Tia yang baru selesai membersihkan diri itu pun memandang suaminya yang sedang ralit merenung ke luar balkoni bilik mereka.
Dapat dilihat bahu lebar milik Hans yang lebih menampakkan aura maskulinnya. Rasa macam kahwin dengan alpha male pun ada, tapi kan agaknya Hans melatah tak kalau dikejutkan?
Dan-dan masa tu satu idea nakal muncul dalam minda Tia. Dia tersenyum sinis sebelum perlahan-lahan menapak mendekati lelaki itu.
Hans yang mendengar bunyi tapak kaki seseorang itu pun hanya mengabaikannya kerana dia sendiri dapat membaca fikiran isterinya itu. Tia tanpa prank memang tak sah ye. Dia pun berpura-pura tidak perasan kewujudan gadis itu dan sengaja beriak biasa.
Dan....
BAH!
"Opocot!" Hans memegang dadanya dengan menunjukkan raut wajah terkejutnya itu. (Semuanya fake)
Tia tersengeh gembira apabila berjaya mengejutkan suaminya. Mission accomplished!
"Yeay kita berjaya terkejutkan master, hurayyy." Tia menepuk tangan bangga dengan dirinya.
Hans yang memandangnya itu pun turut mengukirkan senyuman di wajahnya. Tak kesah lah nampak bodoh kalau depan kekasih hati. Tangannya automatik naik mengusap lembut kepala isterinya.
"Suka eh dia usik kita." Eee geram rasa Hans dengan kecomelan isteri.
"Suka lah. Eh kejap! Master guna 'kita'? Wah ada improvement lah."
"Biar lah nak guna apa pun. Kita kan dah kahwin." Kening Hans ternaik usai berkata. Yelah, walaupun dia tak seromantik hero wattpad yang lain, tapi cukuplah dari segi panggilan mereka yang indah. Kan?
"Hmm betul juga kan. Kalau macam tu kita nak panggil master... hubby?"
"Hubby?"
"Yup! Master Hans Isaac Lewis kan hubby Tia Ashlee." Kata Tia sambil memeluk lengan suaminya.
Hans yang mendengarnya itu pun sekali lagi tersenyum lebar. Ya Allah hati sabar hati, rasa nak gomol semua ada ketika itu.
"Kalau Ashlee panggil hubby, so... I will call you... love?"
"Love? Wah! Kita suka kita suka. Hubby and love. Like like like banyak-banyak." Tia menepuk-nepuk tangan suka dengan panggilan Hans padanya.
"Kenapalah comel sangat isteri hubby ni." Akhirnya pipi Tia dicubitnya geram. Tak terkawal lagi perasaannya masa itu. Risau terka-
"Love..." Hans mulai mendekatkan jarak wajah mereka sehingga lah...
Tingggg Tingggggg Tirit tirit tingggggg
Tia yang mendengar bunyi loceng dari telefonnya itu pun mencelikkan matanya. Dia pun cuba meregangkan badannya tapi gagal.
Dia pun menunduk memandang ada tangan yang memeluknya dari sisi. Tangan siapa pula ni? Takut lah kita geng. Perlahan-lahan dia berpaling menghadap pemilik tangan itu.
Hans Isaac Lewis.
Terkaku seketika dia usai melihat wajah geranagn di sebelahnya itu. Ya Allah ini putera raja dari negara mana ni? Untungnya diri dapat lihat bidadara di pagi hari. Barulah semangat nak jalankan hidup eh eh eh.
Tangannya automatik mula naik mengusap lembut pipi milik suaminya sebelum tangannya perlahan-lahan turun pada bibir merah lelaki itu. Tertelan air liur Tia usai melihatnya, teringat pula kisah semalam yang terhenti.
Jujur dia katakan sejak hari pertama mereka berjumpa, hatinya sudah lama memilih lelaki itu. Semua tentang lelaki itu, sudah cukup melengkapi hidupnya yang serba kekurangan.
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...