Lelaki itu tersenyum sinis sambil melambai-lambai seakan mengejek terutama melihat Hans yang seakan terkaku. Well, baru kau tahu siapa aku wahai Hans Isaac Lewis.
"K-kau?" Berkerut dahi Hans memandang wajah lelaki itu.
"Ye, aku! Sampai hati tak ajak Haydar." Haydar mencebik merajuk sambil berpeluk tubuh. Makanan yang terhidang di atas meja dipandangnya.
Semua dapat makan sedap-sedap, sedangkan dia? Makan maggi cicah sambal tempoyak je tadi. Semua salah Hans. Terus tatapan tajam dilemparkannya kepada Hans.
Hans hanya mengabaikan tatapan adiknya itu sebelum menyambung santapannya yang terganggu tadi.
'Ada ubi ada batas, esok aku balas.' Ligat otaknya berfikir cara untuk membalasnya. Ini Haydar Ian Lewis okay! Pantang berlawan sebelum menyerah.
Eh?
"Duduk lah, Haydar. Mari makan sekali. Bibik, bawakan satu lagi pinggan untuk Haydar." Lembut sahaja pelawaan Datin Afrina pada Haydar.
Haydar menunduk hormat pada kedua bakal mertua abangnya sebelum duduk di sebelah Hans yang masih mengabaikannya.
Matanya berkalih ke satu susuk yang sedari tadi kehadirannya tidak diendahkan. Tia yang KHUSYUK menjamu selera itu sesekali pun dia tidak menoleh memandang Haydar.
Sampai hati ex pelajar dia, abaikan Master Haydar yang kacak ni. Tahu lah dia cuma Master part time bukannya tetap. Tapi masih... dia pun ada hak kan?
Lah drama pula Haydar ni maleh aku.
"Tia..." Haydar memanggil bekas pelajarnya itu.
Tia mengeluh sebelum perlahan-lahan kepalanya diangkat sebelum memandang tepat wajah Haydar.
"Ya? Master Haydar nak apa?" Lembut sahaja Tia bertanya, itu secara luaran nampak lembut tapi dalam hati siapa yang tahu.
"Hi!" Tapak tangannya diangkat sebelum dilambai-lambai ke arah Tia. Sempat senyuman lebar diukirkannya.
"Hi, Master Haydar..." Tia membalas lambaiannya dengan senyuman manis. Dengan perlahan-lahan senyuman itu pudar sebelum dia menyambung kata,
"...Itu je? Panggil Tia sebab nak cakap Hi je? Seriously? Buang masa Tia nak makan tau! Ish!" Terus Tia menjelingnya sebelum kembali menjamah.
Haydar yang tersenyum tadi terus ternaik bibir atasnya. Kurang asam punya Tia! Ini mesti Hans singa jadian yang hasut dia ni, dulu Tia baik je dengan Haydar tau, tapi sekarang? Nak nangis pula.
Hans yang melihat wajah cemberut adiknya itu pun menepuk peha Haydar sekali untuk mendapatkan perhatiannnya sebelum berkata,
"Woi! Tak yah lah terasa dengan Tia tu. Kau macam tak biasa pula dengan perangai dia yang..."
"Yang apa?!" Jerkah Tia. Bukannya dia tak dengar bisikan Hans itu. Turun naik nafas Tia memandang mereka, ini mesti kes nak mengutuk kita kan?
Hello! Kita walaupun tak matang tapi kita masih faham tau! Huh!
Hans dan Haydar menelan air liur melihat wajah menakutkan Tia Ashlee itu. Tahu takut. Ligat Hans memikirkan apa yang patut dia jawab. Dia tahu sekarang dia di ambang maut, menghadap kemarahan Tia. Tiba-tiba...
Ting!
"Yang baik, bagus. Kan Haydar kan?" Lengan adiknya disiku untuk bersetuju dengan pernyataannya tadi.
Haydar pantas mengangguk laju usai melihat wajah bengis Tia. Boleh tahan budak tak matang ni bila marah, lagi gerun dari Hans ni. Patutlah berjodoh.
"Oh. Tau dah. Kita okay kita memang baik." Tia mengibas rambutnya ke belakang sebelum tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
Taufiq sudah ternganga di sebelahnya sehingga air yang diteguknya tadi jatuh bercucuran dari mulutnya. Euw jijiks! Tapi teringat pula cerita Weighlifting Fairy Kim Bok Joo.
