Satu tangan mendarat di bahunya membuatkannya berhenti niat ingin menangis, tapi... rasa nak lari laju-laju.
Dia menutup rapat matanya sambil tidak habis membaca ayat-ayat Al-Quran yang diingatnya.
"Bismillah amin. Syuh setan syuh! Jangan kacau kita! Bukan kita yang bunuh awak, tapi nenek moyang kita." Tia cuba berkomunikasi dengan 'makhluk' itu dalam hatinya.
"Tia Ashlee kan?" Sekali lagi suara yang sama kedengaran.
Tia terdiam seketika. Hantu pandai cakap eh? Eh mestilah kan? Jap macam mana dia boleh kenal kita? Tak kan lah dia hack account facebook kita kot? Ke dia tahu tiktok kita? Alamak! Baru nak keep it private! Dasar hantu!
"Hello, girl? Kau Tia Ashlee kan?" Kalini pakej suara dengan bunyi petik jari. Eh jap! Hantu ada jari ke? Tak kan?
Okay sah manusia! Lantas matanya dibuka luas sebelum wajah seorang lelaki menerpa penglihatannya. Kacak! Itulah ayat pertama yang sesuai menggambarkan lelaki tadi.
"Ini kali ketiga aku tanya. Kau Tia Ashlee kan?"
Seakan tersedar dari lamunan, pantas Tia mengangguk. Yelah!
"Aku ni kacak sangat sampai kau tergoda ke macam mana?" Lelaki itu tersenyum nakal sebelum mendekatkan jarak wajah mereka. Aip!
"Haah!" Kali ni Tia mengangguk lagi laju dari tadi. Betul lah kacak. Kita kena jujur kan? Especially jujur sukakan crush kita, so pergilah confess sekarang.
"Eh? Jujur betul kau ni. Okay whatever. Now, biar aku kenalkan diri aku dulu. Haydar Ian Lewis, aku pengurus kedua selepas abang aku. Actually, aku tak kerja sini, but aku tolong apa yang patut je. And papa kau suruh ayah aku untuk guide kau. Kalau nak harapkan abang aku tu memang tak lah. Okay faham?"
"Tak." Okay again! Kita jujur tak faham apa dia cakap.
Haydar menarik nafas dalam-dalam menahan dirinya dari menyembur api kemarahannya pada gadis itu. Punyalah panjang terang. 'Tak' je dia jawab?
"Okay, si comel. Aku, Master Haydar. Akan ajar kau from basic. Okay?"
"Okay! Master Haydar!" Tia tersenyum sehingga matanya tertutup. Haydar pula membalasnya dengan ketawa kecil. Comel juga budak ni!
Sedang ralit mereka bersembang, tanpa disedari, ada satu susuk lelaki dengan aura yang lebih dark tiba.
"Master Hans." Semua di situ menunduk hormat padanya.
Haydar dan Tia menoleh menghadap pintu masuk. Tia seakan terkaku melihatnya. Ini lagi kacak dari Master Haydar geng! Tapi... macam lain macam.
Haydar pula sudah melebar senyumannya. Kenal sangat lah siapa si dia tu. Dia pun jalan mendekati lelaki tadi.
"Hello, Hans! Awal kau datang bro." Haydar menepuk bahu lelaki tadi. Atau nama sebenarnya Hans Isaac Lewis.
Hans pula hanya berdiam diri dengan mukanya yang dingin. Sangat berbeza dengan Haydar yang ceria. Bagai langit dengan laut.
"Master Hans?" Terkebil-kebil mata Tia memandang lelaki itu. Hans eh? Hans Isaac ke? Yang pelakon tu... kan?
"Oh ya! Aku lupa nak kenalkan. Ini budak baru. Nama dia Ti..." belum sempat Haydar perkenalkan Tia pada abangnya itu, Hans terlebih dahulu memotong percakapannya.
"Okay!" Terus Hans berjalan meninggalkan mereka berdiri kaku di situ. Memang aura Hans boleh buat semua lembik lutut.
Sepatah je?! Again! Okay je?!
Mata Tia dikecilkan memandang Hans yang semakin menjauh. Buat pertama kalinya orang layannya seperti itu. Ini tak boleh jadi geng!
