejak dulu lagi.
"Okay! Untuk Abang Hans, semua boleh. Nak seberang laut pink pun boleh tau."
"Ada ke laut pink? Bukan laut merah ke?"
"Kita tak suka merah. Dislike dislike, kita suka pink je." Tia menggeleng kepala. Dia anti dengan warna merah, kerana semuanya mengingatkannya pada darah dan traumanya. Lantas dia mengetuk kepalanya. Terasa sakit dan perit.
Hans yang melihatnya sebegitu lantas menarik tangannya yang mengetuk kepala sebelum memeluknya erat.
"Sakit. Memori tu..."
"Shhh. It will gone. I will make sure it." Belakang gadia itu diusapnya bagi menenangkannya sedikit.
"Kita takut. Kita nak Kak Tihani." Satu nama yang tidak asing bagi mereka meniti bibir gadis itu. Siapa Aina?
Haydar terdiam kaku usai mendengar nama itu. Sebaris nama gadis yang pernah menjadi pujaannya tapi kini...
Hans memandang tepat wajah Haydar yang mula berubah sebak. Lantas dia berdehem mendapatkan semula perhatian adiknya itu.
Haydar yang termenung jauh itu pun mendongak memandang abangnya yang sedar akan perubahannya tadi. Dia pun mengangguk perlahan menyatakan bahawa dia sudah mula terima segalanya cuma masih ada rasa sisa rindu itu.
Hans kembali menunduk memandang Tia yang berada di dalam pelukannya. Suara tangisan Tia mula perlahan menandakan dia sudah tidur. Perlahan-lahan Hans membetulkan pelukan mereka sebelum mencempung gadis itu ke bilik.
Sempat dia berpesan agar Haydar menunggunya di bawah sebelum pulang. Ada hal yang perlu dia katakan pada adiknya itu.
Haydar mengangguk faham sebelum berlalu ke gazebo yang terletak di halaman rumah agam milik keluarga Tia itu.
Duduk sahaja dia di situ, air matanya tidak dapat diseka lagi. Segala memori manis dan pahit bersama Tihani Aurora bermain dalam mindanya. Terutama memori di gazebo itu.
"Awak. Saya nak confess ni. Saya suka awak." Ya! Satu pengakuan berani mati dari Tihani yang membuatkan Haydar terdiam sejenak. Lain macam betul crush dia ni.
"Tak lawak lah, Aurora. Tak kan lah awak suka saya yang macam ni?" Haydar bermain-main tangannya. Memang lah dia pun sudah lama menaruh perasaan pada gadis itu.
Tapi mereka masih di bangku sekolah, dan Haydar bukanlah seorang lelaki yang sekacak Lee Min Ho, tambahan dengan cermin mata bulat sebesar gajahnya lebih menampakkan betapa nerdnya seorang Haydar.
"Betul lah saya suka awak. Awak tak suka saya ke, Ian?" Wajah Tihani mula berubah, kena reject ke tu?
"Bukanlah. Saya... dengan awak berbeza, macam langit dengan bumi. Awak cantik macam bidadari, saya ni tak handsome pun..."
"Siapa cakap awak tak handsome? Hello! Haydar Ian Lewis! Saya kawan dengan orang yang handsome je tau, so awak tu pun handsome." Bercekak pinggang Tihani memandang lelaki itu. Tak habis-habis dengan insecure dia, mengalahkan perempuan.
"Betul ke?"
"Ye sayang." Laju Tihani membalasnya. Terus naik darah ke muka Haydar, ya Allah malunya crush panggil kita sayang.
Haydar tersenyum nipis mengenang memori di mana Tihani menyatakan rasa cintanya.
She fell first, but he fell harder, until now... walaupun tiada jasad gadis itu lagi.
"I miss you. I miss us. I miss our memories together. How I wish you are here, with me. I love you, my Aurora." Tangannya naik mengusap dadanya yang perit dengan rasa rindu yang tiada berpenghujung.
Hans yang melihat adiknya dari jauh itu pun menghelakan nafas panjang. Dia tahu selama ini Haydar banyak menyimpan rasa sedih dan sebaknya dari orang lain. Adiknya itu tidak suka menunjuk kelemahannya pada orang lain, walaupun keluarganya.
Dia tidak ingin orang menganggapnya lemah, padahal caranya itu lebih membuatkannya sakit jiwa dan raga. Tapi apakan daya, sekeras hati Hans, keras lagi hati Haydar.
-----
Nak tak story pasal Haydar lepas ni? Siapa nak, comment pat, lebih 10 baru i buat hahahaha 🫢
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...