Hans terdiam kaku mendengar kata-kata Tia tadi. Matanya terus menerus menatap mata Tia. Adakah itu sebuah confession? Tak kan lah kot!
"So amacam?" Kening Tia diangkat-angkat. Dah alang-alang tercakap tu confess jelah terus kan. See?
"Ashlee..."
"... don't fall for me."
Dapat dia rasakan aura dingin dan serious dari Hans. Tia seakan tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Hans itu pun mula mendekatinya.
"Maksud Master Hans?"
"Jangan jatuh cinta dengan aku. Jangan suka aku. Jangan pernah terlintas nama aku dalam minda dan hati kau."
"Tapi kenapa? Kita dah suka Master Hans. Master baik walaupun dingin je selalu. Walaupun baru sehari kenal, tapi kita rasa sesuatu... atau pun Master ada perasaan dengan orang lain?"
"No. Aku tak ada perasaan dengan orang lain, tapi still itu tak bermakna kau patut teruskan perasaan kau pada aku. Dan jangan pernah terfikir untuk itu."
Warning diberikan padanya, tapi biasalah Tia Ashlee kan.
"Tak apa lah. Hari ni tak dapat, esok kita usaha lagi. Okay bye. Thanks sebab ajar kita hari ni. Jumpa esok hehehe." Tia melambai padanya sebelum melangkah pergi.
Hans berdiri kaku di situ. Ingatkan semuanya akan berakhir sebagai master-student. Tapi... jangan difikirkan Hans! Nanti lama-lama perasaan suka dia tu hilang lah. Kau kena ingat kau siapa Hans.
Hans mengeluh perlahan sebelum turut melangkah pergi ke biliknya. Badannya direbahkan ke sofa empuknya. Rasa segala uratnya tegang setelah mendengar pengakuan Tia tadi.
"Don't let it happen again. Kau sendiri tahu kan apa akan jadi nanti?" Haydar yang berdiri di sebelah pintu biliknya itu dipandangnya. Dari suara Haydar pun dia tahu lelaki itu serious berkata.
"Aku tahu lah. Aku tak akan biarkan benda yang sama berlaku lagi. Cukup lah sekali." Hans memejam matanya usai memori silam itu kembali bermain dalam fikirannya.
"Ingat Hans. Kita buat semua ni bersebab, dan jangan hanya kerana hal yang sama, kau hilang semuanya termasuk Tia. Aku dah anggap Tia adik aku juga, jangan sampai aku hilang dia." Haydar memberi peringatan sebelum melangkah pergi. Biarlah abangnya itu fikirkan sendiri, yang penting ialah keselamatan Tia.
"We used to be happy. I used to feel butterfly everytime I see you smile. Sayang, I miss you..." gambar seorang gadis yang memakai baju kurung putih bersama itu diusapnya sebelum satu kucupan dilabuhkan.
Rasa rindu itu kembali bertandang. Cintanya, sayangnya, hanya untuk gadis yang berada dalam gambar itu. Tiada yang lain.
Tia yang sedang mengemas barangnya itu terhenti apabila merasakan dirinya diperhatikan. Sekali lagi, 'rumor' yang dikatakan oleh Taufiq bermain dalam fikirannya. Tapi mungkin Haydar?
Lantas dia berpaling memandang sekeliling tapi hampa. Tiada siapa! Berdiri terus bulu romanya. Begnya dicapai sebelum dia memecut laju pergi dari situ.
Susuk hantu yang dimaksudkan Tia, tak lain tak bukan, Hans Isaac Lewis. Tak lepas mata lelaki itu menatap Tia dari awal lagi. Dirinya tidak keruan setiap kali bertatapan dengan gadis itu.
"Sorry, Ashlee. But I can't love you." Hans mengalihkan pandangannya ke arah cermin kaca di sebelahnya. Terlihat ratusan kereta berada di jalan. Biasalah peak hour, memang jalan sesak. Tiba-tiba satu ayat terlintas dalam fikirannya.
"We stuck here, at the same place. Even though, our destination.. are not same." Hans memejamkan matanya menenangkan dirinya. Let everything go, Hans!
