16

861 75 5
                                    

Hans memejamkan matanya seketika sungguh rasa gementarnya tidak dapat dibendung lagi. Cuma yang mampu dia harapkan ialah kelancaran majlis mereka.

"Hans." Bahunya ditepuk sekali oleh adiknya yang sedari tadi memerhati perlakuan abangnya itu.

"Haydar. Aku takut." Hans dengan wajah cemberut itu memandang Haydar.

Haydar mengemam bibir menahan diri dari terlepas ketawa. Rasa geli hati melihat Hans sebegitu. Belum pernah dalam sejarah hidup Hans dia bersikap seakan kanak-kanak. Semuanya dek penangan cinta mati si Tia Ashlee.

"Kau lepak je bro. Semua akan okay nanti. Kalau kau takut sangat, kau cuba fikir apa yang kau akan dapat lepas kahwin nanti." Haydar tersenyum nakal usai berkata. Yang faham je faham, yang tak faham tu tak payah faham, duduk main lego sana.

Laju Hans mengangguk. Lepas kahwin, dia dapat Tia Ashlee, gadis yang ditunggunya selama ini. Kan?

Hans bangkit sebelum jalan mendahului adiknya. Masuk sahaja ke dalam rumah agam milik keluarga Tia, terlihay ramai orang sudah mula berkumpul.

Air liurnya ditelan sekali, rasa gugup itu mula bertandang dalam dirinya. Dia berjalan masuk sebelum duduk berhadapan dengan tok kadi. Disebelahnya pula ayahanda yang sedari tadi menunggu mereka tiba.

Sedang dia ralit memandang mereka, bunyi kasut tumit tinggi mula menerpa pendengarannya. Lantas dia mengalihkan pandangan ke arah bunyi tadi.

Terlihat seorang gadis yang cantik bergaun putih bersih dengan tudung yang menutup mahkotanya. Sungguh indah pandangannya waktu itu.

Tia yang menuruni tangga itu pula menunduk malu usai merasa banyak mata memandangnya. Rasa macam main character pula.

Hans yang melihat wajah bakal isterinya yang mula memerah itu pun mengukirkan senyuman lebar. Comel pula tengok Tia sebegitu, selalunya muka itulah yang paling susah untuk beriak malu. Sampai tahap Hans yang dingin pun terpaksa tahan malu bagi pihaknya.

"Encik Hans." Tok kadi memanggilnya tapi sepi menjadi jawapan.

"Hans." Ayahanda menyikunya membuatkan Hans tersedar dari lamunannya.

"Ya?" Terkebil-kebil Hans memandang semua yang ada di situ.

"Tahu lah anak uncle tu cantik. Tapi sampai terbeliak kami tengok tu dah kenapa." Papa sengaja menegurnya.

Memerah muka Hans mendengarkannya. Alamak kantoi lah geng! Hans menggaru kepalanya menutup malu.

"Encik Hans dah bersedia?" Sekali lagi tok kadi bertanya. Kalau berangan juga, cancel jelah kahwin. Boleh kan?

"Ye, saya..." Hans menunduk memandang lantai. Rasa takutnya yang hampir hilang kerana malu tadi sudah kembali semula.

"...saya rasa saya tak dapat teruskan. Saya..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, bunyi kuat kasut tumit tinggi mengetuk lantai.

Semua mengalihkan pandangan pada gerangan yang berbuat demikian. Tia Ashlee. Dapat dilihat dari wajahnya yang menahan marah.

"Master Hans! Kita kira sepuluh, kalau Master Hans tak nak, kita kahwin dengan Master Haydar."

Terkebil-kebil Hans berpaling menghadap Tia yang sudah berdiri di belakangnya.

"1..."

"Aku terima nikahnnya Tia Ashlee. Sah!" Laju sahaja mulutnya mengucapkan lafaz nikah tak sah itu. Pantang betul kalau kekasih hatinya direbut orang lain. Memang keluarlah apa yang terfikir.

"Bro! Aku tahu kau gelojoh, tapi lafaz biar betul." Haydar sekali lagi menepuk bahu abangnya. Terukir senyuman sinis di wajah Haydar.

"Kau banyak cakap lah! Kau nak rampas Ashlee dari aku kan?" Hans memandang adiknya tajam.