Tanpa menoleh, Tia terus jalan membontoti Hans dari jauh. Lihat sahaja Hans masuk ke dalam satu bilik, dia pun meluru ke bilik itu.
Baru dia hendak membuka tombol pintu, satu tangan menghalangnya. Haydar. Mamat ni lagi! Kacau lah kau, dah lah bukan main character. Shuh shuh!
"Apa lagi, Master Haydar? Kita ada hal ni." Di mana-mana ada si Haydar ni, jangan nanti si Hans kahwin pun dia ada sudah.
"Ini lah halnya. Kau tak boleh sesuka hati masuk bilik Master Hans. Dia tak macam aku, jenis chill. Even aku adik dia pun, tak boleh masuk. Apatah lagi kau, orang luar walaupun kau student dia. Anything penting kau bagitahu aku je." Haydar cuba menariknya pergi menjauh dari bilik itu. Risau Hans terdengar pula.
"Tapi kita nak cakap terus dengan Master Hans tu! Dah lah tepi lah. Sibuk." Terus dada Haydar ditolaknya kuat sehingga dia jatuh ke lantai.
Bedebuk!
"Aduh! Boleh tahan juga minah ni. Ini belum belajar dah hebat, kalau dah belajar nanti, mahu jadi legend terus." Haydar mengomel sendiri sambil mengusap bontotnya yang montok. Sakit juga weh! Harap peranakan aku tak jatuh lah.
Senyuman sinis terukir di wajah Tia sebelum dengan pantas tombol pintu dipulasnya dan masuk ke dalam bilik yang ada papan tanda DON'T DISTURB.
Again! Warning is an instruction. Kan?
Hans yang sedang sibuk menilik ratusanhelaian kertas di atas mejanya itu lantas mendongak memandang gerangan siapakah yang sesuka hati mengacaunya.
"Apa kau... who are you?" Matanya dikecilkan memandang susuk perempuan yang asing.
"Hi, Master Hans. Nama kita Tia Ash..."
"I ask who are you, not your name!" Jerkah Hans.
"Ki-kita..." getar jugalah bila tengok muka bengis Hans tu. Seram, rasa menyesal pula masuk bilik ni. Itulah kau Tia, orang kata jangan tapi itulah yang kau buat. Nasib lah sistur.
"Sorry bro! Aku cuba halang but... dia ganas sangat." Haydar masih lagi mengusap punggungnya. Dah leper dah huwaaaa kena usaha balik dapatkan shape bulat.
"It's okay. Kau blah. And kau... nak apa datang sini? Tahu kan ini kawasan larangan? Haydar ada bagitahu kan?"
"Yeke? Tak adalah. Master Haydar just cakap, kalau nak masuk, masuk jelah. Master Hans okay je. Dia chill cool relax. Kan Master Haydar Kan?" Okay kalini tipu sikit. Kita jangan jujur sangat tau geng.
Hans yang mendengarnya lantas merenung tajam adiknya itu. Haydar menelan air liur sebelum pandangannya beralih ke si gadis.
'Tak guna kau, budak kecik. Kau saja kan nak kenakan aku. Siap kau nanti.' Haydar mengomel sendiri sebelum membuka langkah seribu berlari keluar dari sangkar harimau.
"Now kau dah tau. So tunggu apa lagi?" Hans memandangnya sekilas sebelum menyambung kerjanya yang terhenti tadi.
"Kita nak bagitahu something boleh tak?"
Tadi bukan main redah je buka pintu bilik orang, sekarang terus sopan eh?
"Cepatlah! Kau nampak kan aku tengah sibuk. Banyak kerja ni." Hans mendengus marah.
Orang tengah sibuk, dah lah suka hati masuk, kacau privacy orang, dengan tak ketuk, tak bagi salam, lepas tu redah je, dah tu pula nak cakap konon, nasib minta izin dulu. Lembut lah sikit hati Master Hans kita ni.
"Okay okay. Kita datang sini sebab kita nak Master Hans..."
"Hah?!" Terhenti tangan Hans yang menyelah kertas-kertas kerjanya.
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...