"Bro! Jom balik. Ayahanda panggil suruh kau balik dengan aku." Haydar menepuk bahu Hans menyebabkan segala yang difikirkannya tadi hilang begitu sahaja.
"Ada hal penting ke?"
"Entahlah. Maybe pasal... tengok lah nanti. Aku pun tak pasti, yelah ayahanda tu bukannya kita dapat jangka. Macam kau lah." Haydar menampar lengan abangnya.
Terus tatapan tajam diberikan Hans pada adiknya. Mentang-mentang Tia dah muncul, makin berani eh dia pukul tampar Hans. Geram!
"Alaa sorry lah bro. Dah jom cepat!" Haydar terlebih dahulu berlalu sebelum diikuti Hans di belakang.
Kereta audi milik Hans laju dipandu membelah jalan. Haydar di belakang pun tak kurang sama. Nasib jarak rumahnya dengan pusat latihan tidak jauh dan tak perlu mereka menghadap kesesakan lalu lintas.
Setibanya di garaj kereta, kereta audi Hans diparkir bersebelahan dengan kereta mazda Haydar. Terlihat berderet kereta mewah terparkir di situ. Semuanya milik keluarga Lewis iaitu ayahanda, Hans dan Haydar.
Tangga yang menghubungkan garaj dan pintu utama rumah itu dilangkah satu persatu oleh mereka berdua. Sampai sahaja di atas, satu kereta yang asing terparkir di hadapan pintu utama.
"Siapa datang? Kau cakap ayahanda nak jumpa kita."
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Tadi bonda call bagitahu ayahanda nak jumpa kita je. Tak ada pula dia bagitahu ada orang nak datang."
"Kau rasa siapa datang?"
"Entah. Haa maybe kan... ada orang nak masuk meminang kau kot. Yelah, nak tunggu kau. Hm!" Sengaja Haydar mengusik abangnya. Galak hang naa!
Hans mendengarnya lantas memukul kepala adiknya. Banyak lah dia, jarang tau perigi cari timba. Biasanya timba cari perigi. Tapi bila fikir balik kan... kenapa perigi tu perempuan dan timba tu lelaki?
"Dah lah jom masuk. Nanti lambat ayahanda marah pula." Hans pergi meninggalkan adiknya yang mengusap kepalanya yang dipukul tadi.
Nasib kau lah Haydar.
Tangan dicapai untuk memulas tombol pintu utama rumahnya, tapi terhenti. Entahlah kenapa dia rasa ada sesuatu di dalam.
Matanya dipejam rapat sebelum satu doa dipohonkan. Ya Allah andai ada buruk akan berlaku pada keluarga ku, aku mohon kau jauhkanlah ia.
Matanya yang terpejam tadi pun dibuka perlahan-lahan sebelum tombol pintu dibukanya dengan lafaz bismillah. Buka sahaja pintu, matanya ralit memandang sekeliling kawasan rumah. Senyap.
"Hans. Asal... huish sunyinya." Haydar yang mendekatinya itu pun turut memandang sekeliling kawasan rumah itu.
"Haydar. Kau bawa tak any gun?" Hans berbisik pada telinga adiknya.
Haydar yang seakan faham lantas mengeluarkan dua pucuk pistol dan diberikan satu darinya pada Hans sebelum lagi satu digenggamnya erat.
"Haydar kau pergi sana. Aku pergi sini." Hans menunduk ke arah ruang atas dan dapur.
Haydar yang faham akan arahan abangnya itu pun berlalu menjejak kakinya ke tingkat atas. Hans pula berlalu ke ruang dapur.
Perlahan-lahan kakinya menapak mendekati sambil telinga dan matanya peka mendengar dan melihat sekeliling. Dapat dia rasakan ada seseorang di situ.
Tiba-tiba, dia rasakan ada pergerakan dari arah belakangnya. Dengan pantas dia berpaling lalu pistol dipacukan ke arah gerangan tadi dan...
BANG! Satu tembakan terlepas dari pistolnya. Tepat mengenai dada orang itu.
Hans terkaku memegang pistolnya usai melihat susuk seseorang di hadapannya. Seorang gadis. Gadis itu hanya tersenyum kaku sebelum penglihatannya mula gelap dan rebah ke lantai.
"Ashlee!"
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...