Hans terbaring lemah di atas katilnya. Dua hari sudah berlalu, tapi demamnya masih belum kebah dek penangan dahsyat confession dari Tia tempoh hari.
Tok! Tok!
Matanya dibuka perlahan-lahan usai mendengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Pintu biliknya itu pun dikuak luas oleh seseorang.
"Demam lagi ke bro?" Jay berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi pintu bilik Hans.
"Getting better, I guess. Kau tu, baru nampak batang hidung." Kata Hans usai bangkit dari baringnya. Terasa sengal juga badan akibat baring dalam jangka masa yang lama.
"Batang hidung je nampak? Mulut mata telinga rambut semua ni tak nampak?" Satu persatu anggota badannya ditunjuk. Nampak lah lawak bodoh dia tu.
"Tak lawak lah Jay. Nasib aku tak sihat, kalau tak memang aku lari, tendang kau sampai berguling jatuh tangga." Hans sekadar mengabaikannya.
Memang dia dah lali dengan Jay. Jay dan lawak hambarnya berpisah tiada, itu yang menguji kesabaran seorang Hans.
"Okay okay. Ish kau ni, nak bergurau sikit pun tak boleh. Kayu eh ke dinding..."
"Singa jadian belaan Tia Ashlee." Haydar menyampuk sebelum badannya dihempas ke sofa milik Hans.
"Uyoo dah upgrade dah singa kita. Rawr." Jay menggigit bibir menahan ketawa. Lain macam rawr tu teringat lisa blackpanties. Eh betul kan? Macam lain, macam salah macam betul.
"Rawr kepala kau. Korang berdua, sila berambus. Buat sakit kepala aku je." Hans memicit kepalanya konon sakit, padahal okay je. Saja nak over acting, biar dua ekor tu pergi dari situ.
"Dah lah jom bro. Sebelum singa jadian ni terkam kita." Haydar bingkas bangun dari sofa sebelum tersenyum sinis memandang abangnya.
"Haydar!" Hans mendengarnya lantas mencapai bantalnya sebelum dicampak ke arah Haydar. Rasa nak marah tapi kena sabar, eh sabar ke tu?
"Argh! Bonda! Haydar tachod." Pantas Haydar berlari keluar dari bilik singa jadiaan merangkap abangnya itu. Risau arwah je nanti, bukannya dia tak tahu sikap abangnya itu. Panas bin baran.
Hans tersandar ke kepala katil. Ingatnya duduk rumah ni makin sihat, tapi itulah bila ada makhluk naka Haydar tak ada istilah sihat dan sewaktu dengannya. Mungkin sihat fizikal, tapi bukan mental. Siapalah jodoh Haydar nanti kan?
SPOILER! NEXT STORY IS HAYDAR
"Get well really soon, bro. You need to recover very soon, before sesuatu jadi." Jay memberi peringatan awal pada sahabatnya itu. Semua tak dijangka, bila akan terjadi.
"Maksud kau?" Berkerut dahi Hans cuba memahami kawannya itu.
Jay hanya menjongketkan bahunya sebelum berlalu meninggalkan Hans termelenggu sendiri memikirkan maksud pesanan Jay tadi.
Haydar yang mendengar perbualan mereka itu pun pantas berlalu ke biliknya. Pintu almari dibukanya sebelum kekunci pad ditekan. Terbuka luas satu lorong yang menghubungkan biliknya dan bilik rahsia.
Masuk sahaja di dalam bilik rahsia itu, terlihat lampu neon light biru hitam yang membuatkan bilik itu lebih menyeramkan.
Haydar mendekati satu sisi bilik itu yang dipenuhi wayar-wayar kehidupan, eh bukan!
Dia membuka satu persatu plag yang tersambung dengan wayar sebelum skrin komputer jelas terbuka di hadapannya.
Dia duduk merapat ke meja "kerjanya" sebelum dengan pantas menaip di papan kekunci. Terang dan jelas dia sedang menggodam cctv rumah keluarga Tia.
Satu persatu kawasan yang dipasang dengan cctv dilihatnya. Satu video, bibik sedang berjoget jedag jedug. Normal!
Satu lagi video, dan lagi dan lagi. Semuanya terlihat normal tapi... sunyi?
