10

940 92 23
                                    

Haydar berjalan mendekati abangnya yang sedang ralit berpush up. Selain kena ada physical yang kuat, badan pun kena cun juga.

"Yo, master Hans! Nah bro, maklumat yang kau nak. Pelik juga aku nombor plat dia cibai, sesuai lah dengan tuan dia." Satu sampul surat dihulurkannya pada Hans.

Hans yang dalam posisi meniarap tadi lantas bangkit sebelum mencapai tuala dan dilap ke mukanya. Huluran Haydar tadi dicapainya sebelum dibuka. Jelas terlihat wajahnya yang terkedu melihat maklumat yang diperolehnya.

"Jeff? Abang Jay kan?" Hans memandang ke arah Haydar inginkan kepastian.

"Haah. Guess what? Aku rasa dia masih berdendam dengan keluarga kita, especially kau. Biasalah bro, bila kita dah mula kegiatan ni, memang musuh ada di mana-mana."

"Apa lagi yang dia tak puas hati? Aku dah terangkan dah kenapa kita bunuh parents dia, even Jay pun dah boleh terima semua tu. But why not him?"

"Bro, tak semua orang boleh terima kenyataan tu. Diorang lebih rela dibutakan dengan dendam. Macam Jeff ni. Aku tak pasti apa lagi yang dia akan buat, but apa yang aku boleh cakap is... jaga-jaga. Especially bila kau dah ada Tia ni. Kau faham kan maksud aku?"

"Ye, aku faham. And that's why aku nak kahwin dengan dia next week."

"Next week?! Pantas buat kerja ya kamu. Baguslah, at least kau boleh jaga dia tanpa batas kan? Lagipun terlunas lah bil-bil yang tertunggak."

"Bodoh!" Lantas kepala adiknya ditampar. Otak kuning sekuning air teh. Eh air teh kuning eh?

"Bro! Kepala aku ni nak pakai lama bro. Bukannya sehari dua." Kepalanya yang ditampar tadi diusapnya. Kalau bergegar otak macam mana? Kesian bakal isteri Haydar nanti, dapat suami ting tong.

"Hans, Haydar. Ayahanda dan bonda nak pergi rumah Uncle Khalil. Nak ikut?"

"Nakkk! Haydar nak ikut, nak jumpa bakal kakak ipar kesayangan..." katanya terhenti usai melihat wajah tegang milik Hans. Ehem! Terlepas cakap pula yang last tu.

"...kesayangan Hans lah! Haaa janganlah marah, bro! Seram aku tengok tau." Haydar tersengih kekok. Dalam hati takut juga kena strike dengan singa jadian belaan Tia Ashlee ni. Eh? Cun juga kan nickname ni.

"Dah habis gaduh? Bonda tak sabar nak jumpa menantu bonda ni. Mari cepat, siapa lambat tinggal." Bonda, (aku lupa nama nanti aku edit balik) berlalu meninggalkan mereka.

Haydar dan Hans saling berpandangan sendiri. Ini bakal menantu dah excited terlebih, kalau menantu nanti? Haih, untungnya jadi Tia tu.

"Kau duduk rumah. Biar aku je teman ayahanda dengan bonda." Hans menepuk bahu adiknya.

"Eh asal lak? Aku pun nak ikut juga."

"Tunang aku ke tunang kau?"

"Tunang... okay fine! Sampai hati kau lukai hati seorang manusia yang single. Tak apa janji aku idaman para gadis wattpad. Kan kan?" Terangkat-angkat kening Haydar memandang ruang kosong, konon semua peminatnya berkumpul.

Kuat berangan! Macam awak semua. 🫢

Hans hanya geleng kepala melihat adiknya sebegitu. Orang cakap sindrom sebab single lama sangat. Betul ke tu?

Sementara itu, Tia yang masih membuta itu terjaga apabila merasa katilnya bergerak.

"Bangun! Anak pungut bangun!" Taufiq melompat-lompat di atas katil kakaknya.

"Apa ni, dik? Akak nak tidur lah. Sibuk!" Terus tendangan padu diberikan Tia pada adiknya sehingga jatuh ke lantai.

Auch! Taufiq mengusap pinggangnya. Please jangan patah, aku kahwin pun belum lagi, macam mana nak...

"Dah pergi sana! Don't disturb pwincess nak tidur." Terus selimut ditaril menutupi seluruh badannya. Orang tidur pun nak kacau, tak guna!