"Kau ni kelakar lah bila cemburu. Tia! Jangan merepek eh, aku tak nak kahwin dengan kau. Aku setia dengan dia." Senyuman lebar Haydar tadi makin lama makin pudar. Terbit rasa rindu pada kekasih hatinya yang sudah pergi buat selamanya.

"Eleh! Kita pun tak nak kahwin dengan Master Haydar lah! Cis!" Tia menjelingnya sekilas sebelum kembali duduk di sebelah mamanya.

"Bawa bertenang semua. Kita di majlis yang baik, jadi tolong hormat ya." Ayahanda yang sedari tadi berdiam diri itu pun bersuara. Terus diam semua di situ.

"Boleh kita mulakan semula?" Tok kadi pula menyampuk. Rasa seronok pula nikah kali ni, lain dari yang lain.

"Ye, tok. Silakan." Ayahanda tersenyum nipis.

"Dato?" Tok Kadi menegur Dato' Khalil yang diam memerhati mereka tadi.

"Hans Isaac." Tangan dihulurkan pada bakal menantunya.

"Ya, saya." Lantas Hans menerima huluran tersebut. Dapat dia rasakan perbezaan suhu antara mereka. Menggigil juga tangannya tika itu.

"Aku nikahkan dikau dengan anak ku, Tia Ashlee binti Khalil dengan mas kahwinnya sembilan ribu lapan ratus tujuh puluh enam ringgit lima puluh sen tunai."

"Aku terima nikahnya Tia Ashlee binti Khalil dengan mas kahwinnya sembilan ribu lapan ratus tujuh puluh enam ringgit lima puluh sen tunai."

Secara matematiknya, RM 9876.50

Dengan sekali lafaz, Tia Ashlee menjadi isteri yang sah kepada Hans Isaac Lewis. Rasa gembira tak kepalang buat kedua mempelai.

Hans yang sudah mula reda rasa gementarnya tadi pun dengan sepantas kilat bangkit dari duduknya sebelum berlari ke arah isterinya.

Tiba-tiba.... gedebuk!

Sempat kakinya tersadung pada kaki seseorang. Terdengar suara halus seseorang mengilai-
bergelak ketawa.

Hans yang masih mencium lantai itu pun mula mendongak perlahan-lahan menghadap suara ketawa tadi.

Haydar Ian Lewis.

"Kesian member first kiss kena stole dengan lantai." Gelak besar Haydar usai berkata itu.

Pecah tawa semua di situ kecuali Hans dan Tia. Tia mendengus marah sebelum berjalan mendekati Haydar dan... pap!

Ke depan kepala Haydar dek penangan tamparan padu Tia dari arah belakang. Terdiam member.

"Siapa makhluk yang tampar aku tadi, memang aku- eh Tia?" Terkebil-kebil Haydar memandang Tia yang bercekak pinggang memandangnya.

"Suka hati gelakkan suami kita dah kenapa?! Master Haydar yang buat suami kita jatuh kan? Hmm..." habislah bebelan Tia ni kalah mama dia tau!

Hans sudah tersenyum mengejek memandang Haydar yang dimarahi Tia, sempat lidahnya dijelir pada si adik. Senyuman sinisnya tadi terus terukir sebelum mula pudar usai mendengar sambungan kata Tia,

"...Macam mana kalau peranakan dia jatuh juga?"

Terkebil-kebil mereka semua mendengarnya. Sejak bila Hans ada peranakan ni? Dia lelaki kan?

"Tia..." Hans menggapai-gapai tangannya pada Tia, seakan meminta tolong.

Tolong diam sebelum banyak kali benda merepek keluar dari mulutnya.

Tia yang memandangnya itu pun berjalan mendekati sebelum tangannya dihulur memberi bantuan. Hans bangkit perlahan-lahan sebelum berdiri menghadap isterinya.

"Suami Tia okay ke? Sakit tak?" Tia menilik tubuh suaminya dari atas sampai bawah, risau ada luka atau lebam.

Hans pula sedari tadi tak lepas dari memandang wajah isterinya. Terukir satu senyuman sebelum tubuh kenit isterinya itu ditarik ke dalam pelukan dan berbisik,

"I'm fine, my love."

MASTER HANS | COMPLETEDWhere stories live. Discover now