"Euw Taufiq! Disgorsting sheytt (disgusting shit)." Haydar memandangnya keji dan jijik macam ba...
"Ya Allah budak-budak ni. Elok sikit perangai boleh? Terutama kamu tu, Taufiq. Bila nak matangnya kamu ni? Kalau ikutkan hati mama ni, nak je kahwinkan kamu dengan anak Puan Baidah, si Senah tu." Bebel Datin Afrina.
"Senah mana, kak?" Taufiq bisik pada kakaknya usai mendengar nama asing yang disebut oleh ibunya.
"Manalah akak tahu. Senah... anak Puan Baidah kot." Tia menjongket bahu, itu sahaja yang dia tahu.
Terasa nak tendang je kakak dia tu sampai Jerman. Kalau yang itu, dia pun tahu, mama bagitahu tadi. Ya Allah berikanlah kesabaran buat aku untuk hadapi kakak aku yang tak normal ni.
Keluarga Hans pula hanya diam membisu, melihat telatah keluarga Tia. Persis seperti keluarga mereka. Patutlah berbiras dua keluarga tu, sama-sama bela bala.
"Ehem! Sudah. Sekarang makan, nak gaduh, sambung lepas ni." Arah Dato Khalil dengan tegas.
Mereka semua pun meneruskan santapan semula seperti tiada apa yang berlaku. Ini belum sehari dah serabut, kalau seminggu? setahun? Selamat tinggal dunia wattpad.
Selesai sahaja sesi jamu selera yang tak seindah disangka itu, mereka semua pun berlalu ke ruang tamu untuk berkumpul.
"Rasanya itu sahaja kot dari pihak kami. Afrina, Khalil, kami minta diri dulu ya." Bonda menghulurkan tangan pada mama untuk berjabat tangan.
"Baiklah. Terima kasih sudi datang." Bahu ayahanda ditepuk-tepuk oleh ayahanda.
"Terima kasih juga masakkan tadi. Sedap betul." Puji bonda.
"Alah biasa aja." Mama memukul lembut lengan bonda sambil tergelak gedik.
"Gedik kan mama tu." Taufiq bisik pada Haydar.
"Mama kau ke mama aku?" Haydar membalas sebelum sebelum air oren diteguknya.
"Mama kita lah. Kau kan nak kahwin dengan aku."
Tersembur Haydar mendengar pengakuan Taufiq itu. Terus pandangannya dikalihkan pada lelaki itu. Betul ke Taufiq ni dua alam?
"Okaylah. Mari kita beransur." Ayahanda menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan papa sebelum bonda merangkul lengannya.
Dah tua pun sweet. Mama dan papa pula hanya tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Memang dari muda sampai ke tua, kasih sayang tak pernah pudar untuk pasangan itu.
Sementara itu, tak lepas mata Hans dari memandang Ashlee yang ralit scroll tiktok. Sempat dia lihat satu video di mana, seorang lelaki menari jedag jedug. Aduh! Parah ni kalau Tia suruh dia.
"Ashlee..."
"hmm." Ringkas sahaja balasan Tia. Dia paling pantang orang kacaunya ketika sedang cuba menghalau step tarian jedag jedug.
"Pandanglah muka aku yang kacak ni sekejap."
Tia mengeluh sebelum mendongak memandang wajah Hans yang sudah mencuka. Tahu sangat nak merajuk lah tu. Cepat-cepat Tia ukirkan senyuman termanis yang dia boleh sebelum bertanya,
"Ya, master nak apa?"
"Jangan lari tau. Lagi sebulan je sebelum kau jadi milik aku, jaga hati, mata untuk aku. Okay?" Kepala Tia dielusnya lembut.
"Okay!" Tia membuat thumbs up.
"Hans! Jom balik. Tak lama dah sebulan tu, nanti tenung lah Tia tu 24 jam sehari." Sempat lagi bonda mengusiknya.
Hans mengangguk sebelum pandangannya kembali dikalih pada Tia. Satu senyuman terukir di wajahnya khas buat gadis itu.
Tia turut membalas senyumannya sebelum berkata,
"I love you."
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...