"Woi! Bangunlah, kak. Keluarga bakal suami kau nak datang." Taufiq cuba bangkit perlahan-lahan. Padu juga eh tendangan Tia ni, lain maciam.

"Ohh keluarga bak- what?!..." Bingkas Tia bangun dari pembaringan sebelum memandang tepat anak mata adiknya.

"... kenapa tak cakap? Dah sampai ke? Haih adik ni! Saja nak jatuhkan imej perempuan melayu terakhir yang memenuhi syarat seorang isteri kan? Tak nak kawan adik."

Bom! Bukan bunyi kentut, tapi bunyi pintu bilik air yang ditutup kasar oleh Tia.

Taufiq mendengus marah. Dah lah tadi dia kena tendang, jatuh katil pula tu, ini kena fitnah. Apalah nasib seorang Taufiq Ashiff.

Di dalam bilik air, Tia masih lagi membebel sendiri. Kalau lah keluarga Hans dah sampai dahulu, mesti mereka akan putuskan tunangan ni. Argh! Tak boleh! Master Hans tu Tia Ashlee yang punya.

Ya! Dah macam obses kan? Tapi bukan!

Tia membersihkan dirinya sebelum mencapai baju kurung kedah yang anggun terletak di badannya. Tak lepas pandang pantulan dirinya di cermin, ayu cantik menarik tertarik kedebam kedebum.

"Ini barulah calon menantu terbaik, bod.." teringat pula tiktok. Yang last tu tak sengaja tau geng, terkeluar tanpa sedar.

"Assalamualaikum." Suara seseorang memanggil dari luar pintu rumah agam mereka.

Datin Afrina terlebih dahulu membuka pintu, dan terlihat tiga orang tetamunya. Siapa lagi kalau bukan bakal birasnya. Terus bibirnya naik mengukir satu senyuman.

"Jemput masuk ye." Datin Afrina berlaga pipi dengan bonda Hans sebelum menjemput mereka masuk.

Tiba sahaja di ruang tamu, kelibat papa Tia yang sibuk membaca surat khabar online menyapa penglihatan mereka.

"Woi! Ralit baca." Bahu papa Tia ditepuk oleh ayahanda.

"Eh bro! Duduk lah." Papa Tia menyalami bakal birasnya sebelum menantunya.

"Mana bakal pengantin perempuan kita?" Bonda Hans memandang sekeliling kawasan ruang tamu mencari keberadaan bakal menantunya.

"I'm here..." Tia melambai-lambai dari tingkat atas sebelum turun tangga mendekati mereka. Tia menyalami bonda Hans sebelum tangannya ditarik bonda duduk di sebelah.

"Cantiknya. Ya Allah subhanallah. Rasanya bulan lepas bonda tengok Tia cantik, harini bertambah cantik. Agaknya seri pengantin tu ya." Tangan Tua ditepuk-tepuknya lembut.

"Alhamdulillah. Tengoklah mamanya." Datin Afrina ketawa perlahan usai berkata. Sekali sekali puji diri sendiri kan.

"Tengoklah guna gene siapa kan?" Papa Tia mengangkat kening, bangga dengan genetiknya. Ayahanda di sebelah hanya memandang geli, geli dengan sikap perahsantan kawannya itu.

"Eh! Hans dengan Tia pergi lah duduk luar dulu. Sembang, kenal hati budi masing-masing. Kami kat sini nak berbincang pasal majlis. Hans bawa Tia ya." Bonda berkata dengan lembut.

Hans mengangguk sebelum satu senyuman diberikannya pada Tia. Dia pun terlebih dahulu melangkah keluar dari rumah, diikuti Tia.

Sesampai sahaja di bangku halaman rumah, Hans melabuhkan punggungnya sebelum ruang di sebelahnya ditepuk, menyuruh Tia duduk. Tia hanya menurut sebelum badannya dikalihkan menghadap Hans.

"How's my outfit today?" Rambutnya dikibas ke belakang.

"Cantik, ayu..." terukir satu senyuman di wajah Hans melihat kejelitaan gadis pujaannya itu. Tapi senyuman kaku usai mendengar pertanyaan Tia.

"Kejap! Siapa ayu?"

-----

Ada ke yang still baca? Ke nak stop je cerita ni? Macam tak best je kan hmm :')

MASTER HANS | COMPLETEDWhere stories live. Discover now