9

895 94 13
                                    

Mata Tia berkelip-kelip memandang wajah Hans. Dia masih cuba menghadam apa yang dikata Hans tadi. Kahwin? Biar betul?

"Ashlee... jom kahwin. Jadi isteri aku." Nampak jelas wajahnya yang... serius. Tapi biar betul dia ni, ajak kahwin macam ajak lepak mamak.

"Kenapa? Sebelum ni master suruh kita tunggu, jadi..."

"Sekarang dah tiba masanya. Aku rasa risau kalau kau tak ada kat sisi aku, so please. Terima aku sebagai suami kau. Aku nak protect kau. Semuanya sebab... aku sayang kau." Tangan gadis itu dicapainya sebelum dielus.

"Sa-sayang? Master sayang kita? Betul ke?" Pautan tangan mereka digoyang-goyangkannya. Cinta kita dah dibalas, awak bila pula?

"Ehem?" Datin Afrina memandang anaknya dan Hans bersilih ganti.

"Eh, aunty... sorry, Hans.." Terkaku juga dia melihat wajah tegang ibu mertua- eh bakal ibu mertuanya.

"It's okay. Dah tiba masanya Hans ambil alih semula." Datin Afrina mengukirkan senyuman melihat wajah cuak Hans. Ini baru mama dia, belum papa dia... haaa Taufiq lagi.

"Ambil alih? Maksudnya? Apa ni?" Tia memandang mereka berdua silih ganti inginkan jawapan.

"It's been years since perjanjian ni terhasil. Anak lelaki pertama Lewis dan anak perempuan pertama Khalil. Kamu berdua, bukan orang luar, tapi Tia dengan Hans dah bertunang sejak kecil lagi." Datin Afrina menerangkan satu persatu.

Tia memandang mamanya dengan penuh tanda tanya. Apa sebenarnya semua ni? Dah plan dari awal? Jadi, Hans tahu? Terus pandangannya dilemparkan ke arah Hans yang berdiri di sebelahnya.

Ya! Perjanjian yang berlaku pada awalnya hanyalah kerana business. Tapi, semuanya jadi satu kerelaan buat Hans apabila hatinya mula bertaut pada si gadis.

"I know semua tu dari awal lagi. And that moment, when I saw you, I'm stunned. I never thought ayahanda dan papa arrange pertemuan kita secepat ni. You are still young, and disebabkan itu aku tolak cinta kau. But not now, dia dah mulakan plan dia untuk hancurkan aku. Dan kau."

"Siapa dia? Lelaki tadi ke?"

Hans mengangguk. Jadi betul lah, lelaki itu ingin merampasnya? Hanya untuk hancurkan hidup mereka berdua? Atau ada sebab lain? Mungkinkah...

"But don't worry. Selagi aku bernafas, aku akan jaga kau sampai ke akhirnya. Aku janji, Ashlee." Kali ni pipi Tia pula dielusnya.

"Ehem! Anak aku tu!" Dato Khalil sudah berdiri berpeluk tubuh memandang tajam Hans.

"... gatal sama macam kau masa muda." Kali ni jelingan diberikan pada ayahanda, Qays Iskandar Lewis.

"Excuse me? Aku gatal pun dengan isteri sendiri. Entah anak aku ni, gatal merenyam lebih." Sempat sekilas dia menjeling anaknya. Buat malu aku je! Nasib anak dari wanita yang aku sayang. Eh?

"Ayanda, papa." Hans menunduk hormat kepada mereka berdua.

"Papa!" Tia melepaskan pautan tangannya dengan Hans sebelum berlari memeluk papanya. Dato Khalil menyambut pelukan satu-satunya puteri hasil perkahwinannya dengan Datin Afrina.

"Ayahanda." Panggilnya sambil tanpa lepas memeluk papanya. Sempat satu kenyitan diberinya.

"Lama kan tak jumpa?" Tan Sri Qays hanya tersenyum melihat kecomelan anak sahabatnya merangkap bakal menantunya.

"Bukan baru bulan lepas ke?" Dato Khalil memandangnya. Bulan lepas tu kira lama ke? 30 hari, berapa minit eh?

"Eh biarlah! Dia pun anak aku juga." Bahu kawannya itu ditampar sengaja. Nyah!

