Tia berdiri kaku walaupun sudah hampir setengah minit berlalu. Tapi jantungnya masih tak stabil. Kenapalah laju sangat awak ni berdegup wahai jantung. Risau kita ni tau.
"Tia! Master Hans suruh kita semua berkumpul. Dia nak tunjuk demo." Seorang perempuan yang kemas berbaju taekwondo itu berkata dengan senyuman terselit.
Tia membalas senyumannya sebelum mengangguk faham. Tia memejamkan matanya seketika menghilangkan perasaan pelik yang dialaminya tadi. Wake up Tia! This is not you!
Buka sahaja matanya, dia sudah kembali tenang seperti sedia kali. Dia bangkit sebelum berlalu masuk ke bilik utama pusat latihan itu.
Langkahnya terhenti usai melihat Hans yang sudah siap memakai baju taekwondo dan bertali pinggang hitam. Tia seakan awestruck dengan kekacakan lelaki itu.
"Jangan tenung abang aku tu lama sangat. Ini baru sikit." Haydar berbisik padanya sebelum melangkah pergi. Tia tersedar sendiri. Teruk betul penangan si Hans ni, sampai si Tia ni tak ada rupa orang dah angau dia.
Tia melangkah dan mengambil tempat di sebelah gadis yang memanggilnya tadi. Yelah, hanya gadis itu sahaja yang terlihat normal dan ceria macam Haydar, ahli yang lain pula semuanya muka ketat sama macam Hans. Agaknya gene Hans kot eh?
"Okay semua. Macam yang dah diberitahu. Master Hans kali ini turun padang untuk tunjukkan demo basic dahulu disebabkan kita ada ahli baru. Semua harap fokus. Faham?" Nampak ketegasan dalam bicara Haydar. Lain dengan Haydar yang selama ni Tia kenal, walaupun baru kenal hari tu.
Hans yang melihat Tia seakan jatuh hati pada Haydar lantas menolak adiknye ke tepi. Hampir sahaja Haydar hilang keseimbangannya, nasib dia berpegang pada tiang kalau tak... penyek lagilah jawabnya.
"Tak payah buang masa. Watch me... closely." Perkataan terakhirnya itu sengaja ditekankannya sambil memandang tepat wajah Tia yang polos itu.
"Hiak" front kick!
"Hiak" side kick!
"Hiakkkk" back kick!
Dan seterusnya, dua puluh papan disusun atas satu sama lain pada dua batu yang dijarakkan dari awal lagi. Hans menggenggam tangannya erat dan dengan lafaz bismillah dan sekuat tenaga, genggaman itu terus menghentam permukaan papan yang terletak di atas sekali.
PAP!
Sekali tumbukan, Hans berjaya mematahkan dua puluh papan itu. Semua di situ menepuk tangan kagum. Biasanya Hans hanya akan guna sepuluh, tapi kali ini dua puluh. Saja lah tu nak tunjuk hebat depan si dia.
Tia pula sedari tadi ternganga memandang Hans yang fokus menunjukkan demo. Tak pernah dia nampak sisi Hans yang begitu... attractive baginya.
Haydar yang berdiri tak jauh dari situ sudah geleng kepala. Betul lah orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana. Harapnya begitulah.
"Okay. Ingat yang penting ialah fokus! And that's how you can predict your enemy's next move. Understand?"
"Yes, Master Hans!" Serentak semua menjawab.
"So aku nak semua berpasangan. And fight!"
Masing-masing berpandangan sendiri termasuklah Tia. Haaa sudah kita baru masuk, nak lawan apanya kalau basic yang tahu tendang sesuka hati je.
Hans seakan melihat wajah Tia yang polos itu pun jalan mendekatinya. Tia yang memandang kasut yang terkaku di hadapannya itu lantas mendongak memandang pemilik kasut itu. Hans.
Matanya terkelip-kelip tak henti, kenapa pula Hans datang sini? Nak suruh fight dengan dia ke? Tak kan lah kot, Hans tu master, Tia ni... hm?
"Kau ikut aku." Ringkas tapi tegas arahan yang diberikan Hans sebelum dia melangkah pergi.
Tia memandang yang lain, mereka seakan tidak ambil kesah dengan apa yang jadi. Please, anyone selamatkan Tia sebelum kena seksa.
Terselit rasa menyesal cabar Hans tadi. Aduh! Dia berdendam dengan kita ke? Tak kan lah. Mamaaaa!!!! Tolong Tia, Master Monster tu nak terkam Tia oh myyyy.