Sedang dia ralit memandang satu persatu video, matanya tertancap pada satu objek yang terletak kemas di atas meja di ruang tamu.
Pistol.
Dan paling mengejutkannya ialah sosok seseorang yang amat dia kenali berjalan ke arah satu bilik yang terletak di hujung tingkat dua.
Sosok seseorang itu ialah... Jeff.
Tanpa lengah dia berlari keluar dari biliknya sebelum berlalu ke bilik Hans. Hans yang sedang memejamkan matanya itu pun lantas berpaling memandang adiknya.
"Kau kenapa macam lari dari hantu je."
"Hans! Tia..."
Hans yang mendengarnya itu lantas berlari mencapai kunci keretanya sebelum memandu laju membelah jalan. Dia tidak kira akan keselamatannya, keutamaanya kini hanyalah Tia.
Tiba sahaja di rumah Tia, pintu utama terus dirempuhkan dan terlihat seorang lelaki sedang tersenyum sinis memandangnya.
"Mana dia?" Tanpa basa basi Hans bertanya.
"Siapa dia? Tak ada siapa pun kat sini." Jeff sengaja ingin memanaskan lagi hati Hans. Dia suka melihat Hans sebegitu, baginya derita Hans ialah bahagia dia.
"Jeff! Aku tak main-main lah. Mana Tia Ashlee?" Hans mula memandang sekeliling rumah mencari kelibat kesayangannya itu. Tapi hampa.
"Oh Tia... entah. Tak tahu. Kenapa? Kau nak dia ke?" Terjongket kening Jeff memandangnya dengan senyuman sinis yang masih terukir di wajah.
"Jeff. Ni last aku tanya before..."
"Master.. tolong kita." Tia cuba meronta-ronta melepaskan pegangan anak buah Jeff padanya.
"Jeff! Lepaskan dia." Hati Hans gelisah melihat Tia sebegitu.
"Kenapa pula aku kena lepaskan dia? Apa aku dapat kalau aku lepaskan dia? Kau bunuh aku?"
"Jeff. Aku janji akan buat apa pun yang kau nak, as long as kau lepaskan dia."
"Kneel down!"
Hans memandang tepat pada anak mata Jeff. Dadanya berombak menahan marah yang tiada berpenghujung. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah melutut di hadapan manusia dan dia sendiri menanam bahawasanya dia tidak akan berbuat sebegitu tetapi...
Demi seorang gadis yang menjadi pujaannya, dia pun berjalan mendekati Jeff dan perlahan-lahan menjatuhkan lututnya ke atas lantai. Ego yang selama ini dia jaga dan pertahan, musnah kerana seorang gadis.
"What a lucky day of mine. And this view..." Jeff menepuk tangan melihat Hans yang berada di bawahnya. Finally! Dia dapat juga melihat Hans kalah melawannya.
"... where Hans lower himself, beg for someone's life. I should capture this." Sempat tangannya buat gaya kamera menangkap momen bersejarah kisah permusuhannya dengan Hans.
"Aku dah buat apa kau nak. Sekarang lepaskan dia." Hans yang masih melutut itu pun berkata.
"Well... promise are made to be broken. Isnt it?" Jeff tersenyum sinis usai berkata.
"Bodoh!" Hans meludah ke arah kaki Jeff.
Dush! Satu tumbukan terkena pada pipi kiri milik Hans.
"Pantang aku kalau orang panggil aku bodoh. Memang kenalah kau dengan penumbuk padu aku ni." Jeff mengusap penumbuknya yang sedikit sakit.
"Ini kau panggil penumbuk padu? Macam pondan je tumbuk." Hans tersenyum sinis. Kalau Jeff boleh uji kesabaran dia, tak kan dia tak boleh kan?
"Kau memang..." baru Jeff ingin menumbuk Hans lagi sekali, suara jeritan Tia menghentikannya.
"Berhenti. Please... Tia..." belum sempat Tia menghabiskan ayatnya, dia rebah ke lantai.
"Tia."
"Ashlee."
-----
Like always lama gila hiatus sbb busy and tak cukup masa, but now im back insyaallah akan habis cerita ni sbb tak banyak part.
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...