"Excuse me? Dia anak aku je. Dah kau pergi kutip anak kau yang gatal tu. Minggu depan kita nikahkan je dua orang ni." Panjang muncungnya menunjuk ke arah Hans yang berdiri diam dari tadi.

"Nikah? Minggu depan? Papa gurau kan?" Pelukan anak beranak itu terlerai perlahan sebelum mata si gadis tajam merenung ke dalam bola mata papanya.

"Tak, sayang. Papa nak anak papa ni, ada orang jaga." Kepala anaknya dielus perlahan. Rasa sayang yang teramat pada si gadis itu. Dia sanggup buat apa sahaja demi keselamatan anaknya itu.

"Papa kan ada?" Tia memuncung mulut.

"Tapi papa dah tua. Mana larat nak jaga Tia, nak jaga mama pun dah..."

"Ehem! Dah apa? Nak tidur luar ke malam ni, Encik Khalil?" Datin Afrina tersenyum yang... mengerikan buat para suami terutama Dato Khalil. Itu yang membuatnya menelan air, takut bini juga geng!

"Hans! Jom balik, aku malas nak tengok drama seposen keluarga ni. Esok aku datang dengan bini aku bincang semua. Nak meminang, tapi dua orang ni dah bertunang. Dah aku balik dulu." Tak Sri Qays berlalu terlebih dahulu.

Hans menyalami bakal bapa mertuanya terlebih dahulu sebelum satu senyuman dilemparkan khas buat Tia Ashlee.

Tia Ashlee turut pandai membalasnya dengan kenyitan. Terus memerah muka Hans, aduh! Dia pun apa lagi, terus pecut keluar dari situ.

Dato Khalil dan Datin Afrina sudah menahan senyuman mereka. Tak sangka sado dan dingin macam Hans pun boleh blushing.

"Tia suka ke dengan Hans? Papa bukannya sengaja nak percepatkan semua, cumanya..."

"Tak apa. Tia faham, dan Tia terima semua ni, as long as orang tu Master Hans. Tia on je." Tia membuat thumbs up, tanda setuju.

Siapa tak nak Hans tu kan? Siang menjadi master taekwondo, malam menjadi mafia, jeng! Selebeww.

Sementara itu, Hans yang selesai berlari dari tingkat atas itu pun termengah-mengah memegang lututnya. Haih! Penangan bakal isteri dia, pergh bakhang!

"Kamu ni dah kenapa Hans? Macam lari dari hantu je." Ayahandanya menegur sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Dah tua pun, jiwa muda geng!

"Ada, ayahanda. Tapi hantu ni bukan sebarangan hantu, tapi hantu kesayangan Hans." Hans tersengih mengenangnya peristiwa tadi.

Ayahanda pula seakan terpaku dengan anaknya itu. Jarang dia dapat lihat senyuman Hans, apatah lagi sengihan. Penangan bakal menantunya pada anak sulungnya itu memang, mantap!

"Faham! Ayahanda pun ada hantu kesayangan kat rumah. Jom balik sebelum hantu kesayangan ayahanda tu membebel kat kita ya." Ayahanda terlebih dahulu masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian tempat penumpang di depan.

"Ceh! Mentang-mentang hantu kesayangan dia dah halal, haih! Lambatnya nak minggu depan. Hans! Sabar! Kau kena kekalkan image cool kau." Hans menarik nafas dalam-dalam sebelum masuk di bahagian pemandu.

Enjin kereta porsche dihidupkannya sementara matanya mengerling sekeliling dan terhenti pada satu kenderaan yang terparkir tidak jauh dari mereka.

C1B41

Terus telefon dicapainya sebelum nombor Haydar didailnya.

"Yo bro! Pahal call? Semua settle dah ke?"

"Aku nak kau cari pemilik kereta honda civic, nombor plat dia... cibai."

"Cibai? Kau mencarut kat aku ke apa ni?"

"Buk- haih cibai! Bukan tu, tapi C1B41. Ni weh... anything kau terus call aku." Lantas panggilannya dimatikan sebelum satu senyuman sinis terukir.

"The game... start!"

MASTER HANS | COMPLETEDWhere stories live. Discover now