Tia dengan keterpaksaan pun mula bangkit dari duduknya sebelum mengikut langkah Hans yang semakin menjauh. Tak putus doa dipohonnya.
Masuk sahaja di satu sudut yang agak jauh dari yang lain, Hans berpaling sebelum pandangannya bertembung dengan Tia. Dapat dia lihat wajah cuak si gadis itu.
Tia pula usai merasa lama mereka bertatapan pun lantas menunduk memandang lantai. Rasa takutnya masih tidak hilang. Geng, doakan umur Tia panjang tau.
"Ashlee..." suara garau Hans menerpa pendengarannya. Kenapa auranya tak sedingin tadi? Ehem!
Tia perlahan-lahan mendongak memandang tepat matanya. Dapat dia lihat muka tegang Hans tadi bertukar relax. Lega sikit hatinya, nampaknya umur kita panjang lagi hehehe.
"Tau tak sebab apa aku panggil kau ikut aku?"
Laju Tia menggeleng, ingatnya tadi kena seksa ke buli ke? Iyalah secool Hans tu, mesti dia berdendam juga kan? Dah nama pun manusia tapi itu tadi lah. Sekarang ni dia rasa maybe Hans nak confess? Lahh menyempat eh?
"Tujuan aku panggil kau ialah aku nak ajar kau lah. Kan kau suruh aku tadi. So sekarang aku nak kau split." Mulut Hans memuncung menunjuk ke arah kaki Tia.
Tia yang melihatnya lantas menutup rapat kakinya. Apa ni! Ini salah dari segi undang-undang. $€^ual harrassment kot! Lantas dia cuba mencapai telefonnya di pok- eh lupa dia simpan dalam beg.
Lantas dia membuka langkah seribu ingin berlari dari situ, tapi Hans lebih pantas. Tangan Tia ditahannya dari melangkah pergi.
"Kau dah kenapa? Aku suruh split je."
"Master Hans ingat kita ni tak tahu ke?! Kita boleh report kat polis tau yang Master Hans nak perkosa kita." Tangannya cuba direntap tapi gagal.
"Weh weh chill lah. Memang semua kena start from split, kalau tak memang tak boleh sepak tinggi lah. Kau ni aku ingatkan tak matang, tapi rupanya normal je, siap tahu lah pasal tu. Macam mana kau tau eh?" Terangkat-angkat kening Hans dengan senyuman nakal terukir di wajahnya.
"Ish, Master Hans ni! Kita dah besar tau, 21 tahun, mestilah tahu. Dah lah tepi biar kita buat split tu." Sedaya upaya Tia cuba tapi tulah dah tua, tisu pun dah tua lah geng. Degil macam tuan dia.
"Tak boleh." Tia mencebik apabila usahanya yang ke seratus masih gagal. Rasa nak nangis bawah ketiak mama lah geng.
Hans hanya geleng kepala sebelum kaki kanannya diletak di bawah kaki kiri Tia dan ditolaknya menjauh sedikit demi sedikit.
Tia cuba menahan rasa sakit pada celah pehanya. Geng, rasa nak patah lah tulang kita macam ni huwaaa. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya jatuh.
Hans yang perasan akan perubahan riak wajahnya itu pun menghentikan tindakannya sebelum menghulurkan tangan pada Tia untuk membantunya berdiri. Tia menerima huluran itu sebelum perlahan-lahan bangkit. Pergh! Lega rasa geng!
"Terima kasih tolong kita. Nanti kita belanja ais krim seringgit tau."
"Memang tugas aku untuk tolong kau. Kau dah suruh aku ajar kau, pakej sekali tolong la tu. So jom aku ajar basic kick."
"Saya tak nak belajar basic kick!" Tia memeluk tubuh memandang Hans. Apa lagi lah budak ni.
"Habis tu? Nak buat macam aku tadi tu ke? Pukul papan?"
Lagi laju Tia menggeleng. Tit! Salah jawapan, salah jawapan. Berkerut dahi Hans, apa lagi yang basic selain kick?
"Tak dapat ke?" Tia memuncung marah, benda senang pun susah ke nak jawab? Hans mengeluh sebelum menggeleng, buntu dah dia nak fikir.
Banyak lagi dia nak kena fikir sekarang ni, cumanya dia bagi ruang sikit untuk fikirkan tentang hal gadis itu. Entahlah kenapa dia sampai sanggup berbuat demikian.
"Jawapan dia ialah..." Tia jalan mendekati Hans sambil masih memeluk tubuh.
"...kita nak belajar basic cara nak rebut hati Master Hans."
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...