Jay memandang Hans dan Haydar bersilih ganti. Haydar turut terdiam kaku berdiri di antara mereka. Hans pula masih dengan wajah beku. Tiba-tiba...
"Hahahahaha. Sabar lah bro! Aku nak game reader kita ni. Biar diorang ingat aku yang villain." Jay memegang perutnya, sakit pula ketawa galak sangat. Best pula dapat kenakan korang, terciduk tak?
"Tak baik do kau. By the way, sorry aku tumbuk kau. Yelah kau suruh aku acting, so aku try lah." Hans menghulurkan tangan pada mus- eh sahabatnya. Rasa serba salah pula terover tadi. Yelah, nak pastikan orang percaya kenalah act it out kan?
"It's okay bro. Kita tengok jadi ke tak nanti." Jay menepuk bahu kawannya itu sebelum berlalu pergi.
Jay mencapai telefon di poketnya sebelum dibuka aplikasi kamera. Kesan lebam di pipi kanannya terlihat jelas. Haih! Hilang kekacakan aku.
Sedang dia ralit memandang wajahnya yang haukkkk, tiba-tiba satu notifikasi masuk.
"Kau dah pilih ke?"
Jay menghelakan nafas panjang. Tak habis-habis lagi masalah ke ni? Okay guys! Mamat ni baru betul villain, bukan Jay.
"Aku kan dah cakap, sampai aku mati, aku setia dengan kawan aku. Dah kau pergi mampus sana."
Terus nombor itu disekatnya. Walau apa pun jadi, dia masih seorang yang setia kawan. Hans dan Haydar banyak membantunya bangkit apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang sepuluh tahun lepas.
Pemilik nombor tadi memandang mesejnya yang hanya satu tick menandakan dia sudah disekat. Tangannya menggenggam erat telefon di tangan sebelum dicampak ke lantai.
"Fuck!"
"Mr..." seorang lelaki berbaju hitam menunduk hormat sebelum memanggilnya.
"Kumpulkan budak kita. Alpha group only. Aku nak pergi ziarah kekasih hati musuh kesayangan aku." Lelaki itu tersenyum sinis mengingat wajah suci dan polos milik gadis itu.
"Baik, Mr." Semua menunduk hormat sebelum bergegas keluar untuk laksanakan tugas.
"Let's see. Kau atau aku yang menang nanti." Pisau di tangannya dicampak tepat mengena gambar Hans.
Sudah hampir sepuluh tahun mereka bermusuhan, semuanya bermula apabila ibu bapanya dibunuh keluarga Hans.
Siapa lelaki itu? Jeff, abang kepada Jay.
Walaupun Jeff sudah diberitahu sebab utama ibu bapanya dibunuh, tapi masih tersisa dendam dalam dirinya. Lain dari adiknya, yang sememangnya akur dengan apa yang jadi.
Sementara itu, Tia Ashlee yang ralit memandang skrin telefonnya itu pun mengeluh. Masih menunggu panggilan dari bakal suaminya, eh? Masih teringat kata-kata terakhir Hans padanya.
'Ashlee... Wait for me.'
Tia mengambil bantal sebelum ditekup ke mukanya. Dia menjerit teruja, memang akan tunggu lah, kalau Master Hans yang suruh.
"Tia..." suara sayu mamanya menerpa pendengarannya.
"Ma-" matanya terhenti pada susuk seseorang di belakang mamanya.
"Hello, babygirl." Satu senyuman sinis diberikan oleh orang itu.
Tia mula bangkit dari duduknya sebelum wajah pucat mamanya dan lelaki itu dipandangnya silih berganti.
Tia menelan air liur usai melihat tangan mamanya terikat ke belakang. Jantungnya mula berdegup laju. Tangan kanannya erat menggengam bantal peluknya.
'Mama, Tia takut.' Tia memandang mamanya seperti ingin meminta tolong tapi apakan daya, mamanya juga dipegang seseorang.
Taufiq dan papanya pula keluar ke masjid. Semuanya seakan sudah dirancang lama dan masanya juga tepat.
"Apa yang encik nak?" Tia cuba memberanikan diri memandang tepat mata lelaki di depannya.
"Kalau aku cakap, aku nak kau? Boleh?" Lelaki itu tersenyum sinis sebelum dengan perlahan dia berjalan mendekati Tia.
Semakin lama semakin jauh Tia mengundur dari pintu biliknya sehingga belakangnya bertemu dengan pintu balkoni.
Lelaki itu pantas mendekatinya sebelum mengepung dengan kedua belah tangannya ditekap di sisi kepala Tia.
"Patut lah Hans suka, cantik and..." lelaki itu mendekatkan hidungnya pada leher jinjang Tia dan dihidunya lama.
"... wangi. I like your body scent."
Tia pula berkerut dahi sebelum dada lelaki itu ditolak untuk menjauh tapi gagal. Nak dibandingkan tenaganya dengan lelaki itu memang tidak lah.
"Tolong. Jangan. Kacau. Kita." Tia menunduk takut, dalam hatinya berharap Taufiq dan papanya balik awal.
"Siapa nak kacau? Aku just nak jumpa and tengok muka kau depan-depan. Tak boleh ke?" Rambut yang menutup muka gadis itu diselak ke telinga.
"Bo-boleh. Tapi jangan dekat macam ni. Kita takut."
"Kenapa tak boleh? Habistu kalau Hans, boleh pula?"
"Master Hans tu sebab... kita selesa dengan dia. Dia baik, dia..."
"Habistu aku? Tak baik? Kau tak tahu ke yang dia..." belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, satu bunyi kuat menghentikannnya.
DUM!
"Jeff! Mana kau?!" Terdengar jeritan Hans dari bawah.
Ya! Lelaki tadi atau Jeff pun memandang Tia sekilas sebelum dahi gadis itu dikucupnya.
"Tunggu aku rampas kau dari dia. Kau milik aku." Katanya sebelum pintu balkoni dibukanya dan dia melompat ke bawah diikuti anak buahnya.
Tia pula berdiri kaku cuba mencerna yang terjadi tadi. Datin Afrina yang sudah jatuh terduduk itu didekatinya sebelum dibantu buka ikatan di tangan.
"Anak mama." Terus Tia ditarik ke dalam pelukan. Ya Allah tak putus dia ucap rasa syukur pada Ilahi kerana menjaga anak perempuannya itu.
"Ashlee?" Suara Hans membuatkan pelukan mereka terlerai sebelum wajah kerisauan lelaki itu dipandang mereka.
"Master..." pecah tangisan Tia di situ. Entah kenapa, tiba-tiba rasa sebak dan sedih mula bertandang dalam dirinya.
Hans jalan mendekati sebelum melutut di hadapannya. Hans pun menariknya ke dalam pelukan sebelum belakang gadis itu diusapnya lembut.
"Shhh... aku ada. Aku akan sentiasa ada untuk kau."
"Kita takut. Tadi lelaki tu... dia..."
"Shh... aku tahu. Nanti aku pukul dia sebab usik kau. Okay?" Hans menolak bahu Tia supaya pelukan mereka diregangkan sedikit sebelum wajah Tia yang sudah dibasahi air mata itu dipandangnya.
"Pukul je ke? Tak nak ke tanam dia ke? Tia tak suka lah dia tu." Tia mencebik tak setuju. Kalau setakat pukul tu, Tia pun boleh tau!
"Okay okay. Kita tanam dia okay? Kalau kau tak suka dia, aku pun lagi lah beratus kali tak suka dia."
"Sibuk lah! Biarlah kita je tak suka dia, kenapa Master nak sibuk?"
"Eh biarlah. Dia buruk ke handsome?" Kening Hans terangkat ketika bertanya. Nak tahu juga, yelah Jeff tu boleh tahan kacaknya persis adiknya, Jay.
"Mestilah buruk. Yang handsome tu Master Hans je hehehe." Tia tersengih menampakkan barisan giginya. Terlepas tawa kecil Hans melihat gelagat gadis kesayangannya itu.
Tiba-tiba satu notifikasi masuk menandakan ada mesej terbaru. Telefonnya di buka sebelum mesej dibaca. Rahangnya diketap menahan marah usai membaca isi mesej itu.
"She's pretty and... innocent."
"Master?" Tia menggoncang lengan Hans untuk mendapatkan perhatian lelaki itu.
"Ashlee... jom kahwin."
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...